Pengenalan

Pejabat Kewangan diwujudkan selaras dengan keperluannya bagi mengendalikan urusan-urusan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan. Akta Prosedur Kewangan 1957 dan Akta Universiti Teknologi MARA 2000, memberi kuasa dan menggariskan peranan serta tanggungjawab Pegawai Pengawal dan Pegawai Pengakaun, melaksanakan tanggungjawab mengikut Arahan-Arahan Perbendaharaan, Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan Awam dan lain-lain arahan pihak berkuasa kewangan dalam pengurusan kewangan wang awam.

Unit Perolehan

Perkhidmatan yang diberi:

1. Menguruskan Perolehan Bekalan, Perkhidmatan Dan Kerja-kerja secara :

  • Pembelian Terus
    • Perolehan yang tidak melebihi RM50,000.00 setahun bagi tiap-tiap jenis item.
  • Sebutharga Rasmi
    • Perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan yang melebihi RM50,000.00 tetapi tidak melebihi RM500,000.00 bagi tiap-tiap permohonan perolehan.
    • Perolehan bagi kerja-kerja yang melebihi RM20,000.00 tetapi tidak melebihi RM500,000.00 bagi tiap-tiap permohonan perolehan.
  • Tender
    • Perolehan bagi bekalan dan perkhidmatan yang melebihi RM500,000.00 bagi tiap-tiap permohonan perolehan.
  • Rundingan Terus

2. Mengeluarkan Pesanan Jabatan bagi permohonan penginapan di hotel daripada kakitangan berjawatan tetap UiTM samada Akademik atau Bukan Akademik atas urusan rasmi UiTM termasuk berkursus.

Pendaftaran syarikat ini seterusnya melayakkan syarikat tuan/puan berurusan dan berkomunikasi secara atas talian sepenuhnya berhubung Perolehan UiTM. Vendor yang tidak berdaftar melalui Sistem FineProcurementPLUS UITM adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai mana-mana tawaran perolehan oleh Universiti Teknologi MARA akan datang.

Bagi tujuan pendaftaran, dan dalam melicinkan segala pengurusan penyertaan tawaran perolehan UiTM, syarikat adalah dikehendaki mengenalpasti individu yang bertanggungjawab bagi pihak syarikat sebagai pengguna FineProcurementPLUS berdaftar dalam mengendalikan urusan perolehan UiTM. 

Maklumat syarikat kebanyakannya akan ditadbir urus secara sistematik dan automatik melalui Sistem FineProcurementPLUS kami. Justeru, anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat syarikat anda sendiri bagi mengelakkan kegagalan dalam menyertai sebarang tawaran perolehan UiTM di masa akan datang.

Anda adalah sentiasa diingatkan untuk memastikan maklumat yang terkini dikemaskini di dalam Sistem FineProcurementPLUS kami di antaranya :

  1. Maklumat Perhubungan Syarikat/ Cawangan Syarikat
  2. Maklumat Perbankan Syarikat/ Cawangan bagi tujuan penerimaan bayaran
  3. Bidang MOF/ PKK/ CIDB
  4. Tarikh Tamat Sijil-Sijil Berkaitan dengan Kelayakan Penyertaan Tawaran
  5. Pemilikan Syarikat
  6. Penyata Bank
  7. Maklumat Pengguna/ Pihak Syarikat

Pendaftaran/ Kemaskini syarikat, sila klik SINI.

Manual dan tatacara pendaftaran syarikat, sila klik SINI. 

Maklumat lanjut berhubung Dasar Pendaftaran Vendor, sila klik SINI.

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan