Pengenalan

Apabila UiTM Pulau Pinang memulakan operasinya di Permatang Pasir, Unit Komputer Pengurusan Akademik telah ditubuhkan dan diketuai oleh seorang Pengurus, Penolong Pegawai Sistem Maklumat, dan dua orang Pembantu Makmal. Fungsi unit ini adalah sebagai penyokong teknologi maklumat untuk pengurusan dan akademik jabatan serta untuk menjaga dan menyelenggara server.Pada 18 Oktober 1999, nama Unit Komputer Pengurusan telah ditukar kepada Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB) sebagai hasil penstrukturan semula organisasi. Ia telah dibina dalam usaha untuk meningkatkan kualiti mentadbir sumber teknologi maklumat dan sudah tentu, untuk menyokong teknologi maklumat pengurusan dan jabatan-jabatan akademik.

Sejak 1 Julai 2007, 5 makmal komputer (Makmal Komputer 1,2,3,4, dan 6) yang pada mulanya di bawah pengawasan USMB telah diletakkan dibawah JTMSK. Seterusnya, semua kuliah yang melibatkan penggunaan makmal dan pengurusan harian makmal adalah di bawah tanggungjawab penyelaras JTMSK.Kini, Reaktor Kampus menjadi penaung USMB dan USMB kini mempunyai 15 orang kakitangan yang penuh berdedikasi - diketuai oleh Koordinator, Pegawai Teknologi Maklumat, tiga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, tiga Juruteknik Komputer (Kanan) dan 10 Juruteknik Komputer.USMB dibahagikan kepada 5 bahagian unit yang terdiri daripada Unit Perancangan IT, Unit Perkhidmatan IT, Unit Infrastruktur IT, Unit Pengurusan Sistem Aplikasi dan Unit Pentadbiran.

Perancangan IT

1.Perancangan Strategik

  • Merancang Perancangan Strategik Negeri.
  • Merancang peruntukan belanjawan IT Negeri.
  • Pemantauan dan pelaksanaan dasar/polisi IT Negeri
  • Dasar pembangunan system/Dasar agihan peralatan IT/Dasar pengurusan maklumat/Dasar perolehan IT/Dasar sebaran maklumat.
  • Merancang prasarana IT Negeri.
  • Merancang dan mengenalpasti keperluan perolehan yang sedia ada/baru, perkhidmatan dan sumber manusia IT Negeri.
  • Melaksana pematuhan kualiti IT.
  • Merancang & mengurus latihan IT Negeri .


2.Pengurusan Projek .

  • Merancang dan menyelaras projek IT (network, perolehan, sistem kampus).
  • Mendaftar dan melaporkan projek-projek IT kepada Bahagian Pengurusan dan Pemantauan Projek Infotech UiTM.
  • Mengurus perlantikan pengurus projek IT .
  • Merekabentuk dan melaksanakan projek IT.
  • Mengawal selia projek IT yang dibangun dan diselenggarakan.
  • Menguruskan peruntukan kewangan projek untuk semua kampus dalam negeri.


3.Pengurusan Prosedur IT .

  • Memastikan kepatuhan rangka kerja setiap prosedur IT.
  • Menilai dan menambahbaik prosedur sedia ada.

 

Infotech UiTM Pulau Pinang

Showlist data is not configured

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan