Assalammualaikum….
Makluman kepada semua pelajar lepasan SPM/Matrikulasi/ASASI/STPM yang berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Pra Pendidikan Tinggi (PPT), Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda semester 01 bagi sesi Okt 2020 – Jan 2021, UiTM Cawangan Pulau Pinang kampus Permatang Pauh dan kampus Bertam.
Pelajar-pelajar diminta untuk turut serta dalam Kumpulan Telegram MDS UITM PULAU PINANG. Ini bagi tujuan memastikan kehadiran pelajar dalam Perlaksanaan Minggu Destini Siswa Secara Dalam Talian pada tarikh 28 September hingga 4 Oktober 2020.
Pelajar-pelajar diminta untuk klik link berikut (bermula pada hari ini, 01 September 2020) bagi tujuan untuk turut serta dalam kumpulan Telegram https://t.me/joinchat/KcT6NByCIUfekDAarkX3Jg.
Pelajar juga diminta untuk mengisi link google form https://forms.gle/ytUueFsco4d63tA66 bagi tujuan pengesahan pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang.
- Hits: 1020