Pengenalan
PENDAHULUAN
KARiSMA atau Karnival Sukan Mahasiswa UiTM adalah kejohanan pelajar antara kampus Universiti Teknologi MARA SeMalaysia. Kejohanan ini dahulunya dikenali sebagai Sukan Pelajar Institut Teknologi MARA atau SUPER INTEKMA telah dianjurkan sejak tahun 1990 yang mana penganjurannya adalah secara bergilir-gilir oleh setiap kampus. Pada tahun ini, UiTM Cawangan Pulau Pinang di beri mandat untuk menganjurkan KARiSMA 2023.
TUJUAN PENGANJURAN
Melahirkan mahasiswa UiTM yang sihat, cergas, berkentrampilan dan cemerlang dalam bidang sukan dan akademik di samping memupuk semangat jatidiri, berdisiplin, bekerjasama, toleransi dan mempunyai daya saing yang kompetitif.
OBJEKTIF PENGANJURAN
- Meningkatkan imej UiTM melalui pencapaian sukan.
- Mengeratkan silaturahim di kalangan atlit dan pegawai.
- Memilih pemain-pemain berbakat untuk mewakili UiTM.
- Membina serta meningkatkan pengetahuan dan amalan kesukanan.
- Membina serta meningkatkan pengetahuan dan amalan kesukanan bagi membentuk sahsiah dan pembangunan pelajar.
- Memberi pengalaman berguna kepada staf sukan tentang selok belok penganjuran kejohanan.
- Mengembangkan bakat dan potensi yang ada pada pelajar dengan menggalakkan pencapaian sukan berprestasi tinggi.
- Memupuk sifat kepimpinan dan semangat kerjasama melalui penglibatan di dalam pengurusan program sukan.
- Ke arah pembentukan Pusat Kecemerlangan UiTM.
PENYERTAAN
Para peserta terdiri daripada para mahasiswa yang menghadiri kursus sepenuh masa dan yang berdaftar dengan kampus UiTM pada semester berlangsungnya kejohanan.
PENUTUP
Adalah diharap penganjuran Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) ini akan menjadikan Universiti Teknologi MARA sebuah universiti yang berjaya melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah juga dalam bidang sukan.