ETIKA PAKAIAN GRADUAN, IBUBAPA DAN PENSYARAH

PEMAKAIAN PURDAH DAN SARUNG TANGAN DI SEBELAH TANGAN SAHAJA ADALAH DILARANG.

-WARNA SARUNG TANGAN DIBENARKAN IALAH SKIN COLOUR SAHAJA

 

Pakaian Graduan Lelaki

PAKAIAN GRADUAN LELAKI
  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa bengkung, atau
  3. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
  4. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
  5. Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
  6. Songkok tidak diperlukan
  7. Seluar HITAM sahaja dibenarkan - (Jeans, kemeja-T dan pakaian seragam pasukan keselamatan/penguatkuasaan TIDAK DIBENARKAN)

Pakaian Graduan Perempuan

PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN
  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).
  2. Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  3. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
  4. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
  5. Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.
  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  7. Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1 inci tinggi.
  8. Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dan warna yang dibenarkan adalah mengikut WARNA KULIT SAHAJA
  9. Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
  10. Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKANsahsiah2

Ibu Bapa

IBU BAPA

 

Pensyarah

PENSYARAH>

Lelaki  : Lounge Suit

Wanita : Baju Kurung (Seluar tidak dibenarkan)