Pada tarikh 12 februari 2015 UiTM (Pulau Pinang) Kampus Bertam telah dengan rasminya menerima Kolej Al-Zahrawi yang mampu menampung sejumlah 1000 pelajar. Kolej Al-Zahrawi mempunyai satu (1) blok dimana sayap A menempatkan pelajar siswi manakala sayap B menempatkan pelajar siswa. Blok A mempunyai sebanyak 92 buah rumah manakala blok b sebanyak 34 buah rumah.

Setiap rumah mempunyai empat (4) buah bilik dimana satu bilik menempatkan dua (2) orang pelajar. Jumlah keseluruhan bagi satu rumah ialah seramai lapan (8) orang pelajar. Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelajar. Antaranya :-

 

  • Pejabat Pengurusan
  • Bilik bacaan
  • Ruang TV
  • Rumah OKU
  • Surau
  • Kafeteria
  • Kedai Serbaneka
  • Kedai Pencetakan
  • Dobi
  • RO Water
  • Gelanggang Futsal


Komputer merupakan salah satu alat pembelajaran yang amat penting pada masa kini. Komputer juga banyak membantu para pelajar untuk melakukan tugasan, justeru dapat meningkatkan peluang kerjaya para pelajar.

Oleh yang demikian, pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam tidak ketinggalan dalam menyediakan prasana kemudahan komputer kepada para pelajar. Terdapat 5 Makmal Komputer (dibawah seliaan Jabatan Perkhidmatan ICT) dan 2 Pusat IT (dibawah seliaan Perpustakaan) menyediakan kemudahan komputer kepada para pelajar. Spesifikasi komputer juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini agar para pelajar dapat menggunakan kemudahan yang baik dan selesa.



Dewan Kuliah menjadi tempat bagi kuliah yang memerlukan kapasiti yang besar. Terdapat 2 Dewan Kuliah disediakan oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Kapasiti bagi dewan kuliah adalah seramai 186 setiap satu. Antara kemudahan yang disediakan ialah sistem PA dan LCD Projector.

Smart classroom(SCR) merupakan konsep yang memadukan teknologi digital dan pendidikan sebagai konsep pendidikan dengan metode digital dimana ianya menggunakan penyampaian yang interaktif seperti video dan metode yang menarik secara visual dalam pengajaran. Ini membantu pelajar untuk mengingat informasi dengan lebih cepat dan efektif.

Smart classroom di UiTM Kampus Bertam dilengkapi dengan  1unit Interactive Panel Board yang boleh membantu pensyarah menjalankan proses PNP dengan lebih mudah dan menarik ,5 led tv,wireless presentation dan juga kemudahan wifi. Smart  Classroom adalah di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Akademik dan diserahkan secara rasminya pada 18 Februari 2020 oleh Bahagian Pengurusan Fasiliti setelah proses pengubahsuaian selesai.Tempahan untuk menggunakan SCR boleh dilakukan di pautan https://bsu.uitm.edu.my/

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA(UiTM)

Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam

13200 Kepala Batas,Pulau Pinang

Malaysia

 

Tel: +604-562 3444

Fax: +604-562 3488