Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem universiti untuk menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976 dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah antara bahagian yang penting di dalam membantu UiTM Pulau Pinang melahirkan graduan bercirikan Model Graduan UiTM. Peranan ini dimainkan menerusi dua penyampaian perkhidmatan utamanya iaitu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar serta menjalankan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Pulau Pinang diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan dibantu oleh 49 staf yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan dan Profesional, Staf Sokongan I dan II. Bahagian ini terdiri daripada 8 unit utama iaitu:

  1. Unit Pentadbiran HEP
  2. Unit Kokurikulum (Unit Ko)
  3. Unit Pengurusan Kolej dan Non Residen (UPKNR)
  4. Unit Kesihatan (UK)
  5. Unit Kerjaya dan Kaunseling (Unit Kaunseling)
  6. Unit Sukan
  7. Unit Kepimpinan Pelajar (UKP) dan
  8. Unit Kebudayaan.

 

Perkhidmatan Utama

  • Kemudahan dan Perkhidmatan Pelajar
  • Pembangunan Pelajar

 

Visi

Menjadi bahagian yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha

pembangunan pelajar.

 

 

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan