SEJARAH

Kutipan dan Agihan Zakat bermula apabila melihat keberjayaan Unit Zakat Shah Alam menjalankan MOU bersama MAIS. Pelancaran ini dijalankan pada 6 Oktober 2010 bertempat di Dewan Besar UiTM Pulau Pinang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Jemputan bagi merasmikan MOA adalah terdiri daripada Naib Canselor Y. Bhg. Dato’. Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Y. Bhg. Ust. Hj. Ellias Hj. Zakaria (YDP MAINPP) dan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman Hj. Abbas.

Pelancaran ini melibatkan seramai 600 orang staf dan 400 orang pelajar. Ia melibatkan majlis menandatangani MOA dan pelancaran yang telah dijalankan oleh PUZ & UiTMPP. Pihak yang menandatangani ialah Naib Canselor Y. Bhg. Dato’. Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar disaksikan oleh Prof Madya Mohd Zaki Abdullah manakala pihak PUZ pula yang menandatangani adalah Y. Bhg. Ust. Ellias Hj. Zakaria (YDP MAINPP) dan disaksikan oleh Tn. Hj. Dr. Azman iaitu Pengurus Besar PUZ.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan komitmen warga Muslim UiTM unutk membayar zakat.
  • Membantu agihan harta zakat dengan lebih efisien.
  • Menyediakan dana bantuan pendidikan kepada para pelajar UiTM.
  • Menyediakan bantuan kecemasan kepada warga UiTM yang ditimpa bencana.

 

FUNGSI UNIT ZAKAT

Unit Zakat di UiTM Pulau Pinang ini mempunyai 3 fungsi utama iaitu berfungsi sebagai tempat pembangunan, kutipan dan pengagihan zakat kepada seluruh warga UiTM yang berhak.

 

KELEBIHAN BAYARAN DI UITM PULAU PINANG

  1. Kutipan akan diagihkan kembali kepada warga UiTM Pulau Pinang.
  2. Mendapat pelarasan/ rebet cukai pendapatan.
  3. Gaji kakitangan UiTM dikampus-kampus dibayar oleh bahagaian gaji, pejabat Bendahari UiTM Shah Alam.
  4. Pulangan bayaran zakat dapat diketahui kepada siapa dan untuk apa.

 

AGIHAN

  • Zakat akan diagihkan kepada 4 asnaf yang dipersetujui hanya kepada mahasiswa/I UiTM Pulau Pinang.
  • Bantuan dalam bentuk bayaran yuran, sara hidup, hari raya, kesihatan dll.
  • Asnaf tersebut adalah fakir, miskin, fi sabilillah dan muallaf

 

Syarat Permohonan

SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon juga mestilah merupakan pelajar sepenuh masa Universiti ini.
  3. Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti.
  4. Tidak mendapat sebarang tajaan kewangan daripada mana-mana institusi. Cth : MARA, Petronas, Shell dsb.

Soal Jawab Permohonan Zakat

1. Saya Dapat PTPTN, adakah saya boleh memohon zakat?

Boleh, sekiranya perbelanjaan PTPTN telah diuruskan dengan sebaiknya dan penjaga mempunyai tanggungan yang ramai.

2.Adakah pelajar PRA dibolehkan memohon zakat UiTM Pulau Pinang?

Tidak boleh disebabkan pemohon telah diberi bantuan.

3. Apakah kelayakan sebenar pemohon yang ingin memohon zakat?

Kelayakan dilihat melalui had kifayah yang diisi oleh pemohon disamping melihat wang PTPTN yang diperolehi bagaimana ia diuruskan.

4. Adakah pendapatan yang dimaksudkan termasuk pendapatan adik beradik?

Pendapatan yang dimaksudkan adalah melihat kepada pendapatan penjaga

5.Sekiranya saya berada di Sabah @ Sarawak, tandatangan penghulu sukar untuk saya perolehi disebabkan jauh dan tiada kemudahan faks, bagaimanakah caranya?

Pemohon boleh mendapatkan tandatangan Imam/ Pen. Pegawai HEI di kampus 

6. Sekiranya saya mempunyai biasiswa selain PTPTN, Bolehkah saya memohon zakat?

Boleh, sekiranya perbelanjaan Biasiswa telah diuruskan dengan sebaiknya dan penjaga mempunyai tanggungan yang ramai.

7. Adakah adik beradik yang bekerja dan tidak ditanggung oleh penjaga perlu diletakkan di dalam borang zakat?

Ya, perlu dan wajib diletakkan

8. Saya telah menghantar borang berulang kali tetapi telah ditolak borang saya, kenapa berlaku sedemikian?

Kemungkinan borang anda tidak lengkap dan anda tidak memperbetulkan borang yang tidak lengkap tersebut

9. Bilakah tarikh tutup permohonan?

2 Minggu sebelum peperiksaan akhir bermula sama ada Diploma atau Ijazah

10.Saya telah menghantar berulangkali melalui e-mail e-zakat, tetapi tetap ditolak borang saya?

Sila maklumkan kepada Unit Zakat Wakaf & Sedekah sama ada melalui pesanan ringkas atau telefon hanya diwaktu pejabat (011-32041184)

11.Bilakah duit akan dimasukkan setelah saya mengetahui bahawa permohonan saya telah diluluskan?

Duit akan dikreditkan di dalam akaun anda dalam masa 7 Hari bekerja. Sekiranya bertembung dengan cuti umum ia mungkin akan mengambil masa.

12. Borang hardcopy tidak lengkap, bolehkah memasuki bilik temuduga untuk ditemuduga?

Tidak boleh, begitu juga pakaian yang tidak mengikut sahsiah rupadiri pelajar UITM.

13.Bagaimana sekiranya saya ada kelas semasa temuduga?

Boleh serahkan surat jemputan temuduga kepada pensyarah yang mengajar.

14. Bagaimana sekiranya saya ada ujian semasa temuduga?

Sila reply e-mail dengan menyatakan masalah tersebut dan sila hadir pada tarik temuduga yang akan datang.(Sila rujuk soalan no.9)

15. Saya terlepas temuduga, apakah saya perlu buat?

Sila semak tarikh temuduga berikutnya. Akan tetapi ia akan dipertimbangkan melainkan ada satu sebab yang kukuh.(Surat Doktor sebagai contoh sekiranya sakit).

16. Apakah maksud pakaian mengikut sahsiah rupadiri pelajar?

Ia mestilah menutup Aurat, kemas, berkemeja dan dilarang hadir temuduga dengan memakai seluar jeans. Bagi siswi, berbaju kurung.

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan