BAHAGIAN KEWANGAN
- PENGENALAN
- CARTA ORGANISASI
- PERKHIDMATAN
- AKTIVITI
- MUAT TURUN
- TENDER/SEBUTHARGA
- DIREKTORI
PENGENALAN
Bahagian Kewangan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam mula beroperasi secara rasminya pada Jun 2012 dengan staf permulaan seramai tiga (3) orang staf. Terdiri daripada dua (2) orang Penolong Akauntan dan satu (1) orang Pembantu Tadbir Kewangan.
Pada awal tahun 2013, satu (1) orang Penolong Bendahari dan satu (1) orang Pembantu Tadbir Kewangan telah melaporkan diri di jabatan ini menjadikan jumlah keseluruhan staf seramai lima (5) orang.
Pada bulan Julai 2013 telah berlakunya pertukaran suka sama suka di antara dua (2) orang Penolong Akauntan asal dengan Penolong Akauntan baharu yang mana seorang dari UiTM Kampus Shah Alam dan seorang lagi dari UiTM Kampus Kuala Pilah.
Sehingga kini, Bahagian Kewangan UiTM Cawangan Pulau Pinang mempunyai lima (5) orang staf.
|
VISI
Menjadikan UiTM sebuah university yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang professional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
|
MISI
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran Bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program professional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
|
Menguruskan Belanjawan Universiti seperti berikut:-
- a. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM Kampus Negeri / Cawangan yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Beendahari UiTM Kampus Induk. b. Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk.
- Mengeluarkan Pesanan Tempatan untuk permohonan perolehan melalui:-
- Tender / Sebut Harga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.
- Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh permohonan belian diluluskan dalam FAIS.
- Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.
- Menyampaikan e-tiket kapal terbang melalui e-mel selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh penerbangan bagi tempahan yang diterima tidak lewat dari tujuh hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
- Mengeluarkan barang stor dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Mengangkut barang lupus yang diluluskan secara kaedah musnah dan jualan sisa dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh pengesahan pengangkutan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
- Mengemukakan penyata kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pengarah Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya.
|
OBJEKTIF
- Mencapai pengurusan kewangan terbaik dengan mendapat sijil Audit Bersih.
- Meningkatkan persepsi dan kepuasan pelanggan dengan menepati Piagam Pelanggan dan peraturan yang ditetapkan.
- Menggalakkan budaya penambahbaikan berterusan oleh semua staf dengan peglibatan sekurang-kurangnya dalam satu projek atau inisiatif kualiti setioa tahun.
- Mencapai penggunaan 100% system teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi semua operasi system pengurusan kewangan.

AKAUN AMANAH, PENYELIDIKAN & PERUNDINGAN
Fungsi dan tanggungjawab
- Membuat bayaran dan tuntutan di bawah akitiviti Akaun Amanah.
- Menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja.
- Menguruskan kutipan hasil aktiviti Akaun Amanah.
- Memberikan khidmat nasihat mengenai operasi dan polisi Akaun Amanah.
Aktiviti 2023
BIL |
AKTIVITI |
TARIKH |
LOKASI |
CATATAN |
|
1. |
Majlis Kemuncak Kempen MyDebit dan Cashless Campus
|
16 Feb 2023
|
Laman Perdana, UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Anjuran Pejabat Bendahari UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan tajaan Payment Network Malaysia (PayNet)
|
[gambar]
|
2. |
Gotong Royong Bahagian Kewangan & Stor Alat Tulis |
10 Mac 2023 |
Bahagian Kewangan & Stor Alat Tulis |
Anjuran Bahagian Kewangan & Bahagian Fasiliti
|
[gambar] |
3. |
Pengauditan Interim Penyata Kewangan UiTMCPP Kampus Bertam 2022 |
03 April 2023 – 14 April 2023 |
Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari |
Diketuai oleh Penolong Pengarah Audit, En Adwin Arokiasamt A/L Thomas bersama dengan emapat (4) lagi pegawai audit
|
- |
4. |
Jamuan Raya UiTMCPP Kampus Bertam 2023 “MERIAHNYA AIDILFITRI” |
18 Mei 2023 |
Foyer Blok Makmal |
Booth Bahagian Kewangan dan Polis Bantuan
|
[gambar] |
Tender / Sebutharga
IKLAN SEBUTHARGA
BIL |
NO. DOKUMEN |
TAJUK |
MUAT TURUN |
2. |
PB/PER/PPB/3/2/23 |
CADANGAN KONTRAK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM PEGGERA DAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UITM CAWANGAN PULAU PINANG, KAMPUS BERTAM.
|
|
1. |
PB/PER/PPB/3/1/23 |
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR SISTEM BEKALAN ELEKTRIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UITM CAWANGAN PULAU PINANG, KAMPUS BERTAM BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN.
|
IKLAN |
IKLAN TENDER
BIL |
NO. DOKUMEN |
TAJUK |
MUAT TURUN |
|
|
TIADA IKLAN BUAT MASA INI
|
|
IKLAN PENJUALAN PELUPUSAN
BIL |
NO. DOKUMEN |
TAJUK |
MUAT TURUN |
|
|
TIADA IKLAN BUAT MASA INI
|
|
IKLAN PELUPUSAN HARTA BENDA, PERALATAN ICT & INVENTORI
BIL |
NO. DOKUMEN |
TAJUK |
MUAT TURUN |
|
|
TIADA IKLAN BUAT MASA INI
|
|
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
NO. TELEFON |
|
1. |
Noor Shahida Baharudin |
Penolong Bendahari Kanan |
04-5623471 |
noorsha079@uitm.edu.my |
2. |
Nurfauziana Abdul Kadir |
Penolong Akauntan Kanan |
04-5623468 |
nurfauziana@uitm.edu.my |
3. |
Mazni Abd Somat |
Penolong Akauntan |
04-5623481 |
maznisomat@uitm.edu.my |
4. |
Nurul Farawahida Akma Ramli |
Penolong Akauntan |
04-5623467 |
farawahida130@uitm.edu.my |
5. |
Noor Ermayanti Aznan |
Pembantu Tadbir Kewangan |
04-5623466 |
ermayanti@uitm.edu.my |