Pengenalan
Fakulti Sains Kesihatan di Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam telah bermula sejak Mei 2011. Fakulti ini menawarkan dua program iaitu Diploma Teknologi Makmal Peubatan dan Diploma Kesihatan Persekitaran. Environmental Health Students Association (EHSAn) merupakan sebuah persatuan di bawah Diploma Kesihatan Persekitaran yang mewakili pelajar dari kursus tersebut. Persatuan ini diwakili oleh 15 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai ahli jawatankuasa. Pelbagai aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh persatuan EHSAn sepanjang semester. Setiap program yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek yang mampu melahirkan generasi mahasiswa yang cemerlang pada masa akan datang.
Visi
Melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dalam pelbagai bidang dan ianya tidak hanya tertumpu pada sudut akademik sahaja.
Misi
Mengadakan program yang mampu melahirkan mahasiswa minda kelas pertama yang tidak hanya bertumpu kepada bidang akademik sahaja, walhal dapat menceburi dalam bidang lain yang lebih meluas.
Objektif
Objektif persatuan ini adalah untuk menjadikan kursus Kesihatan Persekitaran sebagai kursus yang berpasaran tinggi.