Sejarah UiTM Kampus Bertam

 

Universiti Teknologi MARA(Pulau Pinang) Kampus Bertam merupakan kampus kedua UiTM(Pulau Pinang) dengan keluasan keseluruhan adalah adalah 248 ekar yang merangkumi pembangunan permulaan Fasa 1 iaitu 32.6 ekar.

Pembangunan kampus kedua ini adalah bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di Kampus Permatang Pauh yang telah mencapai jumlah pelajar seramai 10,085 orang.UiTM(Pulau Pinang) Kampus Bertam mula beroperasi pada 16 Mei 2011 dengan enrolmen permulaan seramai 521 orang pelajar.Kumpulan pertama pelajar ini adalah daripada Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan yang terdiri daripada Diploma Farmasi,Diploma Teknologi Perubatan dan Diploma Sains Kesihatan Persekitaran.Pada Jun 2012,satu program baru iaitu Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah ditempatkan di UiTM Bertam.

Pada tarikh 12 Februari 2015 UiTM(Pulau Pinang) Kampus Bertam telah dengan rasminya menerima Kolej Az-Zahrawi yang mampu menampung sejumlah 1000 pelajar.Kini jumlah keseluruhan pelajar UiTM(Pulau Pinang)Kampus Bertam adalah seramai 1200 orang pelajar yang terdiri daripada Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA(UiTM)

Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam

13200 Kepala Batas,Pulau Pinang

Malaysia

 

Tel: +604-562 3444

Fax: +604-562 3488