PUSAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL ARAS TINGGI (HE-TVET)



PENGENALAN

Unit TVET UiTM Cawangan Pulau Pinang telah ditubuhkan secara rasminya pada awal tahun 2019 hasil daripada perjumpaan bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) pada November 2018, Tuan Haji Mohamad bin Samad. Dalam pertemuan pertama tersebut, wakil UiTMCPP yang hadir adalah Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany bin Hashim, Profesor Madya Ir. Dr. Ahmad Rashidy bin Razali, Dr. Samsudin bin Wahab, dan Ts. Dr. Basharuddin bin Abdul Hadi.

Rentetan daripada pertemuan pertama tersebut, satu kertas kerja telahpun diusahakan dimana wakil-wakil UiTMCPP mengadakan pertemuan susulan bersama Pengarah BPLTV Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor. Kertas kerja cadangan kerjasama BPLTV dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang telahpun dibentangkan oleh Prof. Madya. Ir. Dr Ahmad Rashidy bin Razali. Cadangan kerjasama tersebut disambut baik oleh warga BPLTV dan seterusnya Tuan Pengarah BPLTV meminta UiTMCPP untuk fokus jalinan kerjasama dengan KV di Zon Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Terdapat sekurang-kurangnya 12 Kolej-Kolej Vokasional di Zon Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Antara matlamat kerjasama ini adalah untuk memperkasa tenaga pengajar dan pelajar-pelajar dibawah institusi BPLTV khususnya Kolej-Kolej Vokasional dalam bidang kejuruteraan, sains, dan teknologi.


Hasil daripada pertemuan kedua tersebut, Unit TVET UiTMCPP telah ditubuhkan dibawah Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTMCPP, dimana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada wakil pensyarah-pensyarah dari setiap fakulti dan jabatan yang ada di UiTMCPP. Tujuannya adalah untuk memastikan semua pensyarah diberi peluang untuk menyumbang kepakaran mereka melalui Unit TVET UiTMCPP dari pelbagai aspek. Berikut merupakan fakulti dan jabatan yang terlibat dalam kerjasama ini:

  1. Fakulti Kejuruteraan Awam
  2. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  3. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  4. Fakulti Kejuruteraan Kimia
  5. Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
  6. Fakulti Farmasi
  7. Fakulti Sains Kesihatan
  8. Jabatan Sains Gunaan
  9. Jabatan Sains Kuantitatif dan Matematik
  10. Akademi Pengajian Bahasa
  11. Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Pada awal tahun 2020, Unit TVET UiTMCPP telah dijenamakan semula sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Aras Tinggi UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penjenamaan semula ini seiring dengan perancangan strategik UiTM 2020 – 2025 untuk meningkatkan jumlah program-program yang berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Aras Tinggi.

VISI, MISI, DAN MATLAMAT

Visi: Menjadikan UiTMCPP sebagai universiti pilihan bagi institusi-institusi pendidikan dan latihan teknikal vokasional untuk jalinan kerjasama pintar
Misi: Menyumbang kepakaran UiTM dalam usaha meningkatkan profesionalisme dan kepakaran warga institusi-institusi pendidikan dan latihan teknikal vokasional demi memperkasa agenda TVET negara
Matlamat:
  1. Meningkatkan sumbangan kepakaran pensyarah-pensyarah UiTM kepada komuniti luar
  2. Mengukuhkan lagi penglibatan dan kerjasama kakitangan akademik UiTM dan institusi dibawah BPLTV
  3. Profesionalisme berterusan untuk pensyarah-pensyarah UiTM

RAKAN STRATEGIK KAMI

KV Zon Kedah KV Zon Perlis KV Zon Pulau Pinang
Sungai Petani 1
Sungai Petani 2
Langkawi
Kulim
Alor Setar
Arau
Kangar
Balik Pulau
Seberang Perai
Nibong Tebal
Butterworth
Batu Lanchang

HUBUNGI KAMI

Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional Aras Tinggi
High-End Technical and Vocational Education and Training (HE-TVET) Centre
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang,
Kampus Permatang Pauh,
Jalan Permatang Pauh,13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
+604-382 2888

MIKRO-KREDENSI / MICRO-CREDENTIAL

PROGRAM AKADEMIK PPLTVAT / HE-TVET ACADEMIC PROGRAMMES


PROGRAM PENGLIBATAN PELAJAR / STUDENTS ENGAGEMENT PROGRAMMES


PERALATAN SEWAAN / RENTALS


KURSUS JANGKA PENDEK / SHORT COURSES

Upcoming Courses

Tarikh Nama Kategori
11 Mac 2020 Kursus Pembinaan Soalan Akademik
September 2020 Kursus Keusahawanan Perniagaan
TBD Kursus Garde Manger Kulinari
TBD Kursus Negotiation Skill Kepimpinan
TBD Kursus Data Driven Management Kepimpinan
TBD Kursus Micro-credential (Beginner) Akademik

 

Program Engagement Day 2019

Pada 15hb Oktober 2019, satu program berimpak tinggi telahpun diadakan dimana Pengarah, Timbalan Pengarah, dan wakil-wakil tenaga pengajar dari kesemua 12 Kolej Vokasional Zon Kedah, Perlis, Pulau Pinang telahpun dijemput hadir ke program “Engagement Day Berikut merupakan Kolej-kolej vokasional yang hadir dan terlibat dalam program ini:

 Zon Kedah Zon Perlis Zon Pulau Pinang
Sungai Petani 1
Sungai Petani 2
Langkawi
Kulim
Alor Setar
Arau
Kangar
Balik Pulau
Seberang Perai
Nibong Tebal
Butterworth
Batu Lanchang

Matlamat utama program Engagement Day ini adalah untuk:

  1. mengenalpasti latar belakang tenaga pengajar KV Zon Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang

  2. mengkaji bentuk-bentuk latihan yang diperlukan oleh tenaga pengajar di institusi tersebut

  3. mempromosi program-program pasca siswazah, dan

  4. merangka pelan perancangan kerjasama strategik yang lebih terperinci. 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program tersebut adalah “campus tour”, perbincangan serentak secara berkumpulan mengikut fakulti dan jabatan, sesi pembentangan kursus-kursus yang boleh ditawarkan oleh UiTMCPP. Seramai lebih 150 orang peserta hadir dalam menjayakan program ini.

  DIREKTORI STAF     

BIL NAMA JAWATAN  JAWATAN DALAM HE-TVET EXT  EMAIL RASMI
1   PROF. DR. SALMIAH BINTI KASOLANG REKTOR REKTOR 2777 salmiahk@uitm.edu.my 
2   PROF. MADYA IR. DR. AHMAD RASHIDY BIN RAZALI TIMBALAN REKTOR HAL EHWAL AKADEMIK TIMBALAN REKTOR
HAL EHWAL AKADEMIK
2811 ahmad073@uitm.edu.my 
3   DR. NUR'HIDAYAH BINTI CHE AHMAT PENSYARAH KANAN KOORDINATOR
TVET UiTMCPP
2643 hidayah.ca@uitm.edu.my 
4   DR. SAMSUDIN BIN WAHAB PENSYARAH KANAN KETUA PUSAT PENGAJIAN
SISWAZAH
3511  samsudinw@uitm.edu.my

  

5   EN. MUHAMMAD ARIF 'AIZAT BIN BASHIR PENSYARAH KANAN KETUA
UNIT MICROCREDENTIAL PROGRAM
2676 arif.aizat@uitm.edu.my 

  AHLI

  1. Cik Norliana Hashim
  2. Pn. Mazlina Razali
  3. Pn. Siti Azura Ramlan
  4. Dr Norhusna Mohamad Nor
  5. En. Hazimi Ismail
  6. Pn. Nursyuhada Azzman
  7. En. Mohd Syafiq Abdul Rahman
  8. Dr. Baderisang Mohamed
  9. En. Muhammad Azwan Azri
  10. Pn. Marina Mokhtar
  11. En. Hisyam Mohd Radzi
  12. Pn. Hanani Ahmad Zubir
 
6   DR. AZRINAWATI BINTI MOHD ZIN PENSYARAH KANAN KETUA
UNIT BRIDGING PROGRAM
2639 azrin236@uitm.edu.my 

  AHLI  

  1. Dr. Muhamed Faizal Pakir Mohamed Latiff
  2. Dr. Norhazimi Hamzah
  3. Dr. Muhammad Zahirudin Ramli
  4. Pn Dzullijah Ibrahim
  5. Pn. Syarifah Atifah Syed Hamzah
  6. Dr. Nor Hanim Abd Rahman
  7. Pn Nani Ilyana Shafie
  8. En. Muhammad Iqbal Shaharudin
  9. Pn. Mastura Razali
  10. Pn. Marni Jamil
  11. Dr. Mohd Muzafa Jumidali   
 
7   EN. MUHAMMAD IQBAL BIN SHAHRUDIN PENSYARAH KANAN  KETUA
UNIT CSR (PELAJAR)
  iqbal262@uitm.edu.my 

  AHLI     

  1. Dr. Anderson Ngelambong
  2. Pn. Nurhidayati
  3. En. Mohd Hussaini Abbas
  4. En. Mohamed Syazwan Osman
  5. Dr. Ghazirah Mustapha
  6. En. Khurshid Alam Wazie
  7. Pn. Norshuhada Samsudin
  8. Pn. Shaira Ismail
  9. Pn. Siti Salwa Talib
  10. Pn. Suhaiza Hassan
  11. Dr. Emie Sylviana Mohd Zahid
  12. Dr. Che Rushita Ismail
 
8   PN. NOR SUHADA BINTI ABDULLAH PENSYARAH KANAN KETUA
UNIT PERALATAN SEWAAN
3192  norsuhada2319@uitm.edu.my

  AHLI  

  1. Cik Nor Hafizah Mazlan
  2. En. Badrul Nizam Ismail
  3. Dr Ali Othman
  4. Dr. Nor Fariza Ismail
  5. Cik Siti Nur Amalina Mohd Halidi
  6. En. Mawardi Omar
  7. En. Zainol Mansor
  8. Pn. Wan Zarina Wan Kamaruddin
  9. En. Sofwan Haji Habullah@Abdullah
  10. Pn. Isma Noornisa Ismail   

  

9   PROF. MADYA DR. ABDUL HADI PENSYARAH KANAN KETUA
UNIT KURSUS DAN LATIHAN 
2622 hadi9598@uitm.edu.my 

  AHLI     

  1. En. Ahmad Hidayat Ahmad Ridzuan
  2. En. Syahrul Fithry Senin
  3. Pn. Nur Athiqah Haron
  4. Pn. Nur Alwani Ali Bashah
  5. En. Muhammad Arif Ab Hamid
  6. Dr. Wan Ismahanisa Ismail
  7. Pn. Nor Aimi Abdul Wahab
  8. Pn. Melinda @Siti Asmah Yunos
  9. En. Zulkifli Hj Dahalan
  10. Pn. Noor Laili Mohd Yusof

 

10   EN. MOHD IKMAL FITRI BIN MARUZUKI PENSYARAH  WEBMASTER

3562 ikmalf@uitm.edu.my 

 

QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776