BANNERWEBACIS

Pendidikan Islam mula diperkenalkan di universiti ini (ketika mula ditubuhkan dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA-Institut Teknologi MARA dan kemudiannya diisytiharkan sebagai Universiti pada 26 Ogos 1999) pada 1975 di bawah Unit Pendidikan Islam. Pada 1977, kursus Tamadun Islam mula diperkenalkan sebagai kursus wajib bagi semua program di universiti. Unit tersebut dimantapkan kepada sebuah pusat pengajian, dikenali sebagai Pusat Pendidikan Islam pada 1 April 1983 dengan lebih 40 kursus pendidikan Islam diperkenalkan disamping kursus Tamadun Islam. 

Pada 13 Januari 2004, Pusat Pendidikan Islam telah diisytiharkan oleh Dato Seri Naib Canselor sebagai Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam atau Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) di bawah seliaan seorang Pengarah (sekarang Rektor) dengan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah (sekarang Timbalan Rektor) yang dipertanggungjawabkan dalam aspek akademik dan non-akademik. CITU adalah gabungan Pusat Pendidikan Islam Akademik (Hal Ehwal Akademik) dengan Pusat Khidmat Nasihat Agama Non-Akademik (Hal Ehwal Islam) di mana semua aktiviti keislaman universiti ditadbir di bawah satu bumbung di Pusat Islam universiti. Sehingga pada 28 Februari 2013, nama Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam telah ditukar kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

FALSAFAH, VISI DAN MISI

Falsafah

ACIS berkeyakinan bahawa setiap insan memerlukan nilai-nilai murni sebagai unsur kesempurnaan melalui pendidikan bersepadu demi kecemerlangan hidup

KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus Peringkat Ijazah

  • CTU551 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • CTU555  Sejarah Malaysia
  • CTU695 Halal Standard, Food Law and Sanitation

PROGRAM ZAKAT

Pengenalan

Kutipan dan Agihan Zakat bermula apabila melihat keberjayaan Unit Zakat Shah Alam menjalankan MoU bersama MAIS. Pelancaran ini dijalankan pada 6 Oktober 2010 bertempat di Dewan Besar UiTM Pulau Pinang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Jemputan bagi merasmikan MoA adalah terdiri daripada Naib Canselor Y. Bhg. Dato. Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Y. Bhg. Ust. Hj. Ellias Hj. Zakaria (YDP MAINPP) dan Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman Hj. Abbas.

Pelancaran ini melibatkan seramai 600 orang staf dan 400 orang pelajar. Ia melibatkan majlis menandatangani MOA dan pelancaran yang telah dijalankan oleh PUZ & UiTMPP. Pihak yang menandatangani ialah Naib Canselor Y. Bhg. Dato. Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar disaksikan oleh Prof Madya Mohd Zaki Abdullah manakala pihak PUZ pula yang menandatangani adalah Y. Bhg. Ust. Ellias Hj. Zakaria (YDP MAINPP) dan disaksikan oleh Tn. Hj. Dr. Azman iaitu Pengurus Besar PUZ.

STAFF ACIS

Staf Hal Ehwal Islam

  • Ustazah Masliyana binti Ismail (PHEI S44)
  • (PHEI S41)
  • Ustazah Nurul Afidah Binti Awang (PHEI S41)
  • Ustaz Mohd Khairuddin Bin Md Sul Haimi (Pen. PHEI S29)
  • Ustaz Mohd Izlan bin Abd Halik (Pem.HEI S19)

 

Struktur Organisasi

 

 

KETUA PUSAT PENGAJIAN ACIS

Ustaz Adlan bin Saidin
Ketua Pusat Pengajian ACIS
Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang 
Jalan Permatang Pauh 
Permatang Pauh 
Pulau Pinang 
Malaysia 
13500

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan