VISI

Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dalam pembangunan dan perkhidmatan sukan

MISI

Membudayakan sukan untuk melahirkan graduan yang cergas, cerdas, cemerlang dan berdaya saing diperingkat global

OBJEKTIF

  • Melaksanakan sukan sebagai satu matapelajaran pilihan kokurikulum.
  • Menggalakkan masyarakat kampus bergiat cergas dalam aktiviti sukan & riadah.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
  • Meningkatkan imej UiTM Pulau Pinang melalui pencapaian sukan dan sebagai pusat kecemerlangan Bumiputera.
  • Merapatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat UiTM Pulau Pinang dan masyarakat luar kampus.
  • Pembangunan sumber manusia.
  • Menjana sumber kewangan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan sempurna ke arah kecemerlangan Unit Sukan, Universiti Teknologi MARA, PULAU PINANG. Dengan itu, kami berjanji :

  1. Memproses dan meluluskan setiap permohonan penggunaan gelanggang dan pinjaman peralatan sukan dari pelajar dalam tempoh 1 hari (hari bekerja) dari tarikh permohonanan lengkap ianya diterima.
  2. Memberi keputusan sewaan atau tempahan kemudahan sukan dari agensi – agensi luar dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) setelah menerima permohonan dan mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.
  3. Sentiasa bersedia menyediakan kemudahan sukan yang selamat, selesa dan sempurna kepada pelajar.
  4. Menjawab dan menyelesaikan aduan kerosakkan kemudahan prasarana sukan dan peralatan sukan yang memerlukan tindakan segera dalam tempoh 1 hari (hari bekerja) dan aduan umum dalam tempoh 3 hari (hari bekerja) dari tarikh ianya diterima.
  5. Sentiasa bersedia membantu dalam aktiviti sukan, rekreasi dan riadah yang dianjurkan oleh IPTA khususnya, agensi – agensi luar dan pertubuhan – pertubuhan bukan kerajaan amnya.
  6. Sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat dan mengatasi kemusykilan pelajar dengan cepat, mesra adil dan saksama supaya dapat melahirkan pelajar yang berwawasan sukan.

KEMUDAHAN- KADAR SEWAAN

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan