Pengenalan
PENGENALAN
Persatuan Occupational Therapy Students atau lebih dikenali sebagai OTHENS adalah salah satu kelab persatuan di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. Persatuan OTHENS dipantau oleh seorang pensyarah iaitu Encik Halil bin Rusdi dan diterajui oleh 4 orang ahli Majlis Tertinggi dan 11 orang barisan exco menjadikan jumlah ahli seramai 15 orang ahli. Persatuan ini dipilih melalui sokongan majoriti dan ahli- ahli dalam persatuan ini terdiri daripada jurusan Diploma Pemulihan Cara Kerja. Slogan kata persatuan ini adalah “Towards Independent Living” yang membawa erti yang sangat besar dan asas dalam jurusan Pemulihan Cara Kerja itu sendiri iaitu memastikan pesakit yang dirawat dapat berfungsi dalam keadaan yang maksimum dan dapat berdikari dalam melakukan kerja harian.
VISI
-
Memaksimumkan pembangunan serta potensi dalam mencapai matlamat persatuan.
MISI
-
Untuk menjadi medium perantaraan yang utama diantara pelajar dengan pensyarah.
Objektif
- Untuk melatih para pelajar dalam menganjur, mengendali, mengurus dan melaksanakan sesebuah program.
- Untuk membangunkan keupayaan modal insan dalam bidang penyelidikan sains dan inovasi sebagai platform kepada penyelidik muda dalam mancetuskan idea kreatif dan inovatif
- Untuk mewujudkan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah secara rasional dalam suatu organisasi.
- Untuk melaksanakan aktiviti yang dapat mewujudkan graduan yang seimbang dan cemerlang sesuai dengan model graduan UiTM.
Pengertian Logo
MANUSIA YANG MELOMPAT
Melambangkan pelajar Occupational Therapy yang proaktif.
SINARAN PADA MANUSIA
Melambangkan 8 OPA (Occupational Performance Area) dalam skop pembelajaran pelajar Occupational Therapy yang perlu di fahami dan di hadami.
WARNA KUNING
Melambangkan pelajar Occupational Therapy yang bersifat ceria dan tenang dimana ia dapat merangsang aktiviti pemikiran dan mental yang lebih kreatif dan pandai mencipta idea yang bernas.
WARNA HITAM PADA MANUSIA
Melambangkan sifat pelajar Occupational Therapy yang berdikari dalam melakukan setiap aktiviti.