UNIT KESIHATAN

PENGENALAN

Unit Kesihatan Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang telah mula beroperasi pada tahun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Unit Kesihatan UiTM Pulau Pinang pula telah diwujudkan pada tahun 2001 untuk memastikan mahasiswa-mahasiswi yang berada di dalam kampus ini sentiasa sihat dan mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna.

Pada awal penubuhannya, Unit Kesihatan ditempatkan di Kolej Mutiara. Pada tahun 2003, Kampus UiTM Pulau Pinang telah ditempatkan secara tetap di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Di Kampus baru, Unit Kesihatan telah diberikan ruang khas di Bangunan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan untuk menjalankan fungsinya dengan lebih berkesan. Pada tahaun 2005, sebuah bangunan khas telah dibina untuk Unit Kesihatan dan bangunan ini mula diduduki pada penghujung November 2005 sehinggalah sekarang. Bermula dengan dua orang staf iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih, kini bilangan stafnya telah berkembang. Pada tahun 2008, bilangan penjawatan di Unit Kesihatan UiTM telah meningkat kepada 9 orang terdiri daripada

1. PEGAWAI PERUBATAN UD54

2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

3.JURURAWAT TERLATIH U32

4. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U32

5. JURURAWAT MASYARAKAT U24

6. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

6. PEMANDU AMBULAN H11

7. PEMBANTU TADBIR N22

VISI

Untuk menjadi sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer yabg setaraf dengan negara maju.

MISI

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan peringkat primer kepada warga UiTM bagi membantu mereka supaya dapat memberikan tumpuan dalam aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di UiTM.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cekap, adil dan saksama, mampu disedia dan diperolehi kepada semua warga UiTM melalui penggunaan teknologi yang sesuai serta memenuhi kehendak alam sekitar dan kehendak pelanggan.

Dengan penekanan kepada kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan warga UiTM ke arah peningkatan mutu kehidupan.

Bagi mencapai wawasan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai individu, keluarga dan warga UiTM yang sihat.



  1. Rawatan Harian
    • Perkhidmatan rawatan kesihatan/perubatan kepada para pelajar dan kakitangan UiTM Pulau Pinang.
    • Merujuk kes-kes yang memerlukan rawatan lanjutan ke klinik/hospital kerajaan.
    • Bantuan khidmat nasihat kepada para pelajar yang mengalami masalah kesihatan/emosi.
  2. Perkhidmatan Kecemasan
    • Rawatan selepas waktu kerja sekiranya diperlukan.
  3. Perkhidmatan 'Sick Bay'
    • Disediakan untuk para pesakit yang memerlukan rawatan pengasingan atau yang memerlukan pemerhatian.
    • Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk keperluan para pesakit.
  4. Perlindungan Perubatan
    • Semasa aktiviti kolej, sukan dan ko-kurikulum di dalam dan di luar kampus.
  5. Latihan
    • Melatih anggota-anggota PBSM (Persatuan Bulan Sabit Merah) UiTM Pulau Pinang.
    • Melatih dan membimbing ahli-ahli Kelab PROSIS (Program Siswa Sihat)

 

 BIL BORANG/PAMPLET  MUAT TURUN
 1.  Putuskan rangkaian COVID 19 [Klik di sini]
 2.   [Klik di sini]
 3.   [Klik di sini]
 4.   [Klik di sini]
5.    
     
     

 

 

       UNIT KESIHATAN

BIL. NAMA JAWATAN EXT. 1 EXT. 2
1 MEOR ADZMEY BIN SAGIRUDDIN (DR) PEGAWAI PERUBATAN 2799  
2 ALIF SAIFUL BIN AZMI PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2861  
3 HUSINBANU BINTI ZAKARUDDIN JURURAWAT 2904  
4 SITI ZARINA BINTI ABU HASHIM JURURAWAT 2904  
5 ROHAYA BINTI YAHAYA PENOLONG PEGAWAI FARMASI 2850  
6 KU SYAFINAZ BINTI KU SHUIB JURURAWAT MASYARAKAT 2860  
7 ROSHIDAH BINTI ABDUL WAHAB PEMBANTU TADBIR 2886  
8 HAFIDA BINTI HAMDAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN 2860  
9 RAMLI BIN GHAZALI PEMANDU AMBULANS 2919  
         
         
  FAKS PEJABAT   04-3822887  




    

QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776