PEJABAT BENDAHARI

PENGENALAN

Pejabat Bendahari diwujudkan selaras dengan keperluannya bagi mengendalikan urusan-urusan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan. Akta Prosedur Kewangan 1957 dan Akta Universiti Teknologi MARA 2000, memberi kuasa dan menggariskan peranan serta tanggungjawab Pegawai Pengawal dan Pegawai Pengakaun, melaksanakan tanggungjawab mengikut Arahan-Arahan Perbendaharaan, Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan Awam dan lain-lain arahan pihak berkuasa kewangan dalam pengurusan kewangan wang awam.

 

 

 

 

VISI

Menjadi Jabatan Kewangan Yang Unggul, Berhemah dan Profesional mendukung visi UiTM.

Pejabat Bendahari berusaha untuk mendapat pencapaian terbaik dalam pengurusan kewangan dan perakaunan yang melambangkan kecemerlangan dan profesionalisme dalam memberi perkhidmatan berkualiti selaras dengan perkembangan dan keperluan Universiti ke arah menjadi sebuah Universiti bertaraf dunia.

 

 

 

 

MISI

Mengendalikan khidmat pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, cepat, tepat dan bertanggungjawab selaras dengan objektif dan misi UiTM.

Dalam merealisasikan misi tersebut, Pejabat Bendahari memberi penekanan kepada pengukuran prestasi yang berlandaskan ketepatan dan kualiti prestasi perkhidmatan cemerlang meningkatkan imej Pejabat Bendahari khususnya dan UiTM secara amnya.

 

 

 

 


 

 

 

OBJEKTIF BAHAGIAN / UNIT

Objektif utama Pejabat Bendahari adalah mempastikan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan diurustadbirkan dengan cara terbaik, cekap, cepat, tepat dan bertanggungjawab selaras dengan tatacara dan prosedur kewangan dan perakaunan yang diperuntukan di dalam Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan, Kementerian Kewangan serta Pekeliling Pihak Berkuasa Kewangan Universiti Teknologi MARA, Naib Canselor dan Bendahari, disamping mematuhi Standard Perakaunan yang diterima pakai MASB (Lembaga Standard Perakaunan Malaysia), MIAS (Standard Institut Akauntan Malaysia) dan AIS (Standard Perakaunan Antarabangsa) dalam memberi laporan kewangan yang betul dan saksama.

Carta Organisasi Pejabat Bendahari

 Carta Organisasi Bendahari
Kemaskini terakhir : 07/04/2023

BAHAGIAN 

 BIL BAHAGIAN  KETUA BAHAGIAN
1  Unit Pentadbiran dan Belanjawan Pn Foziah Binti Ramli
2  Unit Pengurusan Perolehan
[Lihat Iklan Sebutharga/Tender]
En. Syahrizan Bin Saad
3  Unit Bayaran Pn Nur Darina Binti Abd Halim
4  Unit Pengurusan Harta & Inventori Pn Roziah Binti Ahmad
5  Unit Pengurusan Terimaan dan Kawalan Kredit Pn Nurul Nadiah Binti Kamalolzaman
6  Unit Pengurusan Akaun Pn Hasanatul Asmal Mokhtar
7  Unit Akaun Amanah Pn Shahirah Binti Khairudin
8  Unit Tabung Penyelidikan dan Perundingan En Mohamad Ameen Imran Bin Jamaludin

 

Dikemaskini : 09/06/2021


Sila Layari

Facebook Rasmi Pejabat Bendahari UiTMCPP : Facebook Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang


AKTIVITI TAHUN 2024

 BIL AKTIVITI CATATAN TARIKH
LOKASI  
1 Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil. 1 2024

 Mesyuarat di adakan untuk:

  • mengucapkan selamat datang kepada pelajar intern Cik Siti Hawa
  • mengingatkan tentang kepentingan kerja mengikut Pekeliling dan SOP
  • mengingatkan tentang menjaga kehadiran dan keberadaan di pejabat.
  • menitikberatkan penjagaan kesihatan
  • berbincang program pemurnian dokumen senarai semak Pejabat Bendahari
  • berbincang program Teambuilding Pejabat Bendahari 2024
  • berbincang hal-hal lain.
20 Feb 2024  Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari  
  Dikemaskini pada 20 Februari 2024


AKTIVITI TAHUN 2023

 BIL AKTIVITI CATATAN TARIKH
LOKASI  
1 Program Riadah bersama Rektor anjuran bersama Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni dan Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang

 Pengisian:  Senaman, Plogging, Cabutan Bertuah , Foodtruck

 

13 Jan 2023 Parkir hadapan PTAR

 
2 Sesi Santai Bersama Rektor - Pejabat Bendahari

Adalah dimaklumkan bahawa Sesi Santai Bersama Rektor UiTMCPP bagi PTJ - Pejabat Bendahari akan di adakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Januari 2023 (Rabu)
Masa : 2:30 petang - 4:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari

Sehubungan itu, semua Ahli Tetap JKEN dijemput untuk hadir bersama-sama dalam sesi ini.

18 Jan 2023 Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari  
3

Majlis Kemuncak kempen MyDebit dan Cashless Campus 

 

Anjuran Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan tajaan Payment Network Malaysia (PayNet)

16 Feb 2023 Laman Perdana [Lihat gambar]
4

Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil. 1 2023 

Mesyuarat di adakan untuk:

  • berbincang mengenai program akan datang iaitu Program Bersama LHDN dan Program Penjimatan How To Survive.
  • menekankan tentang GRU 2025 yang sudah memasuki fasa Globally Marketable pada tahun 2023.
  • menyemak kembali kemudahan-kemudahan Astro atau Unifi yang tidak diperlukan.
  • mengkaji semula pembaikan peralatan makmal yang kritikal dan kos tinggi.
  • penekanan MKSP iaitu prestasi pembekal, latihan, piagam pelanggan, maklumbalas pelanggan & aduan.
  • menitikberatkan Anggaran Belanja Mengurus.
  • berbincang hal-hal lain.
24 Feb 2023 Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari  
5

Program Rahsia Jimat Cukai
Anjuran Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang bersama LHDN

 Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi penerangan yang lebih jelas berkenaan proses asas e-filing dengan pihak LHDN dan mendapatkan maklumat terkini berkenaan percukaian. 15 Mac 2023 Dewan Seminar Tingkat 3, UiTM Cawangan Pulau Pinang [Lihat gambar] 
6

Bengkel 'How to Survive'
Anjuran Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang

 Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi penerangan yang lebih jelas berkenaan akan langkah-langkah yang telan dan akan di ambil oleh pihak pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi mengoptimumkan perbelanjaan UiTM Cawangan Pulau Pinang khasnya dan seluruh sistem UiTM  umumnya. 21 Mac 2023 PTAR, UiTM Cawangan Pulau Pinang [Lihat gambar] 
7

Majlis Perpisahan Sempena Persaraan Puan Foziah binti Ramli

 Staf Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang mengucapkan Selamat bersara Puan Foziah binti Ramli. Semoga Puan Foziah binti Ramli sentiasa sihat dan sukses. 8 Mei 2023 Pejabat Bendahari [Lihat gambar] 
8

Jamuan Aidilfitri Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang

 Jamuan Aidilfitri Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang tahun 2023 mengetengahkan konsep resepi moden & tradisional. 8 Mei 2023 Pejabat Bendahari [Lihat gambar] 
9

Hari Keluarga Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang

 Hari Keluarga pada tahun ni di adakan di Melaka Bandaraya Bersejarah sempena cuti Hari Ulangtahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia Pulau Pinang. 7 Julai 2023 ~ 9 Julai 2023 Melaka Bandaraya Bersejarah [Lihat gambar] 
10

Lawatan daripada Pengurusan Tertinggi Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

  Lawatan daripada Pengurusan Tertinggi Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam untuk membincangkan tentang hala tuju pengurusan kewangan UiTM Cawangan Pulau Pinang. 17 Julai 2023 Pejabat Bendahari [Lihat gambar] 
11

Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil. 2 2023

 

Mesyuarat di adakan untuk:

  • berbincang mengenai perkara berbangkit pada mesyuarat terdahulu.
  • fokus juga tertumpu kepada memberi jawapan untuk pertanyaan auditor. 
  • pemakluman mengenai prosedur kewangan yang akan bertukar.
  • program Team Building Pejabat Bendahari UiTMCPP akan datang.
  • berbincang hal-hal lain.
9 Ogos 2023 Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari  
12

Bengkel Pengharmonian Dan Penyeragaman Perlaksanaan Prosedur Kerja Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Terengganu Bersama Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang.

 

 Bengkel diadakan untuk mengetahu aspek-aspek penting penyeragaman Prosedur Kerja  di antara Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Terengganu.

14 September  2023 Bilik Mesyuarat FPHP 1,Tingkat 6  
13

Program Teambuilding Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang

 Program Teambuilding pada tahun ini memupuk semangat kerja berpasukan & menitikberatkan pengukuhan silaturrahim di antara rakan-rakan seperti sebuah keluarga.

 

22 ~ 23 September  2023 Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) Perak [Lihar gambar
14

Ceramah Pejabat Bendahari - Nak Travel: Apa boleh claim?

 Ceramah ini bertujuan untuk berkongsi sedikit sebanyak cara-cara & proses tuntutan perjalanan staf. Ia juga memberi pendedahan baharu tentang apa-apa maklumat terkini berkenaan tuntutan perjalanan termasuk kadar terkini dan juga borang terkini yang digunakan di keseluruhan sistem UiTM. 

 

26 September  2023 Dewan Seminar, Aras 3, Kompleks Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang [Lihar gambar
15

Program bersama ebanker Pro Team daripada BIMB. Anjuran Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang.

 

 Program ini adalah perbincangan di antara Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) untuk berbincang mengenai ebanker Pro.

11 Oktober  2023 Bilik Sireh, Hotel UiTM Cawangan Pulau Pinang [Lihar gambar
16

Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil. 3 2023

 

Mesyuarat di adakan untuk:

  • perancangan kerja-kerja akhir tahun 2023.
  • penyediaan job description (JD) di dalam MyPortfolio.
  • pentadbiran am
  • Berbincang hal-hal lain.
19 Oktober  2023 Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari  
17

Riadah Bersama Rektor

 

Riadah Bersama Rektor dimulakan dengan senaman warm-up dan bermulanya Explorace staf.

13 Disember  2023 Hadapan PTAR [Lihar gambar
  Dikemaskini pada 14 Disember 2023



AKTIVITI TAHUN 2022 

BIL AKTIVITI CATATAN TARIKH
LOKASI  
1 Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil 1 2022

 Mesyuarat di adakan untuk:

  • Pembacaan Pekeliling yang pertama dimulai pada tahun 2022 oleh Puan Nurkamarusyani - Timbalan Bendahari. Pembacaan seterusnya akan diteruskan setiap 2 minggu sekali oleh setiap staf Pejabat Bendahari mengikut giliran.
  • Berbincang mengenai road show untuk kempen verifikasi aset secara online.
  • Projek Bendahari untuk mengadakan bengkel Eprocurement akan diteruskan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan Eprocurement Pejabat Bendahari kepada semua staf. 
  • Berbincang tentang usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan MyDebit di kaunter Pejabat Bendahari dan peniaga-peniaga gerai UiTM.
  • Berbincang hal-hal lain.
11 Jan 2022 Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari

 
2 Seminar Kewangan E-filing bersama LHDN.

 Seminar di adakan untuk:

  • Memberi pengetahuan kepada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang mengenai E-filing daripada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri.

3 Mac 2022

9 pagi hingga 12 tengahari

Dewan Seminar 3 UiTM Cawangan Pulau Pinang.

 
3 Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil 2 2022

 Mesyuarat di adakan untuk:

  • Meraikan kedatangan Penolong Bendahari baru - En Muhammad Huzaifah bin Johari.
  • Mengucapkan tahniah kepada En Amin Akmar bin Amir di atas kenaikan ke jawatan baru,   Pegawai Eksekutif dan akan berpindah ke UiTM Shah Alam kelak.
  • Mengucapkan tahniah kepada Puan Foziah binti Ramli di atas kenaikan pangkat Penolong Akauntan Tertinggi dan kepada En Shakir bin Samsudin di atas kenaikan pangkat Pembantu Tadbir (Kewangan) Kanan.
  • Berbincang mengenai isu kehadiran dan keberadaan staf.
  • Penetapan mengenai pembacaan doa setiap hari waktu bekerja pada jam 8:45 pagi bermula 1 Ogos 2022.
  • Berbincang hal-hal lain.

18 Julai 2022

3:00 petang hingga 4:30 petang

Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari

 
4 Lawatan auditor daripada Audit Lloyd's.

Pengauditan dilaksanakan untuk menilai pengurusan kewangan diuruskan dengan cekap dan teratur selaras dengan objektif yang ditetapkan serta dapat menampung kemampanan kewangan universiti.

27 September 2022

8:00 pagi hingga 3:30 petang

Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari

[Lihat gambar]
5 Taklimat penjimatan perbelanjaan Universiti

Taklimat diadakan untuk menerangkan tentang penjimatan perbelanjaan Universiti.

28 September 2022

8:00 pagi hingga 1:00 petang

Dewan Seminar Tingkat 3  [Lihat gambar]
6 Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil 3 2022

Mesyuarat berbincang mengenai:

  • Persediaan meraikan kedatangan Cik Junita - Ketua Timbalan Bendahari pada bulan November nanti.
  • Mempromosikan dan berkempan penggunaan penuh QR Code Duitnow kepada pekedai-pekedai, staf dan pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang.
  • Sedikit peringatan tentang sahsiah rupadiri staf dan kepentingan keberadaan di pejabat.
  • Memantapkan imej Pejabat Bendahari.
  • Berbincang hal-hal lain.

5 Oktober 2022

11:00 pagi hingga 1:00 petang

Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari  
7 Lawatan Pengurusan Kanan Pejabat Bendahari

Lawatan daripada Pengurusan Kanan Pejabat Bendahari UiTM dihadiri oleh:

1) Cik Junita binti Jamaludin - Ketua Timbalan Bendahari

2) Puan Rosnani binti Abdul Razak - Timbalan Bendahari Kanan

Lawatan ini diadakan untuk:

  • Mendedahkan kepada staf Pejabat Bendahari tentang kepentingan GRU (Globally Renowned University)
  • Menerangkan sedikit sebanyak tentang kelestarian dan kelangsungan Kewangan Universiti dan juga kepentingan menghadiri kursus online yang dibuat oleh  Pejabat Bendahari untuk penambahan ilmu dari masa ke semasa.

1 November 2022

9:00 pagi hingga 1:00 petang

Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari [Lihat gambar] 
8

Taklimat Bijak Kewangan Bersama Warga UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Anjuran bersama Bank Simpanan Nasional, Bandar PERDA, Bukit Mertajam.


Taklimat ini memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang:

  • Produk yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional.
  • Menerangkan serba sedikit tentang cara-cara pengurusan kewangan yang efektif.
  • Dan apa yang perlu dilakukan jika tersepit di dalam belenggu kewangan yang serius.

30 November 2022

10:00 pagi hingga 11:00 petang

PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang [Lihat gambar] 
9

Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil 4 2022


Mesyuarat berbincang mengenai:

  • program yang akan dilaksanakan untuk tahun hadapan iaitu FunRun bersama Rektor, Bengkel Penjimatan PTJ dan Cukai bersama LHDN.
  • peranan staf Pejabat Bendahari untuk sentiasa cakna kerosakan dan terus melapor tentang kerosakan yang berlaku.
  • penerapan ESI IDART yang mantap dan kukuh.
  • penjagaan 4M (Money, Masa, Manusia, Mesin)
  • hal-hal lain.

7 Disember 2022

9:30 pagi hingga 12:30 tengahari

Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari  
10

Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Kualiti UiTM Cawangan Pulau Pinang

Anjuran Bersama:
Polis Bantuan, PTAR, Pejabat Bendahari, Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Infostruktur.


Majlis yang diadakan setiap tahun ini memberi penghargaan kepada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam kategori berikut:

  • Anugerah pencapaian strategik
  • Anugerah KIK
  • Anugerah Auditor terbaik
  • Anugerah khidmat setia jasamu dikenang
  • Anugerah perkhidmatan cemerlang
  • Anugerah pelaksana
  • Anugerah pentadbir
  • Anugerah Khas Rektor
Majlis ini juga diselang-selikan dengan cabutan bertuah dan persembahan tarian & nyanyian oleh pelajar-pelajar.

14 Disember 2022

8:30 pagi hingga 1:00 petang

Dewan Besar [Lihat gambar]
  Dikemaskini pada 14 Disember 2022

 

AKTIVITI TAHUN 2021

BIL AKTIVITI CATATAN TARIKH
LOKASI  
1 Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil 1 2021

Mesyuarat di adakan secara online dan di pejabat untuk:

  • Meraikan kedatangan staf baharu Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang iaitu En Ameer Ukkashah dan pelajar SKP iaitu Cik Afiqah.
  • berbincang tentang penyeragaman nama Pejabat Bendahari untuk semua urusan termasuk di laman web.
  • Berbincang mengenai penggunaan modul Tuntutan Perjalanan online di Fineportal.
  • Berbincang tentang usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan MyDebit di kaunter Pejabat Bendahari.
  • Berbincang keperluan road show untuk kempen verifikasi aset secara online.
  • Berbincang hal-hal lain.
8 April 2021 Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari
Dan
Secara online
 
2 Mesyuarat Pejabat Bendahari Bil 2 2021

Mesyuarat di adakan secara online dan di pejabat untuk:

  • Berbincang mengenai pengurusan stor fail mengikut unit.
  • Berbincang mengenai Pengurusan Perolehan.
  • Berbincang mengenai kempen myDebit yang kurang mendapat sambutan. Usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan semua pengguna menggunakan MyDebit.
  • Projek Bendahari untuk mengadakan bengkel Eprocurement. Fokus hanya untuk penyediaan Perancangan Perolehan tahun 2022.
  • Berbincang hal-hal lain.
21 Oktober 2021 Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari
Dan
Secara online
 
  Dikemaskini pada 1 Nov  2021
 

 

Amanat Bendahari

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Amanat Bendahari Muat Turun


Borang Tiket Kapal Terbang

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Borang Tempahan Tiket Kapal Terbang Muat Turun
2. Senarai Semakan Tempahan Tiket Kapal Terbang Muat Turun

 

Akaun

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Buku Kod Akaun - 7 Julai 2022 Muat Turun
2.  Borang Penghantaran Baucer Bayaran Muat Turun
3.  Borang Penghantaran Dokumen Muat Turun
4.  Takwim akaun 2022 Pejabat Bendahari Muat Turun
5.  Borang Perakuan Semakan Cawangan Interim (PSCI) Muat Turun
6.  Borang Senarai Semakan Interim (SSI) Muat Turun
7.  Surat Arahan Penggunaan Kod Akaun Baru Bagi Rawatan Perubatan Staf Muat Turun


Aset

BIL PERKARA MUAT TURUN
1. 

DAFTAR
Borang Daftar Harta Modal (KEW.PA.UiTM-2)

Borang Daftar Inventori (KEW.PA.UiTM-3)


Muat Turun

Muat Turun

2. BORANG SENARAI ASET ALIH DI LOKASI ATAU PEJABAT

Borang Senarai Aset Alih di Lokasi atau Pejabat (KEW.PA.UiTM-7)


Muat Turun
3. PERPINDAHAN DAN PENERIMAAN ASET ALIH

Borang Permohonan Perpindahan Dan Penerimaan Aset Alih


Muat Turun
4. KEHILANGAN

Borang Laporan Awal Kehilangan Aset Alih UiTM (KEW.PA.UiTM-28)
Borang Pelantikan Sebagai Jawatankuasa Penyiasat Kehilangan Aset Alih UiTM (KEW.PA.UiTM-29)
Borang Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih UiTM (KEW.PA.UiTM-30)
Borang Sijil Hapus Kira Aset Alih UiTM (KEW.PA.UiTM-31)
Borang Laporan Kehilangan dan Hapus Kira, Tindakan Surcaj / Tatatertib Bagi Aset Alih Kerajaan (KEW.PA.UiTM-32)


Muat Turun
Muat Turun
Muat Turun
Muat Turun
Muat Turun
5.

PELUPUSAN

Borang Permohonan Pelupusan Aset Alih & Laporan Teknikal Pelupusan Aset Alih:
a) Borang Laporan Teknikal Pelupusan Aset Alih UiTM (KEW.PA.UiTM-16)
b) Nilai Perolehan barang TIDAK MELEBIHI RM50,000 per unit / RM500,000 keseluruhan - KEW.PA.UiTM-17(1)

c) Nilai Perolehan barang MELEBIHI RM50,000 per unit / RM500,000 keseluruhan - KEW.PA.UiTM-17(2)

Borang Sijil Penyaksian Pemusnahan Aset Alih UiTM (KEW.PA.UiTM-18)
Borang Sijil Pelupusan Aset Alih UiTM (KEW.PA.UiTM-19)
Borang Sijil Pelupusan Aset Alih UiTM (KEW.PA.UiTM-32)




Muat Turun
Muat Turun

Muat Turun

Muat Turun
Muat Turun
Muat Turun

6.

PELUPUSAN PERALATAN KOMPUTER

Borang Permohonan Pelupusan Peralatan Komputer - KEW.PA.UiTM-17(3) dan Laporan Teknikal Pelupusan Peralatan Komputer - KEW.PA.UiTM-16(2)
Borang Laporan Teknikal Pelupusan Peralatan Komputer
Format Kertas Kerja Cadangan Pelupusan Peralatan Komputer



Muat Turun
Muat Turun
Muat Turun

7.

BORANG PASSGATE

Borang Kebenaran Membawa Keluar Barang-Barang / Peralatan UiTM

 

Muat Turun

Panjar Wang Runcit

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Carta Aliran Proses Pemeriksaan PWR Akhir Tahun Muat Turun
2.  Garis Panduan Pengurusan Panjar Wang Runcit Muat Turun
3.  Lampiran 1 - Borang Contoh TT Muat Turun
4.  Lampiran 2 - Nota Serahan Panjar Muat Turun
5.  Lampiran 3 - Buku Wang Runcit Muat Turun
6.  Lampiran 4 - Sub Baucer Muat Turun
7.  Lampiran 5 - Borang Permohonan Pendahuluan Wang Runcit Muat Turun
8.  Lampiran 6 - Borang Tuntutan Tanpa Resit Muat Turun
9.  Lampiran 7 - Daftar Buka Palang Cek PWR Muat Turun
10.  Lampiran 8 - Sijil Pengiraan Wang Runcit Muat Turun
11.  Lampiran 9 - Buku Pemeriksaan Peti Wang Tunai Muat Turun
12.  Lampiran 10 - Borang Perakuan Panjar Wang Runcit Muat Turun

 

Pendahuluan/Tuntutan Perjalanan & Pelbagai

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Borang Permohonan Pendahuluan Perjalanan (Prosedur ISO - Prosedur Operasi No. 14) Muat Turun
2. Borang Permohonan Pendahuluan Pelbagai (Prosedur ISO - Prosedur Operasi No. 14) 
[Lihat Senarai Semak]
Muat Turun 
Muat Turun
3. Borang Permohonan Pelarasan Pendahuluan Pelbagai (Prosedur ISO - Prosedur Operasi No. 14) 
[Lihat Senarai Semak]
Muat Turun 
Muat Turun
4. Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (Prosedur ISO - Prosedur Operasi No. 15) 
[Lihat Senarai Semak]
Muat Turun 
Muat Turun
5. Borang Tuntutan Perjalanan Luar Negara (Pekeliling Pej. Bendahari Bil. 2/2007 - Lampiran F)
 [Lihat Senarai Semak]
Muat Turun 
Muat Turun
6. Justifikasi Kelewatan Mengemukakan Tuntutan Perjalanan Muat Turun
7. Borang Perakuan Kelayakan Kelas Tuntutan Hitungan Batu Muat Turun
8. Borang Pengesahan Penerimaan Wang Oleh Pelajar-Pelajar Muat Turun
9. Borang Tuntutan Balik Mendahulukan Wang 
[Senarai Semak TBMW Keraian Rasmi] 
[Senarai Semak TBMW Pelbagai] 
[Senarai Semak TBMW Penceramah] 
[Senarai Semak TBMW Yuran Profesional]
Muat Turun 
Muat Turun
Muat Turun 
Muat Turun 
Muat Turun
10. Borang Permohonan Keraian Rasmi  Muat Turun 
11. Senarai Semak Sebelum Mendahulukan Wang Peribadi (Pekeliling Pej. Bendahari Bil. 4/2017 - Lampiran I)  Muat Turun 

 

Pentadbiran

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Piagam Pelanggan Pejabat Bendahari (Induk) Muat Turun
2. Piagam Pelanggan Pejabat Bendahari (Cawangan Negeri) Muat Turun

 

Borang Perolehan

BIL PERKARA MUAT TURUN
1. Borang Analisa Sebut Harga Pembelian Terus (Lampiran 2) Muat Turun
2. Borang Jadual Ringkasan Penilaian Teknikal Tender / Sebut Harga (Lampiran 3C) Muat Turun
3.

Borang Jadual Penilaian Harga Sebut Harga Rasmi atau Tender (Lampiran 4)

a. Disatukan

b. Berasingan

Muat Turun

Muat Turun

Muat Turun

4. Borang Spesifikasi (Sebut Harga / Tender) Muat Turun
5. Borang Pengesahan Kerja / Perkhidmatan Muat Turun
6. Borang Perakuan Penerimaan Barang Muat Turun
7. Lampiran A - Butiran Kerja / Perkhidmatan / Bekalan yang telah dijalankan dalam tempoh 3 Tahun Lepas/ Sekarang Muat Turun
8. Penilaian Laporan Pembekalan/ Perkhidmatan/ Kerja-Kerja Muat Turun
9. Pendaftaran Vendor Secara Atas Talian Muat Turun
10. Borang Penilaian Prestasi Syarikat Muat Turun
11. Borang Lampiran A Muat Turun
12. Jadual Analisa Sebutharga Pembelian Terus Muat Turun
13. Jadual Penilaian Harga Sebutharga Rasmi Muat Turun
14. Borang Perakuan Terimaan Barang Muat Turun
15. Borang Lampiran B (Senarai Semakan Pegawai Yang Menguruskan Pembelian Terus) Muat Turun
16. Surat Arahan Panggilan Bekalan Perkhidmatan Muat Turun
17. Borang Maklumbalas Bagi Permohonan Perlanjutan Tempoh Serahan Muat Turun
18. Borang Agihan Elaun Makan dan Penginapan Pelajar Muat Turun
19. Borang Tuntuan Balik Mendahulukan Wang Muat Turun
20. Surat Akuan Penerimaan Wang/Bayaran Muat Turun
21. Borang Pembayaran Gaji Melalui Bank Muat Turun
22. Borang Sub Baucer Bayaran Wang runcit Muat Turun
23. Borang Tuntutan Berpindah Rumah Muat Turun
24. Borang Tempahan Makanan & Minuman Muat Turun
25. Surat Pengesahan Melaksanakan Tugas Muat Turun
26.

Borang Integriti Pact:

Jadual Buka

Integriti Pact A

Lampiran B

Selesai Tugas Disatukan

Selesai Tugas Harga

Selesai Tugas Teknikal

Muat Turun

Muat Turun

Muat Turun

Muat Turun

Muat Turun

Muat Turun

27.

Pengurusan Perolehan (Alatulis)

Lampiran 1- Senarai Barangan Yang Tidak Dibekalkan di Stor Alatulis

Lampiran 2- Senarai Barangan Yang Masih Dibekalkan di Stor Alatulis

Lampiran 3- Kontrak Alatulis

NOTA:

Sebahagian item seperti senarai di Lampiran 1 yang masih mempunyai kontrak perbekalan atau mempunyai kontrak pusat UiTM seperti Kertas Fotostat A4 80 gsm. Y.Bhg D ato’/Datin/Prof./Tuan/Puan boleh merujuk kepada senarai di Lampiran 3. Pembelian item-item tersebut adalah diwajibkan melalui kontrak yang berkuatkuasa dengan menggunakan belanjawan PTJ masing-masing. Pihak PTJ hendaklah memaklumkan keperluan bekalan item-item berkenaan secara bertulis kepada Unit Kewangan Zon bagi membolehkan Pesanan Jabatan dikeluarkan kepada syarikat berdasarkan maklumat pembekal dan harga sepertimana yang dinyatakan. Proses Pembelian Terus adalah dilarang sama sekali sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa.

 Muat Turun

Muat Turun

Muat Turun

 

 

 

Surat Pelepasan Cukai

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Borang Pelepasan Cukai Bagi Wang Derma / Sumbangan Kepada UiTM Muat Turun

Penjanaan Pendapatan

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Garis Panduan Penjanaan Pendapatan UiTM Muat Turun

Latihan Amali / Praktik

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Borang Tuntutan Skim Elaun Latihan Amali / Praktik Muat Turun

Borang Gaji/ Elaun / Lebih masa

BIL PERKARA MUAT TURUN
1. Borang Gaji Pembantu Penyelidikan Muat Turun

 

Borang Unit Akaun Amanah

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Surat Akuan Penerimaan Wang Muat Turun
2. Surat Pengesahan Melaksanakan Tugas Muat Turun

  

Borang Senarai Semak

BIL PERKARA MUAT TURUN
1.  Senarai Semak Pelarasan Pendahuluan Pelbagai Muat Turun
2. Senarai Semak Bayaran Kepada Syarikat Bagi Perolehan Dengan LO Muat Turun
3. Senarai Semak Bayaran Kepada Syarikat Bagi Perolehan Tanpa LO Muat Turun
4. Senarai Semak Bayaran Pemulangan Cagaran Muat Turun
5. Senarai Semak Bayaran Upah Honorarium Kepada Individu Muat Turun
6. Senarai Semak Permohonan LO Bekalan / Perkhidmatan Muat Turun
7. Senarai Semak Permohonan Pendahuluan Pelbagai Muat Turun
8. Senarai Semak Tuntutan Balik Mendahulukan Wang Keraian Rasmi Muat Turun
9. Senarai Semak Tuntutan Balik Mendahulukan Wang Pelbagai Muat Turun
10. Senarai Semak Tuntutan Balik Mendahulukan Wang Penceramah Muat Turun
11. Senarai Semak Tuntutan Balik Mendahulukan Wang Yuran Profesional Muat Turun
12. Senarai Semak Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri Muat Turun
13. Senarai Semak Tuntutan Perjalanan Luar Negara Muat Turun
14. Senarai Semak Tempahan Penginapan dan Kapal Terbang Muat Turun

BIL

NAMA

JAWATAN

NO TELEFON

1

 Nurkamarusyani Binti Mohd Zain

 Timbalan Bendahari

 04-382 2800

2

 Muhammad Huzaifah Bin Johari

 Penolong Bendahari

 04-382 2820

3

 Syahrizan Bin Saad

 Penolong Akauntan Kanan

 04-382 2730

4

 Shahirah Binti Khairudin

 Penolong Akauntan Kanan

 04-382 2722

5

 Hasanatul Asmal Binti Mokhtar

 Penolong Akauntan Kanan

 04-382 2939

6

 Mohamad Ameen Imran Bin Jamaludin

 Penolong Akauntan

 04-382 2710

7

 Roziah Binti Ahmad

 Penolong Akauntan

 04-382 2903

8

 Norhaslinda Binti Zainol

 Penolong Akauntan

 04-382 2996

9

 Nurul Nadiah Binti Kamalolzaman

 Penolong Akauntan

 04-382 2725

10

 Nur Amirah Binti Rosdi

 Penolong Akauntan

 04-382 2732

11

 Nur Darina Binti Abd Halim

 Penolong Akauntan

 04-382 2721

12

 Wizana Binti Ramlan

 Penolong Akauntan

 04-382 2727

13

 Abdul Rashid Bin Abdul

 Penolong Akauntan 

 04-382 2727

14

 Wan Noor Ayu Binti Wan Mahamad

 Penolong Akauntan

 04-382 2727

15

 Mazlina Binti Abdul Kadir

 Pembantu Tadbir (Kewangan) Kanan

 04-382 2731

16

 Mohd Rozizi Bin Ibrahim

 Pembantu Tadbir (Kewangan) Kanan

 04-382 2795

17

 Muhammad Shakir Bin Samsudin

 Pembantu Tadbir (Kewangan) Kanan

 04-382 2726

18

 Muhammad Nasir Bin Che Ros

 Pembantu Tadbir (Kewangan)

 04-382 2795

19

 Mohd Zaim bin Zahir 

 Pembantu Tadbir (Kewangan)

 04-382 2726

20

 Mohd Ridzuan Bin Md Said

 Kerani Kanan

 04-382 2728

21

 Mohd Azrani Bin Abdul Rahman

 Kerani Kanan

 04-382 2728

22

 Ameer Ukkashah Bin Abdul Jalil

 Pembantu Operasi

 04-382 2728

 

 

 

 

 Kemaskini terakhir: 22/06/23

FAQ

PEROLEHAN


1. Adakah saya boleh menguruskan proses perolehan bagi pihak PTJ saya di UiTM Kampus Pulau Pinang?

Boleh dengan syarat anda adalah kakitangan UiTM dan telah menandatangani Integriti Pack (Lampiran A) “Surat Akuan Oleh Penjawat Awam Yang Terlibat Dalam Urusan Perolehan Universiti Teknologi MARA”


2. Adakah saya boleh mempelawa mana-mana syarikat bagi perolehan bekalan/ perkhidmatan di UiTM?

Tidak boleh. Hanya syarikat yang telah berdaftar sebagai vendor UiTM sahaja yang boleh dibuat pelawaan. Bagi vendor yang belum berdaftar hendaklah berdaftar sebagai vendor UiTM terlebih dahulu. Pendaftaran boleh di lakukan melalui link berikut: https://myepplus.uitm.edu.my/ep/vendor/pre_register/index


3. Jika saya ingin berdaftar sebagai vendor UiTM, apakah syarat-syarat umum yang perlu saya penuhi?

Syarikat tuan/puan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dan mempunyai akaun bank syarikat.


4. Saya telah pun mandaftarkan syarikat saya dengan UiTM dan telah diluluskan pendaftarannya. Tetapi mengapa saya tidak boleh menyertai iklan tawaran sebutharga di sistem EP Plus?

Untuk makluman tuan/puan, pendaftaran vendor dengan UiTM boleh dilakukan oleh vendor yang memenuhi syarat pada bila-bila masa sahaja. Akan tetapi jika pihak vendor ingin menyertai sebutharga UiTM mereka perlulah membeli Public Key Infrastructure (PKI) yang berharga RM400.00 terlebih dahulu.


5. Jika saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pendaftaran vendor dan juga PKI di mana saya boleh dapatkan maklumat tersebut?

Maklumat lanjut berkenaan pendaftaran vendor boleh didapati melalui link berikut: https://myfinancial.uitm.edu.my/new/index.php/pembekal/419-pendaftaran-vendor-uitm

Bagi maklumat lanjut berkenaan PKI atau pun menu-menu di sistem vendor EP Plus, sila ikut langkah berikut:

- Halakan cursor ke bahagian atas, penjuru sebelah kanan skrin.

- Klik pada nama syarikat dan kemudian klik pada menu bantuan.

- Di menu bantuan tersebut terdapat manual-manual yang boleh dijadikan panduan oleh vendor.


6. Adakah semua jenis perolehan menggunakan sistem EP Plus?

Tidak. Sehingga Mei 2019, Perolehan Perkhidmatan Berkala dan juga kerja-kerja masih boleh dilakukan secara manual (menggunakan sistem FAIS)


7. Bagaimana saya ingin mengetahui perolehan yang saya sedang lakukan memerlukan Pesanan Jabatan (LO) ataupun tidak?

Tidak perlu LO sekiranya:

Bekalan bernilai RM1,000.00 dan ke bawah, atau
Perkhidmatan bernilai RM5,000.00 dan ke bawah

Walau bagaimanapun, sekiranya ada permintaan daripada pihak vendor untuk menyediakan LO, proses pengeluaran LO boleh dilakukan seperti biasa.


8. Adakah terdapat sebarang pengecualian supaya perolehan dibuat tanpa Pesanan Jabatan?

Pengecualian bagi perolehan tanpa pesanan jabatan boleh dirujuk di perkara 11.0, Pekeliling Bendahari Bil. 4/2012.

http://quickr.uitm.edu.my/LotusQuickr/akta/Main.nsf/h_A047902AB731C3FC48257BEB00246C03/E53581C4841D59D648257C2E002D74B4/?OpenDocument


9. Sekiranya saya terlupa kata laluan PKI di system EP Plus, apakah tindakan yang perlu saya lakukan bagi mendapatkan semula kata laluan berkenaan?

Tuan/puan boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 03-8800 8008 untuk bantuan segera.


10. Saya ingin melakukan proses perolehan di Sistem EP Plus, bagaimanakah caranya?

Bagi proses perolehan menggunakan Sistem EP Plus, tuan/puan perlu mengikut langkah-langkah berikut:




11. Bagaimanakah cara saya ingin memulakan proses pelawaan bagi perolehan pembelian terus untuk kategori perkhidmatan?

Ianya bergantung kepada berapa jumlah syarikat yang akan dibuat pelawaan. Jika hanya 1 syarikat yang dipelawa, terdapat dua (2) kaedah boleh digunakan iaitu:

Menggunakan Borang Pelawaan Pembelian Terus Pejabat Bendahari, atau
Menggunakan Sebutharga daripada vendor serta Surat Akuan Pembida

*** Pihak syarikat boleh mengembalikan semula Borang Pelawaan/ Sebutharga dan Surat Akuan Pembida kepada PTJ menggunakan dokumen asal atau melalui Email / Faks

Sekiranya melibatkan pelawaan lebih daripada 1 syarikat, pelawaan perlu dibuat menggunakan Borang Pelawaan Pembelian Terus Pejabat Bendahari sahaja. Pihak syarikat perlu mengembalikan dokumen yang telah lengkap diisi dan dimasukkan ke dalam sampul yang bertutup. Dokumen perlu dihantar kembali ke UiTM secara pos atau serahan tangan. Serahan dokumen melalui faks @ email adalah tidak dibenarkan.


12. Adakah terdapat had masa yang tertentu bagi pelawaan pembelian terus bekalan dan perkhidmatan?

Tempoh masa pelawaan adalah di antara 2 hingga 7 hari daripada tarikh tarikh fax / surat / e-mel kepada vendor ataupun daripada tarikh iklan di sistem EP Plus.


13. Apakah kepentingan Kajian Pasaran dilakukan sebelum sesuatu proses perolehan dilaksanakan?

Ianya bertujuan untuk mendapatkan harga yang terbaik berdasarkan harga semasa sesuatu bekalan ataupun perkhidmatan. Kajian pasaran boleh dilakukan dengan mendapatkan harga daripada beberapa vendor yang berbeza kemudian dikaji dan dibandingkan kesemua harga yang diperolehi sehingga kita dapat mengenalpasti harga yang berpatutan serta menguntungkan UiTM


14. Berapakah jumlah minimum syarikat yang perlu dipelawa apabila melakukan sesuatu proses perolehan?

Jumlah minimum syarikat yang perlu dipelawa adalah mengikut kategori dan nilai perolehan:

BEKALAN
RM1.00 - RM10,000.00 (Minimum 1 Syarikat)
RM10,001.00 - RM50,000.00 (Minuman 2 Syarikat)
RM50,001.00 - RM500,000.00 ( Sebutharga Rasmi)
RM500,001.00 dan keatas (Tender)

PERKHIDMATAN
RM1.00 - RM20,000.00 (Minimum 1 Syarikat)
RM20,001.00 - RM50,000.00 (Minimum 2 Syarikat)
RM50,001.00 - RM500,000.00 (Sebutharga Rasmi Minimum 2 Syarikat)
RM500,001.00 dan keatas (Tender Periklanan sahaja, tiada pelawaan diperlukan)


15. Saya membuat pelawaan sebutharga pembelian terus perkhidmatan kepada 3 buah syarikat, walaubagaimanapun hanya 1 syarikat sahaja yang memulangkan semula dokumen selepas tarikh tutup pelawaan. Adakah saya perlu membuat pelawaan baru ataupun meneruskan proses perolehan seterusnya dengan hanya menggunakan 1 sebutharga berkenaan?

Proses perolehan boleh diteruskan dengan menggunakan 1 sebutharga yang diterima. Bukti pelawaan kepada 3 syarikat perlu disertakan dan bersama-sama dengan Lampiran A yang telah dilengkapkan.

Sekiranya tawaran syarikat menepati syarat-syarat yang ditetapkan, penawaran boleh dibuat kepada syarikat berkenaan melalui kelulusan Khas Rektor/ Penolong Rektor di Lampiran A. Jika tidak, proses pelawaan perlu dilakukan semula.


16. Saya ingin membeli external hard disc untuk kegunaan segera di pejabat saya. Apa yang patut saya lakukan?

Tuan/puan perlu mendapatkan kelulusan peruntukan daripada Ketua PTJ terlebih dahulu dan kemudian hantarkan permohonan kelulusan spesifikasi item kepada Jawatankuasa IT dan Elektronik Negeri (JITEN). Setelah mendapat kelulusan spesifikasi tuan/puan boleh meneruskan pembelian dengan membuat pelawaan kepada pihak vendor mengikut peraturan-peraturan perolehan sediada.


17. Bolehkah saya mendapatkan pengesahan pegawai pembuka sebutharga daripada Bahagian/Unit lain sekiranya pegawai yang dilantik di Bahagian/Unit saya tiada di pejabat.

Boleh sekiranya pegawai berkenaan telah dilantik sebagai pegawai pembuka sebutharga.


18. Adakah saya boleh mengambil Pesanan Jabatan (LO) bagi pihak vendor di kaunter Pejabat Bendahari?

Tidak boleh. Kakitangan UiTM tidak dibenarkan mengambil Pesanan Tempatan bagi pihak vendor. Pesanan Tempatan akan diserahkan kepada vendor menggunakan 2 kaedah sahaja iaitu secara serahan tangan atau pun pos berdaftar


19. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya syarikat gagal membekalkan bekalan/ perkhidmatan mengikut tempoh serahan di dalam Pesanan Tempatan?

Tuan/puan perlu mendapatkan maklumbalas daripada vendor berkenaan kelewatan serahan bekalan/ perkhidmatan. Vendor pula perlu memberikan surat justifikasi kelewatan dan juga permohonan lanjutan tempoh serahan kepada tuan/puan.

Tindakan tuan/puan selepas menerima surat berkenaan adalah seperti berikut:

Mengisi borang maklumbalas bagi permohonan perlanjutan tempoh serahan bekalan/ perkhidmatan bagi perolehan pembelian terus dan juga Sebutharga Rasmi yang nilai tawarannya kurang daripada RM50,000.00


Bagi Sebutharga Rasmi, permohonan lanjutan tempoh serahan daripada vendor perlu dihantar kepada Jawatankuasa Sebutharga Rasmi melalui Pejabat Bendahari Kampus Pulau Pinang.


20. Siapakah yang layak untuk membuat pengesahan ujilari Jawatankuasa Teknikal pada Borang Pengesahan Terimaan dan juga di pengesahan ujilari teknikal di sistem EP Plus?

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Teknikal yang dilantik sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengesahan ujilari teknikal samada di borang pengesahan terimaan barang/ perkhidmatan (GRN) mahupun pengesahan ujilari teknikal di sistem EP Plus.


21. Saya baru sahaja menerima pesanan bekalan Torch Light untuk aktiviti perkhemahan berjumlah 150 unit. Alat ini mengambil masa untuk diperiksa dan pihak vendor pula meminta saya membuat pengesahan pada Nota Hantaran (DO). Adakah saya perlu buat pengesahan pada DO ataupun menangguhkan pengesahan sehingga saya selesai memeriksa kesemua pesanan yang diterima?

Untuk memudahkan urusan kedua-dua pihak, UiTM dan juga vendor, tuan/puan boleh membuat pengesahan pada DO dengan meletakkan catatan “Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau diuji”.


22. Berapa tempoh masa bagi saya untuk melengkapkan borang penerimaan bekalan/ Perkhidmatan (GRN)?

Setiap Unit/ Bahagian perlu dengan seberapa segera melengkapkan Borang Penerimaan Bekalan/ Perkhidmatan dalam tempoh 7 hari selepas pesanan dan dokumen berkaitan lengkap diterima daripada pihak vendor. Ini adalah berdasarkan Pekeliling Naib Canselor Bilangan 13 Tahun 2007.


23. Apa yang akan berlaku sekiranya saya membuat proses perolehan tanpa menggunakan Pesanan Jabatan (LO)?

Pengurusan UiTM boleh mengenakan surcaj di bawah Arahan Perbendaharaan 59 kepada kakitangan yang telah membuat urusan perolehan tanpa LO.


24. Apabila menjalankan proses perolehan menggunakan sistem EP Plus UiTM, apakah dokumen yang perlu diserahkan kepada Pejabat Bendahari sebaik sahaja lengkap penerimaan pesanan daripada pihak vendor?

Setiap Unit/ Bahagian perlu menyerahkan dokumen berikut ke Pejabat Bendahari sebaik sahaja proses GRN Bekalan selesai dilakukan:

-Delivery Order (DO)
-Borang Penilaian Prestasi Syarikat.


HARTA BENDA


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pelupusan?

Pelupusan adalah proses membatalkan tanggungjawab Custodian dan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta mengeluarkan Aset Alih (Harta Modal & Inventori) yang dibeli melalui peruntukan UiTM dari segi fizikal dan daftar Aset Alih berkenaan daripada Fakulti/Bahagian/Unit dan dari Sisitem FAIS.


2. Bagaimanakah cara untuk saya memulakan proses pelupusan Aset Alih?

Tuan/puan perlu mengisi borang pelupusan (KEW.PA UiTM-17 dan KEW.PA.UiTM-16) yang boleh di Muat turun di page/tab Muat Turun.

Borang yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada Unit Pengurusan Harta Benda Pejabat Bendahari.


3. Apakah yang perlu dilakukan selepas mengemukakan borang pelupusan?

Aset Alih yang berada di bawah jagaan tuan/puan akan diperiksa oleh Pegawai Pemeriksa Pelupusan secara fizikal serta memberikan syor pelupusan kepada Jawatankuasa Pelupusan. Dalam tempoh berkenaan, tuan/puan perlu memastikan barang-barang yang hendak dilupuskan tersebut tidak hilang, dialihkan atau dimusnahkan.


4. Siapakah Pegawai Pemeriksa Pelupusan tersebut?

Pegawai Pemeriksa Pelupusan (PPP) terdiri daripada kakitangan UiTM yang telah dilantik oleh Rektor bagi satu tempoh tertentu yang tidak terlibat dengan aset berkenaan dan bukan daripada staf Unit Pengurusan Harta Benda, Pejabat Bendahari. -Pegawai Pemeriksa Pelupusan (PPP) bertanggungjawab memberikan syor kepada Jawatankuasa Pelupusan samada untuk melulus atau tidak meluluskan permohonan berkenaan.


5. Bilakah barang-barang pelupusan tersebut dimusnahkan atau dipindahkan?

Barang-barang pelupusan tidak boleh dimusnahkan atau dipindahkan sehingga mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelupusan.


6. Apakah tujuan dilakukan proses Verifikasi Aset?

Verifikasi aset dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Bendahari Bil 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Aset Alih UiTM (Penggunaan, Penyimpanan & Pemeriksaan) mukasurat 15, para 4.0 menerangkan tujuan Verifikasi aset adalah untuk:

-Mengetahui keadaan harta dan prestasinya;
-Mempastikan setiap harta mempunyai daftar / rekod yang lengkap, tepat dan kemaskini;
-Mempastikan setiap harta berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar.


7. Siapakah Pegawai Pemverifikasi Aset?

Pegawai Pemverifikasi Aset merupakan staf UiTM yang dilantik oleh Naib Canselor UiTM bagi satu tempoh tertentu untuk memeriksa dan mengesahkan sesuatu aset sepertimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Bendahari Bil 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Aset Alih UiTM (Penggunaan, Penyimpanan & Pemeriksaan) mukasurat 15, para 4.3.


8. Apakah yang dimaksudkan dengan "mengetahui keadaan harta dan prestasinya".

Ia bermaksud untuk memasti dan mengesahkan keadaan fizikal harta berkenaan sama ada:

-dalam keadaan yang baik atau telah rosak
-masih digunakan atau telah/tidak digunakan
-tiada di lokasi yang telah didaftarkan samada hilang atau dipindahkan


9. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya harta di bawah seliaan saya telah rosak atau tidak lagi diperlukan?

(i) Harta yang telah rosak dan masih diperlukan hendaklah dibaiki semula, dokumentasinya adalah seperti berikut:

Isi Borang KEW.PA UiTM-9 > Permohonan Perolehan untuk pembaikan > Isi Borang KEW.PA UiTM-14 dan simpan di dalam fail aset

(ii) Manakala harta yang telah rosak dan tidak diperlukan lagi hendaklah dilupus dengan mengisi borang KEW.PA UiTM-17 dan juga borang KEW.PA UiTM-16

(iii) Bagi harta yang tidak digunakan/ diperlukan, jika masih elok disyorkan untuk dipindahkan kepada Fakulti/Bahagian/Unit/ Kampus lain yang memerlukan. Sila hubungi Pejabat Bendahari jika proses ini ingin dilaksanakan.


10. Apakah yang dimaksudkan dengan "memastikan setiap harta mempunyai daftar/rekod yang lengkap, tepat dan kemaskini"?

Maksudnya setiap Aset Alih yang dibeli perlu mempunyai rekod maklumat harta seperti nama harta, no. siri, jenama, model, lokasi harta, nama pengguna (custodian). Oleh itu, verifikasi yang dijalankan bertujuan untuk memastikan rekod-rekod berkenaan adalah tepat dan sentiasa dikemaskini.


11. Apakah yang dimaksudkan dengan "memastikan setiap harta berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam daftar"?

Fizikal harta berkenaan mestilah berada di lokasi yang telah direkodkan di dalam daftar. Jika tiada, ianya boleh dikategorikan sebagai HILANG.


12. Apakah yang dimaksudkan dengan "Pindah Lokasi”?

Pindah Lokasi bermaksud berlaku sesuatu perpindahan aset atau inventori daripada lokasi asal ke lokasi baru samada di dalam bangunan yang sama atau berlainan. Persetujuan antara pemilik asal dan pemilik baru perlu wujud sebelum pindahan aset atau inventori berlaku. Borang pindah lokasi boleh didapati di Pejabat Bendahari.


13. Apakah tujuan "Pindah Lokasi"?

Pindah Lokasi bertujuan memindahkan tanggungjawab pemilikan aset alih daripada pemilik asal kepada pemilik baru yang ingin menggunakan aset alih tersebut. Borang Perpindahan / Penerimaan Aset Alih (Lampiran B6) yang telah lengkap diisi dan disahkan oleh Ketua PTJ perlu diserahkan ke Pejabat Bendahari untuk proses pertukaran tanggungjawab.


14. Apakah yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak setelah pindah lokasi disahkan?

Pemilik asal (Custodian) perlu membuat catatan pengeluaran aset atau inventori di buku rekod stoknya manakala pihak penerima (Custodian baru) perlu membuat catatan masuk ke dalam buku rekod stoknya. Ini bermakna aset atau inventori berkenaan tidak lagi wujud di lokasi asal tetapi akan wujud di lokasi baru.


15. Bagaimana jika barang yang dipindah lokasi rosak, hilang atau tidak diperlu lagi oleh pemilik baru?

Pemilik baru (Custodian) perlu bertanggungjawab terhadap pengurusan aset atau inventori berkenaan, sama ada untuk proses pembaikan, laporan atau surcaj kehilangan serta pelupusan, jika berkaitan. Semua rekod pemilikan aset atau inventori akan disimpan di Pejabat Bendahari.


16. Bolehkan barang yang dipindah lokasi dipulangkan semula?

Custodian baru perlu bertanggungjawab terhadap aset alih berkenaan dan terpulang kepada Custodian asal sama ada untuk menerimanya semula atau tidak. Jika diterima, proses pindah lokasi dan juga Custodian perlu dilakukan semula.


17. Apakah yang dimaksudkan dengan harta sumbangan?

Harta sumbangan adalah apa-apa barangan, kelengkapan atau peralatan yang disumbang oleh Kerajaan, syarikat atau individu kepada UiTM. Pihak Pengurusan Tertinggi UiTM akan membuat keputusan untuk menerima atau menolak pemberian/sumbangan tersebut.


18. Adakan pemberian/sumbangan ini perlu direkodkan sebagai harta benda UiTM?

Ya, semua harta sumbangan perlu direkodkan sebagai harta benda UiTM.


19. Apakah maklumat yang diperlukan bagi tujuan merekodkan harta sumbangan sebagai harta benda UiTM?

Dokumen keputusan daripada JKE/MEU dan LPU untuk kelulusan penerimaan harta sumbangan mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa bersama dengan maklumat lengkap aset diperlukan untuk merekodkan sesuatu harta sumbangan. Rujuk Pekeliling Bendahari Bil 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Aset Alih UiTM (Pendaftaran) mukasurat 8, para 4.1.3 (ii) dan juga Pekeliling Bendahari Bil. 6 tahun 2016.


20. Adakah harta sumbangan yang telah rosak boleh dimusnahkan tanpa menggunakan proses pelupusan?

Semua harta sumbangan yang diluluskan diterima oleh UiTM akan direkodkan sebagai aset alih UiTM, oleh itu proses pelupusan perlu dilaksanakan sepertimana pelupusan aset alih UiTM yang lain.


21. Apakah yang dimaksudkan dengan kehilangan?

Kehilangan bermaksud harta benda kepunyaan atau milik atau di bawah kawalan UiTM yang dibeli atau yang disewa beli dengan wang kerajaan atau yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan tiada lagi dalam simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai awam.


22. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya harta di bawah seliaan saya hilang?

Tuan/puan perlu membuat laporan Polis Bantuan UiTM /PDRM dengan segera/ 24jam daripada tarikh kehilangan. Kemukakan Laporan awal kehilangan - KEW.PA.UiTM.28 (Lampiran J) ke Pejabat Bendahari dalam tempoh 2 hari daripada tarikh laporan polis dibuat. Sila rujuk Pekeliling Bendahari Bil 3 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Aset Alih UiTM (Penggunaan, Penyimpanan & Pemeriksaan) mukasurat 35 & 36, para 3.1 & 3.2


23. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap harta benda yang hilang?

Secara dasarnya Nama Custodian (pengguna) yang berdaftar ke atas harta benda berkenaan yang akan bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan surcaj tatatertib atau penggantian. Walaubagaimanapun tindakan surcaj tatatertib atau penggantian hanya akan dilaksanakan setelah siasatan menyeluruh dilakukan dan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan (JKP)


24. Bagaimana jika staf berpindah Kampus atau berhenti?

Tuan/puan hendaklah menyerahkan semula semua harta benda (fizikal harta) yang telah diperuntukkan sebelum ini kepada Ketua PTJ masing-masing atau Fakulti/Bahagian/Unit yang berkenaan dan Borang Perpindahan / Penerimaan Aset Alih (Lampiran B6) kepada Pejabat Bendahari. Pertukaran custodian akan dibuat setelah disahkan oleh Ketua PTJ. Jika gagal, tuan/puan masih bertanggungjawab terhadap harta benda berkenaan dan boleh dikenakan surcaj jika berlaku kehilangan termasuklah staf yang telah berhenti juga boleh dikenakan surcaj melalui Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605).


25. Bagaimana untuk memohon barang-barang di stor?

Pemohon perlu mengisi borang permohonan pengeluaran barang-barang stor melalui Ketua Bahagian/Unit masing-masing dan dihantar ke Unit Pengurusan Harta Benda, Pejabat Bendahari untuk kelulusan permohonan.


26. Apakah barang yang boleh dipohon melalui stor Pejabat Bendahari dan bilakah saya boleh mengambil barang yang dipohon?

Setiap PTJ perlu merujuk kepada senarai item stor masing-masing yang dipohon kepada Pejabat Bendahari setiap awal tahun. Hanya senarai stok yang ada di dalam senarai sahaja boleh diperolehi daripada stor Pejabat Bendahari. PTJ hanya boleh mengambil item stor dalam masa 3 hari selepas borang diterima.


KEWANGAN PELAJAR


1. Bagaimanakah cara untuk membayar yuran?

Pembayaran bil boleh dibuat seperti berikut:

-Dapatkan bil di portal pelajar. Cetak bil dilaman web tersebut
-Bayar dimana-mana cawangan BIMB yang berdekatan atau menggunakan mesin ATM BIMB. Sila rujuk kaedah membayar yuran di paparan hadapan laman web tersebut.
-Transaksi atas talian melalui Portal Pelajar.

Simpan resit bayaran untuk rujukan.


2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat dua transaksi bayaran secara atas talian melalui Portal Pelajar?

Pelajar boleh mengemukakan salinan resit bayaran bagi kedua-dua transaksi ke Pejabat Bendahari untuk semakan bayaran dan pemualangan yuran pengajian (jika berkenaan).


3. Bagaimanakah saya boleh dikenakan status gugur taraf (GT)?

Pelajar dikenakan status gugur taraf apabila tidak mendaftar kursus pengajian atau tidak membayar yuran pengajian dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester.


4. Apakah yang perlu saya lakukan setelah dikenakan status gugur taraf?

Pelajar perlu membayar yuran pengajian mengikut tempoh yang diberikan dan memohon rayuan gugur taraf (RPGT) secara atas talian melalui Portal Pelajar.


5. Berapakah bayaran denda gugur taraf (GT) yang perlu dibayar?

Denda gugur taraf adalah RM200.00


6. Bagaimanakah cara untuk membuat penangguhan bayaran yuran pengajian?

Pelajar boleh memohon penangguhan bayaran yuran pengajian dengan mengisi borang di Pejabat Hal Ehwal Akademik


7. Bolehkah saya mendaftar tanpa membayar yuran pengajian?

Boleh. Walaubagaimanapun, pembayaran yuran pengajian perlu dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada kalendar akademik.


8. Adakah saya perlu membayar yuran pengajian sekiranya saya ingin menarik diri daripada UiTM?

Pelajar yang menarik diri dalam tempoh 30 hari perlu membayar 20% daripada yuran pengajian. Pelajar yang menarik diri selepas 30 hari dari pendaftaran perlu membayar penuh yuran pengajian


9. Adakah saya boleh memohon pemulangan yuran pengajian yang telah dijelaskan apabila saya menarik diri dari pengajian?

Pelajar yang menarik diri dalam tempoh 30 hari dari tempoh pengajian layak mendapat pemulangan yuran 80%.


10. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya mempunyai tunggakan bil?

Keputusan peperiksaan semester semasa pelajar akan disekat. Pelajar perlu menjelaskan bil tunggakan terlebih dahulu sebelum diberi pelepasan untuk membuat pendaftaran serta menyemak keputusan peperiksaan.


11. Sekiranya saya memohon cuti khas, apakah yang terjadi kepada yuran pengajian yang telah dibuat bayaran penuh?

Pelajar perlu membayar bil pengekalan status berjumlah RM55.00 dan yuran pengajian semasa yang telah dibayar akan dibawa ke semester berikutnya


12. Bagaimanakah proses permohonan pengeluaran caruman KWSP?

Mulai 1 Januari 2018, pengeluaran pendidikan KWSP perlu dibuat melalui i-Akaun KWSP.


13. Siapakah yang layak memohon pengeluaran KWSP?

Pelajar yang tidak mempunyai sebarang tajaan. Pelajar tajaan PTPTN juga tidak layak memohon pengeluaran KWSP


14. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya mendapat tajaan?

Pelajar perlu memaklumkan Pejabat Bendahari dengan memberi satu salinan surat tawaran tajaan ke Unit Kewangan Pelajar Kampus Pulau Pinang


15. Bagaimanakah bil yuran pengajian pelajar mod sepenuh masa lebih tempoh (SML) bagi diploma dan ijazah sarjana muda dijana?

Pelajar perlu mengikut langkah berikut untuk penjanaan bil:

-membuat pendaftaran dan penjanaan bil secara atas talian di Portal Pelajar.
-pelajar perlu menekan butang “confirm & generate” selepas memuktamadkan jumlah subjek yang didaftarkan.

Sebarang perubahan selepas menekan butang tersebut tidak akan mengubah bil pelajar. Pastikan subjek yang didaftarkan adalah muktamad sebelum penjanaan dilakukan. Butang jana hendaklah ditekan sebelum atau pada tarikh akhir pendaftaran subjek. Bil akan dipaparkan dalam tempoh 24 jam selepas penjanaan dilakukan.


16. Saya ingin memohon tajaan Zakat Selangor. Di manakah saya perlu mendapatkan surat pengesahan yuran?

Pelajar boleh mendapatkan surat pengesahan yuran secara atas talian di Portal Pelajar.


17. Saya ingin memohon pengeluaran KWSP. Permohonan saya ditolak atas sebab tiada maklumat dan maklumat yang diberi tidak lengkap. Dimanakah saya perlu dapatkan maklumat?

Pelajar boleh mendapatkan maklumat resit bayaran secara atas talian di Portal Pelajar. Pastikan maklumat yang diisi seperti di dalam maklumat resit di Portal Pelajar. Rujuk contoh [CONTOH RESIT 1], [CONTOH RESIT 2]


18. Apakah yang menyebabkan pelajar perlu membayar bil pengekalan status dan berapakah jumlahnya?

Bil pengekalan status perlu dibayar apabila pelajar yang memohon cuti khas atau digantung semester. Jumlah bil pengekalan status RM55.00.


19. Bagaimanakah cara untuk memohon pemulangan yuran di Pejabat Bendahari?

Pelajar boleh memohon pemulangan yuran dengan mengikuti langkah berikut:

Perlu mengisi borang permohonan pemulangan yuran yang boleh didapati di laman web ini (https://tapah.uitm.edu.my/v3/index.php/bursary-download) atau menyediakan surat rasmi sendiri
sertakan salinan slip bayaran yuran

-kemaskini nombor akaun bank di Portal Pelajar
-Serahkan dokumen (i) dan (ii) ke Unit Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari Kampus Pulau Pinang


20. Saya ingin memohon rayuan meneruskan pengajian (RMP). Berapakah bayaran yang dikenakan ke atas saya?

Bayaran bagi rayuan meneruskan pengajian (RMP) adalah RM50.00.


21. Kenapa PTPTN saya disekat sedangkan rakan-rakan saya mendapat bayaran PTPTN seperti biasa bagi semester berikutnya?

Pinjaman PTPTN pelajar akan ditahan atas sebab berikut:

-keputusan peperiksaan akhir terkini di bawah GPA 2.00
-pelajar digantung pengajian
-pengemaskinian maklumat atau pengesahan data peperiksaan akhir dibuat selepas pengumuman keputusan rasmi.


22. Bilakah tarikh bayaran PTPTN?

Semakan perlu dibuat di laman web PTPTN.


23. Bagaimanakah cara untuk memohon rayuan semakan semula peperiksaan dan berapakah bayaran yang dikenakan untuk setiap satu subjek?

Pelajar boleh memohon rayuan semakan semula peperiksaan di Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA). Setelah bil dijana, pelajar perlu mengemukakan resit bayaran di HEA sebelum proses rayuan semakan dilakukan. Jumlah bayaran adalah RM50.00 untuk setiap satu subjek


24. Saya perlu mengemaskini nombor akaun saya. Di manakah pengemaskinian tersebut boleh dilakukan?

Pelajar boleh mengemaskini nombor akaun pelajar secara atas talian di Portal Pelajar.


25. Apakah bil yang diuruskan oleh Unit Pengurusan Kolej?

Bil yang berkaitan dengan kolej iaitu bil penginapan kolej, bil pelekat elektrik dan bil denda kolej.


26. Bil penginapan kolej saya masih belum dijana. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila hubungi Unit Pengurusan Kolej untuk penjanaan bil berkaitan.


27. Bil denda kolej / pelekat elektrik tidak tepat. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila hubungi Unit Pengurusan Kolej supaya semakan dan kemaskini bil boleh dilakukan.


28. Bagaimanakah cara untuk memohon peperiksaan khas dan berapakah bayaran peperiksaan khas?

Pelajar boleh memohon peperiksaan khas secara atas talian di Portal Pelajar (HEA) dan bayaran peperiksaan khas untuk satu subjek adalah RM100.00


29. Bagaimanakah untuk saya tahu tarikh akhir bayaran yuran?

Pelajar boleh menyemak tarikh akhir bayaran yuran melalui Kalendar Akademik yang dikeluarkan oleh HEA.


30. Sekiranya saya tidak mampu untuk membayar yuran pengajian, apakah yang perlu saya lakukan?

Pelajar boleh menghubungi Bahagian HEP dan Unit Hal Ehwal Islam bagi permohonan Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Amanah Zakat. Permohonan perlulah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.


RUANG NIAGA


1. Apakah fungsi Pejabat Bendahari dalam ruang niaga?

Fungsi Pejabat Bendahari dalam ruang niaga adalah menguruskan tawaran, bayaran dan kontrak perjanjian ruang niaga.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan ruang berstruktur?

Ruang berstruktur ialah ruang premis yang disediakan untuk menjalankan perniagaan seperti Kafetaria, perkhidmatan dobi dan kedai runcit.


3. Apakah yang dimaksudkan dengan ruang tidak berstruktur?

Ruang tidak berstruktur adalah ruang legar atau tempat letak kereta yang digunakan untuk mempromosi dan menjual perkhidmatan atau produk


4. Berapakah ruang food court / Kafetaria yang ada di UiTM Cawangan Pulau Pinang?

Terdapat  ruang food court yang terdapat di UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pecahan seperti berikut:

Fasa 1 –  ruang
Medan Selera Kolej Siswa (Alpha) –  ruang
Medan Selera Kolej Siswi (Beta) –  ruang
Pusat Pelajar –  ruang
Kafetaria Pentadbiran –  ruang


5. Selain daripada food court dan kafetaria, apakah ruang / perkhidmatan lain yang terdapat di UiTM Cawangan Pulau Pinang?

Ruang atau perkhidmatan lain yang disediakan adalah kedai serbaneka, mesin vending, mesin dobi, kedai roti, kedai fotostat dan kedai alatulis.


6. Bagaimanakah proses bil utiliti dikeluarkan?

Laporan bacaan meter akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (BPPF) ke Pejabat Bendahari sebelum 10hb dan bil akan dikeluarkan oleh Pejabat Bendahari sebelum 15hb setiap bulan. Bil akan dihantar ke ruang sewaan secara serahan tangan.


7. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya penyewa tidak menerima bil utiliti?

Penyewa perlu hadir ke Pejabat Bendahari untuk semakan bil.


8. Penyewa yang gagal menjelaskan bayaran bil tertangguh sehingga tamat tempoh yang dibenarkan akan dikenakan pemotongan meter. Bagaimanakah proses pemotongan meter dilakukan?

Proses- proses yang terlibat sebelum pemotongan meter dilakukan adalah seperti berikut:

-Surat bil tertangguh dikeluarkan oleh Pejabat Bendahari
-Surat peringatan kedua dikeluarkan oleh Pejabat Bendahari
-Surat pemotongan meter dikeluarkan oleh Pejabat Bendahari
-Pemotongan meter dilakukan oleh Bahagian Pengurusan & Pembangunan Fasiliti
-Syarikat membayar pemotongan meter berjumlah RM50.00 di Kaunter Pejabat Bendahari
-Meter disambung semula dalam tempoh 3 hari bekerja

9. Saya telah menerima tawaran perkhidmatan sewaan ruang di Kampus Pulau Pinang. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

Penyewa perlu membaca isi kandungan surat tawaran. Penyewa kemudiannya perlu melengkapkan surat setuju terima (SST) perkhidmatan dan surat akuan pembida berjaya yang dilampirkan dalam dua (2) salinan. Bayaran sewaan, bayaran cagaran serta satu set SST dan akuan pembida Berjaya hendaklah diserahkan ke Pejabat Bendahari dalam tempoh dua minggu dari tarikh surat tawaran dikeluarkan.


10. Saya telah membayar cagaran., sewa pendahuluan dan menerima tawaran perkhidmatan di Kampus Pulau Pinang, Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

Penyewa perlu mendapatkan kunci di Unit Pengurusan Kolej dengan mengemukakan resit bayaran kepada pegawai kolej yang berkaitan


11. Sekiranya terdapat kerosakan pada ruang yang disewa, apakah yang perlu saya lakukan?

Sebarang kerosakan melibatkan ruang sewaan boleh dimajukan ke Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti untuk semakan dan tindakan selanjutnya.


12. Apakah jenis cagaran yang dikenakan bagi sewaan ruang niaga?

Cagaran yang dikenakan bagi sewaan ruang niaga adalah cagaran sewa cagaran utiliti dan cagaran pembersihan


13. Bagaimanakah cara untuk mematikan setem kontrak perjanjian?

Penyewa perlu membaca keseluruhan isi kandungan kontrak, menandatangani di penjuru kiri (bahagian bawah) setiap muka surat dan melengkapkan setiap helaian yang berkaitan. Setelah itu, kontrak perlu dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)/Pejabat Tanah mengikut kadar yang telah ditetapkan.


14. Adakah saya perlu mendaftar sebagai vendor UiTM? Apakah tujuannya dan bagaimana cara untuk mendaftar vendor?

Ya. Syarikat perlu mendaftar sebagai vendor UiTM sebaik sahaja ditawarkan menjalankan perkhidmatan di UiTM.

Tujuannya adalah untuk memastikan sebarang bayaran bagi perkhidmatan (contoh: penyediaan makanan/minuman) dapat dijelaskan dengan segera. Pendaftaran vendor juga diperlukan untuk pemulangan wang cagaran setelah kontrak tamat.

Pendaftaran vendor boleh dilakukan menggunakan link berikut https://myepplus.uitm.edu.my/ep/vendor/pre_register/index di sistem Fineportal UiTM.


15. Kontrak saya telah tamat. Apakah yang perlu saya lakukan?

Penyewa perlu menyerahkan kunci ke Unit Pengurusan Kolej dan memastikan premis dalam keadaan baik. Tarikh serahan kunci selewat-lewatnya pada tarikh akhir tamat tempoh kontrak.


16. Kontrak saya telah tamat dan saya ingin mendapatkan semula cagaran yang telah dibayar. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula cagaran tersebut?

Syarikat perlu mendaftar sebagai vendor UiTM dan memulangkan semula resit asal cagaran kepada Pejabat Bendahari. Cagaran akan ditolak sekiranya terdapat kerosakan ruang dan bil tertangguh. Baki cagaran akan dikreditkan terus ke akaun syarikat.


17. Resit asal bagi bayaran cagaran saya telah hilang. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan kembali wang cagaran saya?

Penyewa yang telah menghilangkan resit asal boleh mendapatkan salinan surat akuan sumpah di Pejabat Bendahari. Surat akuan ini perlulah dilengkapkan oleh pemilik syarikat dan dicap oleh Pesuruhjaya Sumpah. Surat akuan sumpah yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat Bendahari untuk proses pemulangan cagaran.


18. Bagaimanakah cara untuk memohon sewaan tapak jualan di UiTM Cawangan Pulau Pinang?

Permohonan perlu dihantar kepada Setiausaha Jawatankuasa Ruang Niaga (JKRN). Permohonan kemudiannya akan dimajukan ke Mesyuarat JKRN untuk pertimbangan dan kelulusan.


19. Bagaimanakah cara untuk membuat aduan kerosakan ruang?

Aduan kerosakan ruang boleh dibuat menggunakan sistem e-aduan Fasiliti menggunakan link berikut http://10.41.1.241/aduan/index.php


20. Apakah proses yang akan diambil oleh UiTM setelah sesuatu kontrak sewaan tamat tempoh?

Setelah tamat kontrak, semakan akan dilakukan oleh tiga bahagian/unit sebelum pemulangan wang cagaran dibuat kepada syarikat.

-BPPF menyemak sebarang kerosakan ruang niaga dan menyerahkan amaun kerosakan kepada Pejabat Bendahari untuk dibuat tolakan wang cagaran. BPPF kemudiannya akan menjalankan proses pembaikan sebelum tawaran perkhidmatan baru berkuatkuasa
-Unit Pengurusan Kolej memastikan penyerahan kunci telah dilakukan oleh penyewa.
-Pejabat Bendahari akan menyemak sebarang bil tertangguh dan tolakan cagaran dibuat bagi bil tertangguh dan kerosakan ruang yang dlaporkan oleh BPPF



BAYARAN


1. Apakah kegunaan Borang PB 3/80 (Pindaan 1/2002)?

PB 3/80 (Pindaan 1/2002) diperlukan untuk permohonan peruntukan daripada Pegawai Pengawal Peruntukan. Bagi Kampus Pulau Pinang, Pegawai Pengawal Peruntukan adalah Rektor.


2. Apakah dokumen yang diperlukan jika saya ingin melengkapkan dokumen bayaran dengan Pesanan Tempatan (LO)?

Dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan dokumen bayaran dengan Pesanan Tempatan (LO) seperti berikut:

-Inbois syarikat
-Nota hantaran syarikat/DO (jika ada)
-Borang Penerimaan Barang/Pengesahan Kerja/Perkhidmatan yang lengkap
-Pesanan Jabatan (LO) Asal (Warna Biru) yang telah disahkan PTJ dan dicop serta tandatangan oleh pembekal
-Borang Penilaian Prestasi Syarikat

3. Pihak syarikat telah kehilangan Pesanan Tempatan (LO) Asal, bagaimana cara untuk melengkapkan dokumen bayaran?

PTJ perlu membuat permohonan kepada Ketua Pejabat Bendahari untuk mengeluarkan satu Salinan yang diperakui “Benar Dari Salinan Asal”


4. Apakah dokumen yang diperlukan jika saya ingin melengkapkan dokumen bayaran tanpa Pesanan Tempatan (LO)?

Sila rujuk Surat Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 1 Tahun 2013 - Senarai Dokumen Lengkap Bayaran untuk menyemak senarai dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan dokumen bayaran tanpa Pesanan Tempatan (LO).


5. Berapakah kadar bayaran honorarium yang layak dibayar untuk penceramah program?

Kadar bayaran honorarium untuk penceramah program adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/2005 seperti berikut:


6. Bolehkah bayaran dibuat kepada penceramah yang berbeza dengan nama asal pada kelulusan kertas kerja program?

Boleh dibayar sekiranya disertakan surat pindaan nama penceramah dan mendapat kelulusan Ketua PTJ / Ketua Bahagian (HEA/HEP)


7. Apakah dokumen lengkap untuk bayaran tempahan makanan?

Dokumen lengkap bayaran tempahan makanan adalah seperti berikut:

-Borang PB 3/80
-Borang Pengesahan Kerja/Perkhidmatan yang lengkap
-Inbois Asal
-Borang Keraian Rasmi
-Surat Kelulusan/Emel Jemputan
-Senarai nama staf/ jemputan

8. Berapakah kadar keraian rasmi staf?

Merujuk Pekeliling Naib Canselor UiTM Bil 22 Tahun 2010, kadar maksimum adalah seperti berikut:

-Minum pagi - RM4.00
-Makan tengahari - RM6.00
-Minum petang - RM3.00


9. Bagaimanakah untuk memohon Keraian Rasmi Pejabat?

Keraian Rasmi Pejabat dipohon dengan mengisi Borang Keraian Rasmi dan dimajukan kepada Rektor Kampus Pulau Pinang untuk mendapatkan kelulusan satu minggu (7 hari) sebelum tarikh program.


10. Adakah bayaran makanan untuk Program Pelajar yang mendapat kelulusan Tabung Amanah perlu mengisi Keraian Rasmi Pejabat?

Tidak perlu. Borang Permohonan Keraian Rasmi digunapakai untuk perbelanjaan dari peruntukan Kumpulan Wang Pengurusan sahaja


11. Invois tuntutan bulan Januari telah diterima pada bulan Mac. Adakah invois tuntutan tersebut boleh dibuat bayaran?

Boleh. Dokumen tambahan diperlukan mengikut situasi berikut:

-Situasi 1 - Kelewatan disebabkan oleh PTJ sendiri

PTJ perlu mengisi Borang Justifikasi Kelewatan Mengemukakan Tuntutan Bayaran kerana telah melangkau bulan

-Situasi 2 - Sekiranya kelewatan penerimaan bil tuntutan disebabkan oleh pihak syarikat

PTJ perlu meminta justifikasi secara bertulis daripada pihak syarikat dan dilampirkan bersama dokumen bayaran


12. Apakah yang dimaksudkan dengan pendahuluan pelbagai?

Pendahuluan Pelbagai ialah pinjaman wang bagi sesuatu aktiviti yang terancang di universiti.


13. Siapakah yang layak memohon pendahuluan pelbagai?

Seorang staf tetap/kontrak (dalam tempoh tidak kurang dari 6 bulan perkhidmatan) layak untuk memohon pendahuluan pelbagai.


14. Apakah dokumen lengkap untuk permohonan pendahuluan pelbagai?

Dokumen lengkap permohonan pendahuluan pelbagai adalah seperti berikut:

-Borang PB 3/80
-Borang Permohonan Pendahuluan Pelbagai
-Surat Kelulusan
-Kertas Kerja
-Surat/Borang Pindaan Tarikh (Jika berkaitan)


15. Berapakah jumlah maksimum pendahuluan pelbagai untuk seorang staf?

Jumlah pendahuluan maksimum ialah RM5,000.00 sahaja


16. Berapakah tempoh masa untuk saya menghantar dokumen lengkap untuk permohonan pendahuluan pelbagai?

Dokumen lengkap pendahuluan pelbagai perlu dihantar ke Pejabat Bendahari selewat-lewatnya 3 hari sebelum program bermula atau berakhir.


17. Apakah bayaran yang tidak boleh diambil pendahuluan?

-Honorarium
-Makanan (Jika program diadakan di dalam Kampus Pulau Pinang)
-Melebihi RM3,000.00 bagi pembelian bekalan dan perkhidmatan


18. Bolehkah seorang staf memohon lebih daripada satu pendahuluan pelbagai dalam bulan yang sama?

Boleh. Borang permohonan pendahuluan boleh dihantar lebih dari satu dalam bulan yang sama dengan syarat pendahuluan sebelumnya telah diselesaikan melalui pelarasan pendahuluan sebelum mengemukakan permohonan yang baru.


19. Bilakah pelarasan pendahuluan pelbagai dibuat?

Pendahuluan pelbagai perlu diselaraskan selepas selesai program iaitu dalam tempoh 21 hari dari tarikh akhir program. Sila rujuk Pekeliling Timbalan Bendahari Kanan UiTM Cawangan Perak Bilangan 1 Tahun 2019.


20. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pelarasan pendahuluan pelbagai?

Dokumen yang diperlukan untuk pelarasan pendahuluan pelbagai seperti berikut:

-Borang Pelarasan Pendahuluan Pelbagai
-Surat Kelulusan
-Kertas Kerja
-Surat/Borang Pindaan Tarikh (Jika berkaitan)
-Resit-resit tuntutan asal yang telah disahkan


21. Siapakah yang perlu mengesahkan resit-resit perbelanjaan untuk pelarasan pendahuluan pelbagai?

Resit-resit perlu disahkan oleh Ketua PTJ. Tandatangan dan cop mestilah dibuat di atas resit (tidak bertindan dengan tulisan pada resit) dan bukannya pada kertas A4.

Sekiranya resit terlalu kecil, memadai tandatangan dan cop terkena pada resit. Ini bagi mengelak resit yang telah disahkan oleh pegawai diganti dengan resit yang lain.


22. Program saya telah diluluskan pembelian kain rentang sebanyak RM100.00. Resit pembelian telah saya sertakan pada borang pelarasan. Kenapa pihak Pejabat Bendahari masih meminta gambar kain rentang tersebut?

Gambar kain rentang diperlukan sebagai bukti bahawa kain rentang telah ditempah untuk program tersebut. Terdapat kes kain rentang tidak ditempah dan tuntutan dibuat menggunakan resit yang diminta daripada kedai yang tidak menyediakan perkhidmatan percetakan kain rentang.


23. Untuk percetakan sijil berjumlah RM150.00, saya telah membuat bayaran deposit sebanyak RM100.00 pada 01/4/2019. Pada 02/4/2019, saya telah membuat sebahagian lagi bayaran berjumlah RM50.00. Saya tidak menerima resit untuk bayaran deposit tetapi menerima resit untuk bayaran baki RM50.00 tersebut. Adakah saya layak membuat tuntutan sebanyak RM150.00?

Tidak layak. Hanya resit RM50.00 boleh diterima. Semua bayaran yang dibuat perlulah menerima resit daripadasyarikat yang membuat pembekalan barang/perkhidmatan. Sekiranya tuntutan RM100.00 ingin dibuat, pemohon perlu menuntut resit bagi bayaran deposit yang telah dibuat daripada syarikat berkenaan.


24. Apakah yang akan berlaku jika pelarasan pendahuluan pelbagai tidak dibuat?

Gaji staf akan dipotong mengikut jumlah pendahuluan yang diambil jika tidak membuat pelarasan melebihi dua bulan.


25. Program anjuran Fakulti saya dibatalkan selepas saya mengambil pendahuluan pelbagai. Apa yang perlu saya lakukan?

Berdasarkan Perkara 5.8, Pekeliling Bendahari Bilangan 4 Tahun 2017, wang pendahuluan pelbagai perlu dipulangkan sepenuhnya di kaunter Pejabat Bendahari dalam tempoh 7 hari selepas program dimaklumkan batal.

Sila serahkan bukti bertulis pemberitahuan program dibatalkan untuk semakan tempoh 7 hari tersebut. Sekiranya wang pendahuluan pelbagai dipulangkan melebihi 7 hari daripada tarikh pembatalan program, staf perlu memberikan justifikasi secara bertulis mengenai perkara tersebut kepada Pejabat Bendahari untuk rekod dan akan dikepilkan bersama-sama laporan kutipan harian untuk rujukan audit.


26. Adakah Tuntutan Mendahulukan Wang mempunyai jumlah maksimum untuk dibuat tuntutan?

Tidak, jumlah tuntutan adalah bergantung kepada resit-resit yang telah dibelanjakan dan tidak melebihi daripada kelulusan yang telah diberikan


27. Apakah dokumen lengkap untuk tuntutan perjalanan?

Dokumen lengkap tuntutan perjalanan seperti berikut:

-Borang PB 3/80
-Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri
-Surat Arahan Bertugas Rasmi atau Surat Kelulusan menghadiri kursus
-Resit-resit perbelanjaan cth resit hotel/penyata Touch n Go yang telah disahkan
-Borang e-Kenderaan (jika ada tuntutan perbatuan)
-Borang Arahan Bertugas Luar Pejabat yang diluluskan Penolong Rektor


28. Apakah dokumen lengkap untuk tuntutan perjalanan staf berjawatan pemandu?

Dokumen lengkap tuntutan perjalanan oleh pemandu seperti berikut:

-Borang PB 3/80
-Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri
-Salinan Thumb Print
-Borang Arahan Bertugas Kepada Pemandu
-Salinan Buku Log
-Resit-resit perbelanjaan – contoh: resit hotel yang telah disahkan (jika berkaitan)


29. Bilakah tarikh akhir penghantaran tuntutan perjalanan setiap bulan?

Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 10 hari bulan dalam bulan yang berikutnya. Rujuk Arahan Perbendaharaan 100(a).


30. Saya telah terlewat membuat tuntutan perjalanan melebihi tarikh 10 hari bulan. Adakah saya masih boleh membuat tuntutan perjalanan?

Ya, Boleh. Dokumen tuntutan perjalanan yang lengkap perlu disertakan Borang Justifikasi Kelewatan Mengemukakan Tuntutan Perjalanan


31. Adakah Borang Justifikasi Kelewatan Mengemukakan Tuntutan Perjalanan memerlukan kelulusan Penolong Rektor?

Tidak perlu jika hanya melangkau bulan. Tetapi jika tuntutan melangkau tahun, perlu mendapatkan kelulusan Rektor


32. Berapakah had tempoh masa penghantaran permohonan tuntutan bayaran perjalanan lewat/melangkau tahun?

Bagi tujuan kawalan peruntukan universiti, borang tuntutan bayaran perjalanan lewat oleh staf yang telah lengkap beserta dengan Borang Justifikasi Kelewatan Mengemukakan Tuntutan Perjalanan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Bendahari tidak lewat dari 1 (satu) bulan dari bulan aktiviti berkenaan berakhir. Tuntutan pembayaran yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk bayaran.

Sila rujuk Pekeliling Rektor Bilangan 8 Tahun 2015


33. Adakah dibenarkan bagi seorang staf membuat tuntutan perjalanan melebihi dari satu tuntutan dalam bulan yang sama?

Tidak boleh, hanya satu borang tuntutan sahaja perlu diisi oleh seorang staf untuk tempoh satu bulan tuntutan.


34. Bagaimanakah cara untuk saya menentukan tuntutan perjalanan yang dituntut adalah kadar tuntutan rasmi atau kadar tuntutan kursus?

Sebelum tuan/puan bertugas di luar pejabat, tuan/puan perlu memastikan surat arahan bertugas/menghadiri kursus telah diterima dengan lengkap. Sila rujuk kepada Bahagian Pentadbiran untuk menyemak kadar kelayakan untuk memudahkan urusan tuntutan.


35. Bagaimana untuk saya mengetahui sama ada saya layak untuk membuat tuntutan elaun makan?

Elaun makan boleh dituntut sekiranya tuan/puan telah bertugas di luar kawasan lebih daripada 24 jam. Jika sebahagian daripada kemudahan makan disediakan, tuan/puan hanya layak menuntut bahagian yang tidak disediakan mengikut kadar seperti berikut:

Makan pagi – 20% daripada elaun makan

Makan Tengahari – 40% daripada elaun makan

Makan Malam – 40 % daripada elaun makan


36. Bagaimana untuk saya mengetahui sama ada saya layak untuk membuat tuntutan elaun harian?

Elaun harian boleh dituntut sekiranya tuan/puan telah bertugas di luar kawasan melebihi 8 jam tetapi kurang daripada 24 jam. Kadar elaun harian ialah separuh daripada elaun makan.


37. Berapakah kadar elaun makan?

Kadar elaun makan seperti berikut:



38. Berapakah kadar elaun hotel?

Kadar elaun hotel adalah seperti berikut:



39. Berapakah kadar elaun tuntutan perbatuan kenderaan?

Kadar elaun tuntutan perbatuan kenderaan adalah seperti berikut:



40. Apakah syarat-syarat untuk saya membuat tuntutan perbatuan kenderaan?

Seseorang staf layak membuat tuntutan perbatuan dengan syarat seperti berikut:

-Elaun tuntutan perbatuan hanya dibenarkan pergi dan balik sahaja
-Sekiranya terdapat 2 hingga 4 staf yang terlibat ke destinasi yang sama, perkongsian kenderaan hendaklah dibuat dan pemilik kenderaan sahaja yang layak membuat tuntutan perbatuan
-Tidak layak jika kenderaan/kemudahan pengangkutan disediakan oleh UiTM
-Penentuan kelas adalah bergantung kepada kadar gaji atau sukatan silinder mengikut mana yang terendah


41. Bagaimanakah cara menentukan kelas tuntutan perbatuan?

Penentuan kelas adalah bergantung kepada kadar gaji atau sukatan silinder mengikut mana yang terendah seperti berikut:


42. Bagaimanakah cara staf UiTM boleh membuat semakan maklumat bayaran yang telah dibuat kepada mereka?

Staf UiTM perlu Login Fine Portal dan klik pada Info Bayaran. Link adalah seperti di bawah:

https://myfinancial.uitm.edu.my/new/index.php/staf-uitm


43. Adakah saya boleh mendapatkan maklumat akaun bank untuk bayaran yuran konferensi yang akan dianjurkan oleh Fakulti saya? Bagaimanakah caranya?

Boleh. Pihak penganjur/Bendahari Program perlu memohon secara bertulis kepada Pejabat Bendahari samada melalui surat atau emel dan melampirkan satu salinan kelulusan penganjuran konferensi tersebut. Penolong Bendahari Kanan/Penolong Akauntan akan memberikan maklumat akaun bank UiTM Pulau Pinang kepada pemohon.


44. Adakah maklumat bank yang diberikan oleh Pejabat Bendahari UiTM Pulau Pinang untuk soalan di atas boleh digunakan untuk bayaran program / konferensi lain anjuran UiTM Bertam?

Tidak boleh. Maklumat bank yang diberikan hanya untuk program/konferensi seperti yang dimohon pada surat/emel pemohon sahaja.

Untuk makluman, nombor akaun bank UiTM Pulau Pinang dan UiTM Bertam adalah berbeza. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika peserta membuat bayaran ke nombor akaun yang salah.


45. Apakah yang perlu dilakukan jika ada peserta membuat bayaran yuran konferensi secara online?

Pihak penganjur / Bendahari Program perlu memberikan bukti bayaran dan maklumat pembayar kepada pihak Pejabat Bendahari UiTM Pulau Pinang dengan segera untuk pengeluaran resit rasmi UiTM


46. Permohonan penganjuran program/konferensi dan senarai perbelanjaan untuk penganjuran program/konferensi di bawah fakulti saya telah diluluskan. Apakah yang perlu saya lakukan?

Tuan/puan perlu menghantar satu salinan kelulusan program/konferensi kepada Pejabat Bendahari UiTM Pulau Pinang untuk rekod dan pembukaan kod tabung yang berkaitan.


47. Program / Konferensi Fakulti saya diadakan di sebuah hotel. Jumlah kelulusan perbelanjaan untuk tempahan pakej bilik seminar dan makanan di hotel melebihi RM5,000.00. Adakah boleh diambil pendahuluan pelbagai atau mendahulukan wang?

Tidak boleh. Tempahan pakej bilik seminar dan makanan di hotel tersebut perlu dibuat secara Pesanan Tempatan (LO) kerana melebihi RM5,000.00.

Nota : Perkhidmatan melebihi RM5,000.00 secara keseluruhan perlu menggunakan Pesanan Tempatan (LO)


48. Jumlah kelulusan perbelanjaan untuk tempahan goodies bag berjumlah RM2,999.00. Adakah boleh diambil pendahuluan pelbagai?

Ya, boleh untuk pembelian bekalan dan perkhidmatan dari mana-mana pembekal (termasuk secara online) bernilai di bawah RM3,000.00

Sila rujuk Para 4.2 pada Pekeliling Timbalan Bendahari Kanan UiTM Cawangan Perak Bilangan 1 Tahun 2019 – Penambahbaikan Kawalan Tuntutan Pendahuluan, Pelarasan Pendahuluan dan Tuntutan Mendahulukan Wang di Peringkat UiTM Cawangan Perak


49. Konferensi Fakulti saya memerlukan Pejabat Bendahari membuka kaunter untuk terimaan bayaran yuran pada hari konferensi diadakan. Apakah langkah-langkah yang perlu dibuat?
Pengerusi Konferensi perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Penolong Rektor berkaitan keperluan membuka kaunter Pejabat Bendahari semasa konferensi berlangsung.

Pihak penganjur program / konferensi perlu menyediakan sambungan Wi-Fi (Internet) yang stabil untuk kegunaan staf Pejabat Bendahari membuka kaunter pada hari konferensi. Wifi diperlukan untuk membolehkan sistem FAIS beroperasi dan cetakan resit rasmi dilakukan bagi setiap bayaran yang diterima.


50. Apakah yang perlu saya lakukan selepas selesai program / konferensi?
Bendahari program/konferensi perlu menyemak dan memastikan kesemua perbelanjaan program telah selesai dituntut dan dibuat bayaran.

Pihak penganjur muktamadkan lejer dan membuat kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Tabung Amanah Fakulti untuk ditutup

Pihak Pejabat Bendahari Kampus Pulau Pinang akan membuat agihan selepas menerima minit kelulusan Mesyuarat Tabung Amanah Fakulti

SOALAN LAZIM BERKAITAN YURAN PELAJAR

SOALAN 1 : Bagaimana cara untuk mengakses Portal Kewangan Pelajar? Mohon bantuan.


Jawapan:

Portal Kewangan Pelajar (Student Financial Services) boleh diakses melalui login iStudent Portal.



Sekiranya anda menghadapi masalah login ke iStudent Portal, sila rujuk senarai semak di bawah:



SOALAN 2 : Dimanakah boleh saya dapatkan struktur yuran?

Jawapan:

Struktur yuran boleh didapati berdasarkan status pendaftaran pelajar seperti berikut:

  • Bagi pelajar baru yang masih belum mendaftar dan belum membuat proses setuju terima tawaran pengajian, struktur yuran boleh dimuat turun dari Laman Utama Pelajar di laman web rasmi Pejabat Bendahari https://bendahari.uitm.edu.my/
  • Bagi pelajar yang telah mendaftar dan berstatus aktif, surat pengesahan yuran boleh dijana melalui login iStudent Portal, dengan merujuk panduan berikut:





SOALAN 3 : Saya pelajar Sepenuh Masa Lanjut Tempoh (SML). Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

 

Jawapan:





Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa.


SOALAN 4
 : Saya pelajar Pascasiswazah. Mengapa saya tiada bil yuran pengajian?

 
Jawapan:





Saudara / saudari pelajar boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting dengan merujuk kepada Kalendar Akademik yang sedang berkuatkuasa.


SOALAN 5 : Mengapa saya dikenakan tindakan gugur taraf?

 

Jawapan:

 

Sumber dari : Jabatan Pengurusan Kewangan Pelajar Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

BORANG KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN (KSP) PEJABAT BENDAHARI

Aduan Maklumbalas Pelanggan

QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776