UNIT KESIHATAN
PENGENALAN
Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang telah mula beroperasi pada tahun 2011 di Pulau Pinang. Unit Kesihatan UiTM Pulau Pinang kampus Bertam pula telah diwujudkan pada tahun 2011 untuk memastikan mahasiswa-mahasiswi yang berada di dalam kampus ini sentiasa sihat dan mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna dan pada awal penubuhannnya, Unit Kesihatan ditempatkan di Bangunan Akademik Blok pensyarah.
LATAR BELAKANG
Unit Kesihatan Kampus Bertam telah diwujudkan pada awal Januari 2013
Unit Kesihatan ditempatkan di Bilik Kuliah 1, Aras 1, Blok Akademik.
Bermula dengan seorang staf iaitu Jururawat Masyarakat, kini bilangan staf telah bertambah. Pada November 2015 seorang Penolong Pegawai Perubatan (kontrak) mula ditempatkan manakala pada Disember 2020, seorang Jururawat U29 pula ditempatkan bagi menampung fungsi unit yang lebih mencabar.
Unit Kesihatan Kampus Bertam sedang meningkatkan kemudahan kesihatannya kepada pelajar selaras dengan perkembangan UiTM.
CORE BUSINESS
Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari semasa ke semasa.
• Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar selaras dengan skim perkhidmatan kesihatan.
• Pengurusan rekod kesihatan dan maklumat kesihatan pelajar dengan menggunapakai system yang telah dibangunkan oleh Pusat Kesihatan Shah Alam iaitu Clinical Information System (CLiS)
• Amalan penghasilan kerja yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti.
• Kewujudan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamakan kesihatan.
• Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, mesra dan berkesan.
• Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam
WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat
8 pagi - 5 petang
TUTUP
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
KES KECEMASAN (SELEPAS WAKTU PEJABAT)
Sila maklumkan kepada Staf Residen Kolej (SRK) yang bertugas
n Rawatan Harian
• Memberi perkhidmatan kepada pelajar yang memerlukan rawatan kesihatan dan perubatan (wajib mengemukakan kad matrik dan mematuhi sahsiah rupadiri semasa berurusan dikaunter Unit Kesihatan)
• Kes-kes kecemasan, rawatan ulangan (review), khidmat nasihat Pakar (appointment)
n Perkhidmatan Bilik Pemerhatian (Sick Bay)
• Disediakan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan pengasingan dan pemerhatian khusus
n Khidmat Nasihat
• Khidmat nasihat perubatan kepada pelajar yang menghadapi masalah kesihatan dan tekanan emosi – rujuk Pegawai Psikologi
• Perlindungan Perubatan
• Aktiviti sukan, ko-kurikulum, program/aktiviti fakult
SKIM KHIDMAT PELAJAR
Kemudahan kesihatan , perubatan dan pergigian yang ditanggung oleh university dan dikendalikan oleh Unit kesihatan.
1. Kelayakan
Semua pelajar sepenuh masa yang membayar yuran perkhidmatan kesihatan setiap semester
2. Hilang Kelayakan
Pelajar yang menghadapi penyakit-penyakit kronik yang sedia ada sebelum mendaftar sebagai pelajar UiTM.Pelajar yang telah tamat pengajian (tarikh keputusan mesyuarat senat Universiti), cuti khas satu semester, pendaftaran ditangguh, ditarik balik atau digantung universiti.
3. Tempat Rawatan
• Unit Kesihatan UiTM
• Semua Hospital Kerajaan dan Hospital Universiti (semua rawatan di hospital / klinik swasta tidak akan ditanggung oleh universiti)
4. Kemudahan Wad
• Universiti akan menanggung bayaran kos rawatan bagi wad kelas dua dan ke bawah di Hospital Kerajaan dan Hospital Universiti sahaja.
BIL | BORANG/PAMPLET | MUAT TURUN |
1. | Putuskan rangkaian COVID 19 | [Klik di sini] |
BIL |
NAMA |
JAWATAN |
NO. TELEFON |
|
1 |
Amirrudin Amby |
Pen.Pegawai Perubatan |
04-5623639 |
|
2 |
Nadirah Sabri |
Jururawat (U29) |
04-5623639 |
|
3 |
Norhazlindawati Zahari |
Jururawat Masyarakat (U24) |
04-5623639 |
|