LATAR BELAKANG

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang telah mula beroperasi pada tahun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Unit Kesihatan UiTM Pulau Pinang pula telah diwujudkan pada tahun 2001 untuk memastikan mahasiswa-mahasiswi yang berada di dalam kampus ini sentiasa sihat dan mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna dan pada awal penubuhannnya, Unit Kesihatan ditempatkan di Kolej Mutiara. Pada 2003, Kampus UiTM Pulau Pinang telah ditempatkan sacara tetap di Jalan Permatang Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Di kampus baru, Unit Kesihatan telah diberikan ruang khas di Bangunan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan untuk menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan. Pada tahun tahun 2005, sebuah bangunan khas telah dibina untuk Unit Kesihatan dan bangunan ini mula diduduki pada penghujung November 2005. Bermula dengan dua orang staf iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih; kini bilangan stafnya telah berkembang. Pada tahun 2005 jawatan Pegawai Perubatan mula diwujudkan bagi menampung fungsi unit yang lebih mencabar. Pada tahun 2008 pula bilangan perjawatan di Unit Kesihatan UiTM Pulau Pinang telah meningkat kepada 8 orang iaitu Pegawai Perubatan UD47 (1), Penolong Pegawai Perubatan U29 (2), Jururawat Terlatih U29 (2), Pembantu Farmasi U29 (1), Jururawat Masyarakat U19 (1), dan Pembantu Perawatan Kesihatan U3 (1). Unit kesihatan UiTM Pulau Pinang sedang meningkatkan kemudahan kesihatannya kepada pelajar selaras dengan perkembangan UiTM. Ianya juga sebahagian dari pelan strategik unit dalam persediaan ke arah 14 ribu pelajar tahun 2013.

VISI

Untuk menjadi sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer yang setaraf dengan negara maju.

MISI

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer kepada warga UiTM bagi membantu mereka supaya dapat memberikan tumpuan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM.

OBJEKTIF

Untuk menjadikan Unit Kesihatan sebagai sumber perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada pelajar dan staf selaras dengan fungsi dan peranannya dengan mengutamakan penghasilan kerja yang berkualiti serta suasana kerja yang selesa demi untuk memenuhi keperluan pelanggan.

FUNGSI

  • Pengurusan sistem kesihatan kepada pelajar dan staf UiTM mengikut peraturan yang diterima pakai dan ditetapkan oleh UiTM dari masa ke semasa.
  • Pengurusan faedah dan kemudahan kesihatan kepada pelajar dan staf UiTM selaras dengan skim perkhidmatan kesihatan.
  • Pengurusan rekod kesihatan dan maklumat kesihatan pelajar dan staf UiTM dengan memastikan bahawa ianya sentiasa kemaskini dan betul.
  • Amalan penghasilan kerja yang berkualiti berteraskan budaya kerja berkualiti.
  • Pengwujudan suasana kerja yang selesa dan harmoni melalui konsep bekerja secara berkumpulan, amalan nilai murni serta mengutamakan kesihatan.
  • Penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, mesra dan berkesan.
  • Mempromosikan Kempen Cara Hidup Sihat di kalangan warga UiTM Pulau Pinang

PERKHIDMATAN

  1. Rawatan Harian
    • Perkhidmatan rawatan kesihatan/perubatan kepada para pelajar dan kakitangan UiTM Pulau Pinang.
    • Merujuk kes-kes yang memerlukan rawatan lanjutan ke klinik/hospital kerajaan.
    • Bantuan khidmat nasihat kepada para pelajar yang mengalami masalah kesihatan/emosi.
  2. Perkhidmatan Kecemasan
    • Rawatan selepas waktu kerja sekiranya diperlukan.
  3. Perkhidmatan 'Sick Bay'
    • Disediakan untuk para pesakit yang memerlukan rawatan pengasingan atau yang memerlukan pemerhatian.
    • Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk keperluan para pesakit.
  4. Perlindungan Perubatan
    • Semasa aktiviti kolej, sukan dan ko-kurikulum di dalam dan di luar kampus.
  5. Latihan
    • Melatih anggota-anggota PBSM UiTM Pulau Pinang.

Masa Rawatan

Hari Masa

Isnin - Khamis 8.00 pagi - 1.00 ptg

2.00 ptg - 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pagi - 12.15 t/hari

2.45 ptg - 5.00 ptg

Sabtu & Cuti Umum Tutup

KEMUDAHAN

  • Pemeriksaan Klinikal
  • Ruang Menunggu
  • Bilik Rawatan
  • Bilik 'Sick Bay'

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan