PENGENALAN

Unit Pen­gu­ru­san Kolej & NR (UPKNR) ditubuhkan pada 16 Jun 1996 selaras den­gan penubuhan UiTM (Pulau Pinang). Pada mulanya kolej di UiTM Pulau Pinang ter­diri dari bangunan-bangunan seko­lah di Jalan Per­matang Pasir. Pada tahun 2002, pen­em­patan pela­jar di bangunan-bangunan seko­lah telah ditutup apa­bila UiTM mem­beli dua blok pangsa­puri iaitu di Pangsa­puri Idaman berdekatan Bula­tan Bukit Ten­gah. Blok terse­but dijadikan pen­em­patan pela­jar dan dina­makan Kolej Mutiara. Pada Ogos 2003, kam­pus tetap ditubuhkan di Jalan Per­matang Pauh dan mula berop­erasi den­gan Kolej Mutiara yang men­gan­dungi dua blok kedia­man iaitu siswa di blok 4 dan siswi di blok 2 den­gan kap­a­siti 1100 pela­jar. Pada 2004, dua kolej kedia­man telah disi­ap­kan di dalam kam­pus den­gan muatan 960 pela­jar berserta kemu­da­han dewan makan masing-masingnya. Kolej terbabit ialah Kolej Baiduri (siswi) dan Kolej Zam­rud (siswa). Sete­lah itu, ban­gu­nan kolej kedia­man kian dibangunkan. Kini, UiTM (Pulau Pinang) telah meng­gu­nakan sis­tem kolej kedia­man. Ia ter­diri daripada

BilKolejBlokJantinaKapasiti
1 A Zamrud Lelaki 960
Nilam Lelaki 672
Kristal A Wanita 958
Kristal B Wanita 952
2 B Baiduri Lelaki 956
Intan Wanita 672
Delima Wanita 1440
3 Mutiara 02 Lelaki 968
04 Lelaki

Disamping itu, Unit Pengurusan Luar Kampus (UPLK) ditubuhkan bertujuan untuk membantu mengurus dan memberikan perkhidmatan kepada pelajar yang tinggal di luar kampus iaitu seramai 2000 pelajar.

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan