UNIT KOKURIKULUM

Unit Kokurikulum ini telah diwujudkan selaras dengan kursus kokurikulum yang diperkenalkan di Universiti Teknologi MARA sejak tahun 1976. Kursus ini dijadikan sebahagian daripada kursus wajib sepertimana kursus-kursus akademik yang lain. Kokurikulum adalah keperluan luar kuliah yang diberi nilai kredit untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan diploma ataupun ijazah.

Kursus-kursus kokurikulum UiTM adalah Kursus Universiti Berkredit telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah.Seiring dengan Lonjakan 1 Pelan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) (2015-2025), Kementerian menetapkan visi bagi membangunkan graduan yang seimbang dari segi akhlak dan ilmu dengan meningkatkan minda berpandukan nilai dan keusahawanan.

Hal ini akan dilaksanakan menerusi kurikulum yang ditambah baik, kerjasama industri yang dikembangkan dan program pembelajaran melalui pengalaman, beserta kerangka penilaian bersepadu baharu yang melihat ke arah pembangunan holistik.

Lapan (8) Teras Kokurikulum berkenaan adalah seperti berikut :-

  • Teras KesukarelawananTeras Kepemimpinan
  • Teras Daya Usaha dan Inovasi
  • Teras Kebudayaan dan Kesenian
  • Teras Khidmat Komuniti
  • Teras Keusahawanan
  • Teras Pengucapan Awam
  • Teras Sukan
Semua program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dikehendaki mendaftar dan wajib lulus kursus Badan Beruniform pada semester pertama mengikut garis panduan berikut :
  • Pelajar yang memilih Kesatria Negara 1 pada semester pertama :

               i.     Bebas memilih mana – mana kursus kokurikulum seterusnya pada semester kedua dan ketiga atau,

               ii.    Meneruskan kokurikulum dalam kesatria di semester kedua sehingga semester ketiga, atau,

               iii.   Meneruskan kokurikulum dalam kesatria sebagai komander kesatria di semester kedua hingga semester keenam.

  • Pelajar yang memilih kokurikulum badan beruniform pertahanan awam, kadet bomba, badan pertolongan cemas, kesatria kembara, dan kesatria brass band dikehendaki meneruskan kokurikulum yang sama pada semester kedua dan ketiga.
  • Pelajar yang memilih kokurikulum badan beruniform seperti sukarelawan polis (SUKSIS) , PALAPES Darat, PALAPES Laut, PALAPES Udara, dan Komander Kesatria dikehendaki meneruskan kokurikulum yang sama pada semester dua (2) hingga ke semester enam (6) untuk tujuan pentauliahan.

FUNGSI UNIT KOKURIKULUM

  • Memenuhi hasrat universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.
  • Memberikan pendedahan mengenai aspek teori dan amalan terutamanya dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan.
  • Menggalakkan pelajar agar sentiasa memiliki sifat – sifat murni seperti berdisplin, dedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk yang teguh dan padu.
  • Menerap nilai – nilai kerohanian, patriotik dan keusahawanan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
  • Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa lapang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.

 

Facebook Unit Kokurikulum, UiTM Cawangan Pulau Pinang: https://www.facebook.com/UnitkokurikulumUitmpenang/?locale=ms_MY

 

 BIL BORANG  MUAT TURUN
 1.  Borang Peringatan Awal [Klik di sini]
 2.  Borang Peringatan Akhir [Klik di sini]
 3.  Borang BAR Pelajar Kokurikulum [Klik di sini]
 4.  Borang Ganti Kelas Kokurikulum [Klik di sini]
5.  Borang Maklumat Pelajar Kokurikulum [Klik di sini]
6.  Borang Akuan Penjaga Bagi Aktiviti Luar Kampus [Klik di sini]
7.  Borang Permohonan Pegawai Pengiring [Klik di sini]
8.  Borang Permohonan Pindaan Aktiviti [Klik di sini]
9.  Borang C Aktiviti Kokurikulum [Klik di sini]
10.  Borang Permohonan Jurulatih Sambilan Kokurikulum (BARU) [Klik di sini]
11.  Borang Penyambungan Jurulatih Sambilan Kokurikulum  [Klik di sini]
12.  Borang Pemantauan Jurulatih Sambilan Kokurikulum [Klik di sini]

 

 

BIL. NAMA JAWATAN EMEL SAMBUNGAN
1. Muhammad Nabil Md Rahimi Pen. Pendaftar (Kokurikulum) nabilrahimi@uitm.edu.my 2842
2. Noor Atiekah Bt Daud Peg. Esekutif (Kokurikulum) atiekahd@uitm.edu.my 2905
3. Shafarizal Bin Ghazali Pembantu Tadbir (Kokurikulum) shafarizal@uitm.edu.my 2865
4. Muhamad Hafiz Bin Abu Bakar Pembantu Tadbir (Kokurikulum) hafizabubakar@uitm.edu.my 2862
QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776