apb

Latarbelakang APB UiTM (Pulau Pinang)

Pada awal penubuhannya ia dikenali dengan nama Pusat Bahasa. Ia mula beroperasi pada tahun 1996 selaras dengan penubuhan UiTM Pulau Pinang di Permatang Pasir dengan menawarkan kursus-kursus bahasa pada peringkat diploma kepada pelajar-pelajar di Jabatan Elektrik dan Mekanikal. Pada tahun 2002, nama Pusat Bahasa telah diubah kepada Akademi Pengajian Bahasa.

Akademi Pengajian Bahasa mempunyai perkhidmatan menyediakan kursus-kursus Kemahiran Bahasa kepada penduduk setempat di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang. Kursus-kursus seperti Bahasa Inggeris, Mandarin dan Arab ditawarkan. Pakej-pakej bahasa juga ditawarkan bagi memenuhi kehendak badan-badan kerajaan dan swasta.

  

Visi

Sebagai pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran pelbagai bahasa. Setiap pelanggan adalah utama dan istimewa. Kami beriltizam menunaikan kewajipan untuk menjamin keberkesanan serta kelangsungan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berfaedah kepada pelajar, kakitangan UiTM, industri, organisasi dan masyarakat.

Carta Organisasi (Akademik) APB UiTMPP - Sesi 2014/2015

apb2015 orgchart

 

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan