hepkolej_pengenalan

Unit Pengurusan Kolej & NR (UPKNR) ditubuhkan pada 16 Jun 1996 selaras dengan penubuhan UiTM Pulau Pinang. Pada mulanya kolej di UiTM Pulau Pinang terdiri dari bangunan-bangunan sekolah di Jalan Permatang Pasir. Pada tahun  2002, penempatan pelajar di bangunan-bangunan sekolah telah ditutup  apabila UiTM membeli dua blok pangsapuri iaitu di Pangsapuri Idaman berdekatan Bulatan Bukit Tengah. Blok tersebut dijadikan penempatan pelajar dan dinamakan Kolej Mutiara.

Pada Ogos 2003, kampus tetap ditubuhkan di Jalan Permatang Pauh dan mula beroperasi dengan Kolej Mutiara yang mengandungi dua blok kediaman iaitu siswa di blok 4 dan siswi di blok 2 dengan kapasiti 1100 pelajar. Pada 2004, dua kolej kediaman telah disiapkan di dalam kampus dengan muatan 960 pelajar berserta kemudahan dewan makan masing-masingnya. Kolej terbabit ialah Kolej Baiduri (siswi) dan Kolej Zamrud (siswa).

Pada semester Julai-November 2010, satu blok kediaman yang dibina dengan teknologi moden telah disiapkan. Blok kediaman ini boleh menampung 958 pelajar dan dinamakan blok Kristal A. Blok Kristal B dengan muatan 958 untuk pelajar perempuan dan blok Nilam dengan kapasiti 672 untuk pelajar lelaki telah diduduki pada semester Disember 2010 – April 2011, blok Intan berkapasiti 672 telah dibuka untuk pelajar perempuan pada sesi Julai – November 2011 manakala blok Delima dengan kapasiti 1440 telah beroperasi pada sesi November 2011 – Mac 2012 sebagai penempatan pelajar perempuan.  Kapasiti keseluruhan blok kediaman berjumlah 7574. Walau bagaimanapun, kini Kolej Mutiara dan Kolej Baiduri ditutup untuk renovasi. Kapasiti terkini adalah 6606.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JEN) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Bil. 9/2019 telah memutuskan Pengurusan NR dikeluarkan daripada Unit Pengurusan Kolej.  Pengurusan NR dan ruang niaga digabungkan menjadi satu unit baharu bawah HEP dikenali sebagai Unit Pengurusan NR dan Ruang Niaga.

Mulai 1 Januari 2020, Unit Pengurusan Kolej & NR dikenali sebagai UNIT PENGURUSAN KOLEJ.

QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776