Soalselidik Kepuasan Pelajar Bagi UiTM(Pulau Pinang)

Bahagian Hal Ehwal Akademik bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran program-program akademik di UiTM Pulau Pinang.

  • Mengurus dan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan dan memberi khidmat sokongan untuk membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
  • Menguruskan sistem rekod pelajar, peperiksaan serta urusan-urusan akademik yang berkaitan – maklumat pengajian pelajar serta urusan staf akademik

VISI

Melaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecemerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing global dan beretika

MISI

Memberi khidmat profesional kepada program-program yang ditawarkan di UiTM Pulau Pinang bagi melahirkan generasi profesional bumiputera yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika keprofesional dan mampu menerajui pembangunan negara.

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Hal Ehwal Akademik berjanji untuk berusaha memastikan pelanggan-pelanggan kami yang terdiri dari para pelajar, pensyarah, ibubapa, industri dan masyarakat memperolehi impak yang maksimum
Pelajar
  • Memastikan pendaftaran pelajar dan peperiksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester
  • Menyediakan surat-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan

Staf Unit dan Bahagian

  • Menyediakan perkhidmatan percetakan bahan ujian 3 hari dari tarikh permohonan
  • Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas
  • Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab

Ibubapa dan Industri

  • Menghasilkan graduan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak industri dan Negara
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya
  • Menganjur dan mengendalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif
  • Melatih para pelajar dengan senario sebenar di alam pekerjaan berdisiplin, berkemahiran tinggi, profesional, berhemah tinggi serta mampu menjadi agen perubahan dalam organisasi dan industri

OBJEKTIF

  • Menjadi nadi penggerak UiTM Pulau Pinang ke arah melahirkan graduan profesional yang unggul, bertaqwa, beritizam dan berdaya saing
  • Menyelaraskan program akademik dan enrolmen pelajar sejajar dengan pembangunan kampus
  • Menyediakan pengurusan akademik yang cekap dan berkesan agar program akademik dapat berjalan dengan lancar
  • Mewujudkan suasana yang harmoni, ceria dan mengurus secara profesional dalam melaksanakan program dan perkhidmatan yang berkesan berasaskan teknologi terkini bagi mengekalkan kualiti pembelajaran yang berterusan

FUNGSI UTAMA BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

Pengurusan Rekod Pelajar

  • Mengemaskini maklumat dalam fail peribadi pelajar dari sistem iSIS
  • Menyimpan maklumat pelajar/fail peribadi pelajar
  • Memproses permohonan cuti belajar/cuti khas, berhenti, tukar kampus dan tukar status

Pengurusan Kursus dan Pelajar

  • Menguruskan pendaftaran pelajar setiap semester, menyediakan senarai kursus dan kelas

Pengurusan Peperiksaan

  • Menyediakan bilik peperiksaan
  • Membuat hebahan maklumat dan peraturan peperiksaan kepada pelajar dan pensyarah
  • Menyedia dan mengedar jadual jadual waktu peperiksaan dan pengawasan peperiksaan
  • Mengurus jadual peperiksaan
  • Menyediakan keperluan dan kelengkapan peperiksaan
  • Mengurus kertas soalan
  • Memproses keputusan peperiksaan

Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran

  • Menyedia dan mengedar jadual waktu kuliah kepada pensyarah dan pelajar
  • Memberi latihan kemahiran menggunakan alat bantuan mengajar yang disediakan
  • Mengurus maklumbalas dan penilaian pengajaran

Jaminan Kualiti

  • Penambahbaikan proses kerja dan dokumentasi 5s dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif
  • Perkhidmatan dan kepuasan pelanggan

Latihan dan Penilaian Pengajaran

  • Menguruskan pendaftaran pelajar setiap semester
  • Mengurus audit pengajaran
  • Mengedarkan maklumbalas pelajar

Sekretariat

  • Urusetia kepada jawatankuasa berkaitan dengan Hal Ehwal Akademik

Kemudahan Akademik

  • Makmal Kejuruteraan
  • Makmal Fizik
  • Makmal Kimia
  • Makmal Komputer / Makmal Bahasa
  • Dewan Kuliah / Bilik Kuliah / Bilik Tutorial / Bilik Seminar
  • Perpustakaan
  • Dapur Latihan

Perkhidmatan Akademik

BIL PERKHIDMATAN TEMPOH PROSES CATATAN
1 Pendaftaran Pelajar Baru 1 Hari  
2 Pendaftaran Pelajar Lama 1 Hari  
3 Permohonan Cuti Khas 2 Hari  
4 Permohonan Menarik Diri/Berhenti 2 Hari  
5 Permohonan Tukar Status 7 Hari  
6 Permohonan Tukar Mod Pengajian 7 Hari  
7 Permohonan Clearance Pelajar Tamat 5 Hari  
8 Permohonan Percetakan Mini Transkrip 5 Minit  
9 Permohonan Surat Pengesahan Pelajar 15 Minit  
10 Permohonan Pengecualian Kredit/ Pemindahan Kredit 15 Minit  
11 Penyediaan Jadual Waktu Peperiksaan 3 Minggu  
12 Penyediaan Jadual Waktu Kuliah 3 Minggu  Peringkat Kampus Negeri
13 Penyediaan Percetakan Kertas Ujian/Lain-lain 3 Hari  
14 Penyediaan Surat Pengenalan Latihan Industri 15 Minit  
15 Permohonan Rayuan Meneruskan Pengajian 4 Minggu  Peringkat Kampus Negeri
16 Permohonan Rayuan Semak Semula Peperiksaan 4 Minggu  
17 Permohonan Surat Pengesahan Tamat Pengajian 15 Minit  
18 Pendaftaran Kursus 4 Minggu

                                       

  

Soalselidik Kepuasan Pelajar Bagi UiTM(Pulau Pinang)
 

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan