BAHAGIAN POLIS BANTUAN

Unit Keselamatan telah diwujukan seiring dengan penubuhan Institut Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang di Kampus Sementara Permatang Pasir, Permatang Pauh (SPT) pada 16 jun 1996. Kekuatan anggota ketika itu ialah seramai 8 orang dan seorang Ketua Pengawal (KP14) yang dipertanggungjawab sebagai Ketua Unit.

Pada 13 Ogos 2003 Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang telah berpindah ke Kampus Tetap di Permatang Pauh (SPT) dan penambahan anggota keselamatan telah dilakukan iaitu seiringan dengan kampus yang serba canggih. Pada masa ini kekuatan anggota adalah seramai 37 orang. Pada bulan Julai 2011 Bahagian Keselamatan telah di tukarkan kepada Pejabat Polis Bantuan.

Kekuatan ini telah diklasfikasikan kepada :

Bil. Jawatan Jumlah
1. Timbalan Pegawai Keselamatan 01
2. Pembantu Keselamatan Kanan 01
3. Pengawal Keselamatan Tertingi 02
4. Pengawal Keselamatan Kanan 11
5.  Pengawal Keselamatan 21

VISI 

BERWAWASAN MEREALISASI VISI UiTM UNTUK:

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamesime bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI 

BERILTIZAM MENYEMPURNAKAN MISI UiTM UNTUK:

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan keprofesionalan

OBJEKTIF 
  1. Memastikan anggota Polis Bantuan UiTM yang bersiap sedia dan kompeten.
  2. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
  3. Menyediakan urusan perkhidmatan Polis Bantuan berteraskan penggunaan teknologi.
FALSAFAH 

MENDUKUNG FALSAFAH UiTM, IAITU:

Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

PIAGAM PELANGGAN 

Piagam Pelanggan Polis Bantuan

  • Menjamin kawalan keselamatan 24 jam kepada staf, pelajar dan orang awam semasa berada didalam kawasan kampus.
  • Memastikan penguatkuasaan sahsiah rupadiri, lalulintas dan peraturan UiTM untuk pelajar.
  • Memastikan penguatkuasa peraturan peraturan UiTM dan lalulintas terhadap pelajar, staf dan orang awam semasa berada didalam kawasan kampus.
  • Memastikan kerjasama diantara Pihak kuasa dan AJK penduduk setempat dengan UiTM.
  • Memberi Perkhidmatan yang Cekap, Adil dan Mesra

Dikemas kini pada 09 Julai 2020


Dikemas kini pada 16 Julai 2020

 

PERKHIDMATAN

1. Kawalan Keselamatan

A. Kawalan
  1. Mengawal pintu keluar/ masuk Pos Utama dan memastikan disiplin pelajar, membuat pemeriksaan kenderaan, membuat pemeriksaan pas keselamatan dan memastikan semua pelajar dan staf memakai kad pelajar dan staf semasa masuk dan keluar kampus.
  2. Mengawal di pos-pos kawalan kolej kediaman
  3. Mengawal di pos-pos kawalan Hotel dan Bangunan Fakulti dan Pentadbiran
  4. Mengawal keselamatan di majlis-majlis rasmi/program/aktiviti dalam kampus.
B. Pemeriksaan
  1. Membuat pemeriksaan pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sahsiah rupadiri semasa di dalam kampus
  2. Membuat pemantauan di kolej-kolej dan kampus bagi memastikan tiada penceroboh masuk ke dalam kolej, bangunan fakulti, pentadbiran dan keseluruhan kampus.
  3. Membuat pemeriksaan mengejut di pintu keluar masuk bagi memastikan pekerja-pekerja kontrak, awam dan pelawat memiliki pas keselamatan atau surat kebenaran yang sah semasa berada di dalam kampus, membuat intipan terhadap pelajar-pelajar yang disyaki menghisap dadah, berjudi, menonton video lucah dan pelajar masuk lewat dengan cara memanjat pagar kolej atau kampus
C. Rondaan
  1. Membuat rondaan di kolej-kolej, bangunan fakulti, bangunan pentadbiran dan membuat laporan rondaan jika berlaku perkara-perkara yang mencurigakan dan laporan kerosakan kelalaian staf atau pelajar yang lupa memadam lampu atau penghawa dingin semasa habis kerja.
  2. Membuat rondaan dibangunan atau dewan semasa pemeriksaan berjalan.
  3. Menyemak catatan-catatan kawasan universiti untuk menentukan pagar-pagar, bangunan-bangunan, projek-projek tanaman dan melaporkan kejadian-kejadian kepada Ketua Unit Keselamatan.
  4. Membuat rondaan semasa majlis/program/altiviti atau acara sukan berlansung bagi memastikan tiada kejadian jenyah berlaku.
2. Kawalan Lalulintas dan Iring VIP
  1. Membuat iringan kepada VIP di majlis-majlis rasmi di dalam kampus.
  2. Memastikan tempat letak kereta / motosikal teratur dan terkawal.
  3. Memastikan keadaan lalulintas terkawal dan membuat kawalan jika keadaan lalulintas sesak.
  4. Pastikan tiada kenderaan yang halang lalulintas dan meletak kenderaan ditepi jalan serta tempat larangan pakir.
  5. Pastikan kenderaan staf, pelajar serta kontraktor mempunyai pelekat kenderaan.
  6. Pastikan kawasan tempat meletak kenderaan VIP tiada halangan atau gangguan.
  7. Buka pintu kenderaan VIP
3. Pengeluaran Pelekat Kenderaan dan Pekerja Kontrak
  1. Menerima borang pelekat kenderaan pelekat staf, pelajar dan pekerja kontrak.
  2. Menyemak borang tersebut  dan resit pembelian  pelekat kenderaan.
  3. Menyerahkan pelekat kenderaan kepada pemohon.
  4. Menyemak dan mengemaskini rekod pembayaran pas pekerja kontrak.
  5. Mengeluarkan Pas Pekerja Kontrak
4. Siasatan
  1. Menerima arahan dari Ketua Pejabat Polis Bantuan untuk   menyiasat  aduan dari Pelajar, Kakitangan atau orang awam.
  2. Menghubungi pengadu (pelajar,kakitangan dan orang awam yang terlibat).
  3. Menyoalsiasat pengadu dan ambil rakam percakapan dalam  pemeriksaan pengadu
  4. Mengesan serta menyoalsiasat saksi dan ambil rakam percakapan dalam pemeriksaan saksi.
  5. Mengambil gambar tempat kejadian dan membuat lakaran lokasi kejadian.
  6. Mendapatkan maklumat dari Balai Polis Perda, Bukit Minyak, AJK Perumahan UiTM Kampus Bertam serta Hospital berdekatan sekiranya terdapat aduan berkaitan pihak terbabit.
  7. Mengumpul bukti-bukti kes kejadian.
  8. Mengesan barang yang dilapurkan hilang dibilik kuliah,kolej serta meneliti rakaman  melalui CCTV.
  9. Menyediakan laporan hasil siasatan.
  10. Siapkan kertas siasatan dan hantar kepada KPPB untuk semakkan.
  11. Hantar lapuran kertas siasatan kepada yang berkenaan(HEP, HEA, Fasiliti, Kolej, NR, OSHA dan Pejabat Rektor).
  12. Terima keputusan lembaga tatatertib HEP, HEA dan failkan mengikut turutan kes yang selesai.
  13. Menyediakan laporan statistik kes mengikut harian,bulanan dan tahunan.
5. Perkhidmaan AM
A. Kaunter
  1. Menjawab panggilan telefon dan menerima pesanan.
  2. Menerima aduan kehilangan kad pelajar dan staf.
  3. Menerima borang semakan  tamat pengajian pelajar.
  4. Menerima laporan aduan dari staf, pelajar dan orang awam.
  5. Menyediakan maklumat saman lalulintas dan sahsiah rupa diri untuk untuk dijanakan  oleh pihak bendahari.
B. Rekod Pejabat
  1. Daftar masuk saman sahsiah rupadiri dalam sistem.
  2. Kemaskini sistem setelah pelajar membuat bayaran.
  3. Saman tersebut akan dihantar ke Pejabat HEP untuk tindakan  selanjutnya.
C. Membantu dalam proses perolehan dan pentadbiran jabatan
  1. Menyediakan bajet tahunan perolehan kelengkapan keselamatan untuk kelulusan ketua jabatan.
  2. Senarai peralatan keperluan mengikut peruntukan bajet tahunan.
  3. Proses dokumen.
  4. Merima bekalan dan rekodkan serta mulakan proses bayaran.
  5. Menetapkan tarikh panggilan mesyuarat .
  6. Menentukan tempat mesyuarat.
  7. Mengambil minit mesyuarat.
  8. Menyediakan minit mesyuarat .
  9. Membantu KP 14 untuk penjumlahan barangan aksesori pakaian seragam yang diterima dari pembekal.
  10. Merekodkan dalam fail keluar masuk aksesori.
  11. Kemaskini rekod aksesori setiap kali penyerahan item kepada anggota berlaku.
  12. Membantu Operasi Pelekat kenderaan pelajar / staf.
  13. Membantu Operasi sahsiah rupadiri pelajar.
  14. Membantu operasi pas pekerja kontrak.


Dikemas kini pada 16 Julai 2020





Dikemas kini pada 16 Julai 2020

 

 BIL BORANG  MUAT TURUN
 1.  Borang PB 03 Laporan Kejadian [Klik di sini]
 2.  Borang PB 04 Laporan Pembaziran [Klik di sini]
 3.  Borang PB 05 Aduan Kehilangan [Klik di sini]
 4.  Borang PB 08 Membawa keluar barang [Klik di sini]
5.  Borang PB 09 Penyerahan Barang Kes [Klik di sini]
6.  Borang PB 12 Cuti Gantian [Klik di sini]
7.  Borang PB 15 Borang Pass Keselamatan [Klik di sini]
8.  Borang PB 31 Kebenaran Keluar Kampus [Klik di sini]
9.  AKTA 174 [Klik di sini]
10.  AKTA 605 [Klik di sini]
11.  AKTA 605 (BI) [Klik di sini]
12.  TATATERTIB DAN SURCAJ [Klik di sini]

Dikemas kini pada 16 Julai 2020

Anim pariatur cliche reprehenderit, enim eiusmod high life accusamus terry richardson ad squid. 3 wolf moon officia aute, non cupidatat skateboard dolor brunch. Food truck quinoa nesciunt laborum eiusmod. Brunch 3 wolf moon tempor, sunt aliqua put a bird on it squid single-origin coffee nulla assumenda shoreditch et.
QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776