PEJABAT POLIS BANTUAN

BAHAGIAN POLIS BANTUAN 

Unit Keselamatan telah diwujukan seiring dengan penubuhan Institut Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang di Kampus Sementara Permatang Pasir, Permatag Pauh (SPT) pada 16 jun 1996. Kekuatan anggota ketika itu ialah seramai 8 orang dan seorang Ketua Pengawal (KP14) yang dipertanggungjawab sebagai Ketua Unit. Pada 13 Ogos 2003 Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang telah berpindah ke Kampus Tetap di Permatang Pauh (SPT) dan penambahan anggota keselamatan telah dilakukan iaitu seiringan dengan kampus yang serba canggih. Pada masa ini kekuatan anggota adalah seramai 38 orang. Pada bulan Julai 2011 Bahagian Keselamatan telah di tukarkan kepada Pejabat Polis Bantuan. Pada 16 Mei 2011, Kampus Bertam mula beroperasi dan pada ketika ini, 


MISI
BERILTIZAM MENYEMPURNAKAN MISI UiTM UNTUK :

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan keprofesionalan.

VISI
BERWAWASAN MEREALISASI VISI UiTM UNTUK :

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamesime bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

OBJEKTIF

Memastikan anggota Polis Bantuan UiTM yang bersiap sedia dan kompeten. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif. Menyediakan urusan perkhidmatan Polis Bantuan berteraskan penggunaan teknologi.

PIAGAM PELANGGAN

Menjamin kawalan keselamatan 24 jam kepada staf, pelajar dan orang awam semasa berada didalam kawasan kampus. Memastikan penguatkuasaan sahsiah rupadiri, lalulintas dan peraturan UiTM untuk pelajar. Memastikan penguatkuasa peraturan peraturan UiTM dan lalulintas terhadap pelajar, staf dan orang awam semasa berada didalam kawasan kampus. Memastikan kerjasama diantara Pihak kuasa dan AJK penduduk setempat dengan UiTM. Memberi Perkhidmatan yang Cekap, Adil dan Mesra
PERKHIDMATAN
1. Kawalan Keselamatan


A. Kawalan


• Mengawal pintu keluar/ masuk Pos Utama dan memastikan disiplin pelajar, membuat pemeriksaan kenderaan, membuat pemeriksaan pas keselamatan dan memastikan semua pelajar dan staf memakai kad pelajar dan staf semasa masuk dan keluar kampus.
• Mengawal di pos-pos kawalan kolej kediaman
• Mengawal keselamatan di majlis-majlis rasmi/program/aktiviti dalam kampus.

B. Pemeriksaan

1. Membuat pemeriksaan pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sahsiah rupadiri semasa di dalam kampus
2. Membuat pemantauan di kolej-kolej dan kampus bagi memastikan tiada penceroboh masuk ke dalam kolej, bangunan fakulti, pentadbiran dan keseluruhan kampus.
3. Membuat pemeriksaan mengejut di pintu keluar masuk bagi memastikan pekerja-pekerja kontrak, awam dan pelawat memiliki pas keselamatan atau surat kebenaran yang sah semasa berada di dalam kampus, membuat intipan terhadap pelajar-pelajar yang disyaki menghisap dadah, berjudi, menonton video lucah dan pelajar masuk lewat dengan cara memanjat pagar kolej atau kampus

C. Rondaan

• Membuat rondaan di kolej-kolej, bangunan fakulti, bangunan pentadbiran dan membuat laporan rondaan jika berlaku perkara-perkara yang mencurigakan dan laporan kerosakan kelalaian staf atau pelajar yang lupa memadam lampu atau penghawa dingin semasa habis kerja.
• Membuat rondaan dibangunan atau dewan semasa pemeriksaan berjalan.
• Menyemak catatan-catatan kawasan universiti untuk menentukan pagar-pagar, bangunan-bangunan, projek-projek tanaman dan melaporkan kejadian-kejadian kepada Ketua Unit Keselamatan.
• Membuat rondaan semasa majlis/program/altiviti atau acara sukan berlansung bagi memastikan tiada kejadian jenyah berlaku.

2. Kawalan Lalulintas dan Iring VIP

• Membuat iringan kepada VIP di majlis-majlis rasmi di dalam kampus.
• Memastikan tempat letak kereta / motosikal teratur dan terkawal.
• Memastikan keadaan lalulintas terkawal dan membuat kawalan jika keadaan lalulintas sesak.
• Pastikan tiada kenderaan yang halang lalulintas dan meletak kenderaan ditepi jalan serta tempat larangan pakir.
• Pastikan kenderaan staf, pelajar serta kontraktor mempunyai pelekat kenderaan.
• Pastikan kawasan tempat meletak kenderaan VIP tiada halangan atau gangguan.
• Buka pintu kenderaan VIP

3. Pengeluaran Pelekat Kenderaan dan Pekerja Kontrak

1. Menerima borang pelekat kenderaan pelekat staf, pelajar dan pekerja kontrak.
2. Menyemak borang tersebut dan resit pembelian pelekat kenderaan.
3. Menyerahkan pelekat kenderaan kepada pemohon.
4. Menyemak dan mengemaskini rekod pembayaran pas pekerja kontrak.
5. Mengeluarkan Pas Pekerja Kontrak

4. Siasatan

• Menerima arahan dari Ketua Pejabat Polis Bantuan atau Ketua Unit Polis Bantuan untuk menyiasat aduan dari Pelajar, Kakitangan atau orang awam.
• Menghubungi pengadu (pelajar,kakitangan dan orang awam yang terlibat).
• Menyoalsiasat pengadu dan ambil rakam percakapan dalam pemeriksaan pengadu • Mengesan serta menyoalsiasat saksi dan ambil rakam percakapan dalam pemeriksaan saksi.
• Mengambil gambar tempat kejadian dan membuat lakaran lokasi kejadian.
• Mendapatkan maklumat dari Balai Polis Perda, Bukit Minyak, AJK Perumahan UiTM Kampus Bertam serta Hospital berdekatan sekiranya terdapat aduan berkaitan pihak terbabit.
• Mengumpul bukti-bukti kes kejadian.
• Mengesan barang yang dilapurkan hilang dibilik kuliah,kolej serta meneliti rakaman melalui CCTV.
• Menyediakan laporan hasil siasatan.
• Siapkan kertas siasatan dan hantar kepada KPPB untuk semakkan.
• Hantar lapuran kertas siasatan kepada yang berkenaan(HEP, HEA, Fasiliti, Kolej, NR, OSHA dan Pejabat Rektor).
• Terima keputusan lembaga tatatertib HEP, HEA dan failkan mengikut turutan kes yang selesai.
• Menyediakan laporan statistik kes mengikut harian,bulanan dan tahunan.

5. Perkhidmaan Am

A. Kaunter


1. Menjawab panggilan telefon dan menerima pesanan.
2. Menerima aduan kehilangan kad pelajar dan staf.
3. Menerima borang semakan tamat pengajian pelajar.
4. Menerima laporan aduan dari staf, pelajar dan orang awam.
5. Menyediakan maklumat saman lalulintas dan sahsiah rupa diri untuk untuk dijanakan oleh pihak bendahari.

B. Rekod Pejabat

• Daftar masuk saman sahsiah rupadiri dalam sistem.
• Kemaskini sistem setelah pelajar membuat bayaran.
• Saman tersebut akan dihantar ke Pejabat HEP untuk tindakan selanjutnya.

C. Membantu dalam proses perolehan dan pentadbiran

1. Menyediakan bajet tahunan perolehan kelengkapan keselamatan untuk kelulusan ketua Unit
2. Senarai peralatan keperluan mengikut peruntukan bajet tahunan.
3. Proses dokumen.
4. Merima bekalan dan rekodkan serta mulakan proses bayaran.
5. Menetapkan tarikh panggilan mesyuarat .
6. Menentukan tempat mesyuarat.
7. Mengambil minit mesyuarat.
8. Menyediakan minit mesyuarat .
9. Merekodkan dalam fail keluar masuk aksesori.
10. Kemaskini rekod aksesori setiap kali penyerahan item kepada anggota.
11. Membantu Operasi Pelekat kenderaan pelajar / staf.
12. Membantu Operasi sahsiah rupadiri pelajar.
13. Membantu operasi pas pekerja kontrak.

BIL

 

BORANG

MUAT TURUN

1

BORANG PB05 - ADUAN KEHILANGAN BARANG PERSENDIRIAN

KLIK DI SINI

2

BORANG PB08 - KEBENARAN MEMBAWA KELUAR BARANG DAN PERALATAN MILIK UITM

KLIK DI SINI

3

BORANG PB09 - PENYERAHAN HARTA BENDA (PERSENDIRIAN & BARANG KES)

KLIK DI SINI

4

BORANG PB15 - PEMOHONAN PAS KESELAMATAN

 

KLIK DI SINI

5

BORANG  PB31 - KEBENARAN KELUAR KAMPUS

 

KLIK DI SINI

 

BIL

AKTA

 

MUAT TURUN

1

AKTA 174

 

KLIK DI SINI

2

AKTA 605

 

KLIK DI SINI

3

AKTA 605 (ENGLISH)

 

KLIK DI SINI

4

TATATERTIB DAN SURCAJ

 

KLIK DI SINI

 

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer adipiscing erat eget risus sollicitudin pellentesque et non erat. Maecenas nibh dolor, malesuada et bibendum a, sagittis accumsan ipsum. Pellentesque ultrices ultrices sapien, nec tincidunt nunc posuere ut. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nam scelerisque tristique dolor vitae tincidunt. Aenean quis massa uada mi elementum elementum. Nec sapien convallis vulputate rhoncus vel dui.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer adipiscing erat eget risus sollicitudin pellentesque et non erat. Maecenas nibh dolor, malesuada et bibendum a, sagittis accumsan ipsum. Pellentesque ultrices ultrices sapien, nec tincidunt nunc posuere ut. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nam scelerisque tristique dolor vitae tincidunt. Aenean quis massa uada mi elementum elementum. Nec sapien convallis vulputate rhoncus vel dui.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA(UiTM)

Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam

13200 Kepala Batas,Pulau Pinang

Malaysia

 

Tel: +604-562 3444

Fax: +604-562 3488