Laman sesawang rasmi Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Pulau Pinang telah berpindah ke
http://library.penang.uitm.edu.my

Sila betulkan bookmark anda.

Pengenalan

Unit Jurnal & Pangkalan Data bertanggungjawab melanggan dan memberi perkhidmatan rujukan bahan jurnal dan majalah.Koleksi jurnal adalah berdasarkan kepada kursus/bidang yang ditawarkan.

 

Perkhidmatan

1. Jurnal Di Rak Terbuka - Jurnal yang baru diterima boleh didapati di rak-rak terbuka yang disusun mengikut abjad.
2. Jurnal Berjilid - Jurnal kebelakangan yang telah dijilid diletakkan di rak terbuka dan ianya disusun mengikut nombor kelas.
3. Pangkalan Data Dalam Talian - Pangkalan data elektronik ini menyediakan maklumat dalam bentuk indeks dan abstrak atau imej/teks penuh ataupun kedua-duanya sekali.
4. Rujukan Dan Panduan - Bahagian Jurnal & Pangkalan Data juga menyediakan perkhidmatan rujukan dan panduan kepada pengguna mengenai bahan yang terdapat di bahagian ini, termasuklah pangkalan data dalam talian yang boleh diakses melalui portal PTAR.
5. Senarai Pangkalan Data Dalam Talian - Pangkalan data ini boleh diakses dengan melayari portal PTAR melalui menu Online Journals/Databases.
6. Pengguna boleh menggunakan pangkalan data di Bilik IT Aras 2.

 

Fungsi

1. Perkembangan/Perolehan Jurnal/Majalah
2. Penyediaan/Perolehan Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT).
3. Memberi perkhidmatan pinjaman Jurnal/Majalah untuk staf.
4. Memberi perkhidmatan rujukan Jurnal/Majalah untuk semua pelanggan.
5. Perkembangan Jurnal/Majalah berjilid
6. Memberi perkhidmatan pengaksesan PDDT dan ebooks
7. Melaksanakan promosi jurnal/majalah di Lortus Notes.
8. Indeks Majalah - Artikel yang penting yang terdapat pada majalah akademik dan majalah popular akan diindekskan untuk dijadikan sumber rujukan pengguna. Artikel ini boleh dirujuk melalui WebInfoline.

 

Objektif

1. Berusaha mengembangkan koleksi jurnal/majalah/pangkalan data untuk kegunaan pelanggan
2. Menerima, memproses dan mempamerkan jurnal bercetak/jilid yang dilanggan supaya dapat dirujuk oleh pelanggan.
3. Memberi perkhidmatan pinjaman terhad kepada pelanggan. Menyediakan kaunter perkhidmatan supaya kakitangan UJPD dapat membantu pelanggan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Jurnal Bercetak & Pangkalan Data.
4. Membuat promosi ”product” (Online Database / jurnal) dan perkhidmatan tambahan.

 

Polisi Penggunaan Majalah / Jurnal

PERATURAN PINJAMAN UNTUK STAF
1. Proses pinjaman di kaunter pinjaman UJPD.
2. Menulis Tarikh, No. Staf, No. Telefon, dan Tandatangan peminjam serta maklumat bahan yang dipinjam di dalam Buku Rekod Pinjaman Jurnal.
3. Pinjaman selama 4 hari sahaja.
4. Dibenarkan meminjam 2 naskah sahaja.
5. Sila dapatkan tandatangan pegawai bertugas semasa membuat pemulangan.
6. Semua majalah keluaran terkini tidak boleh dipinjam sehingga keluaran yang berikutnya diterima.

SISTEM RUJUKAN MAJALAH / JURNAL
1. Sila masukkan nama anda di dalam “Sistem Rujukan Majalah/Jurnal” sebelum anda membuat rujukan.
2. Sila letak semula bahan bacaan di tempat asal selapas digunakan.
3. Bahan bacaan di aras ini, tidak dibenarkan dibawa ke aras lain.

Tuesday, 21 November 2017

Pelawat

1.png5.png3.png3.png9.png
Today2
Yesterday28
This week30
This month400
Total15339