Capture

وبركاتهورحمةعليكمالسلام.

Adalah menjadi harapan saya untuk melihat UiTM Cawangan Pulau Pinang ini berkembang dan berdaya saing dengan Universiti –universiti yang lain.UiTM Cawangan Pulau Pinang akan bergerak dari semua aspek bukan sahaja menumpukan dalam pembelajaran dan pengajaran, usaha yang lebih lagi perlu dalam penyelidikan dan inovasi. Ilmu yang ada perlulah diterjemahkan dalam bentuk produk kerana ianya dapat membantu dalam menjana pendapatan sekaligus dapat membantu menaikan nama UiTM (Pulau Pinang

Selari dengan visi UiTM, UiTM Cawangan Pulau Pinangjuaga akan bergerak kearah menjadi sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.Bagi memperkemaskan visi dan maksud kewujudan UiTM Cawangan Pulau Pinang ini, Misi UiTM Cawangan Pulau Pinang adalah dengan mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

UiTM Cawangan Pulau Pinang juga sangat serius dengan kebolehpasaran Garaduan (graduate employability) agar ianya selari dengan tuntuan dan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi. UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam usaha meningkatkan nilai tambah graduan dengan memberi pendedahan professional, kemahiran, keterampilan dan sasiah yang relevan sejajar dengan jurusan dan bidang yang pilih. Melalui usaha begini sekaligus ianya dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh majikan sekaligus dapat menjadikan graduan UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai aset kepada majikan dan negara

Selain dari itu, UiTM Cawanagan Pulau Pinang dan seluruh sistem UiTM akan menjayakan Program Transformasi (Trans4U). Program Transformasi ini sangat penting bagi sistem UiTM kerana ianya melibatkan semua struktur dan peringkat. Saya berharap agar semua staf pentadbiran dan akademik serta pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang dapat bersama-sama menjayakan program Transformasi ini. Pengetahuan dan pemahaman secara menyeluruh mengenai pelan transformasi ini adalah sangat penting dalam kita sama- sama mencapai halatuju dan maksud transformasi itu sendiri agar UiTM menjadi sebuah universiti yang tersohor di dunia.

Besarlah harapan saya untuk melihat laman sesawang ini menjadi medium untuk menyampaikan semua maklumat kepada pengunjung mengenai UiTM Pulau Pinang. Diharap ianya dapat membantu para pengunjung mengetahui kelebihan dan keunikan UiTM (Pulau Pinang) dalam segenap aspek dan bidang. Saya berdoa agar segala yang dirancang serta diatur dapat direalisasikan serta dapat melonjakkan nama UiTM (Pulau Pinang) sebagai Universiti unggul di pelbagai bidang

Sekian Wassalam

Prof. Madya Dr Mohd Fozi Ali
Rektor
UiTM (Pulau Pinang)

Kelab & Persatuan

  • i-Mechy
  • Pewani
  • MPP
 

Pautan