PROGRAM PRA PENDIDIKAN TINGGI (PPT)

PRA PENDIDIKAN TINGGI (PPT)
Menjadi mahasiswa universiti merupakan impian setiap pelajar. Namun di atas pelbagai faktor, tidak semua daripada pelajar ini mampu menjadikan impian ini satu realiti. Ini menyebabkan ramai anak Melayu, anak Orang Asli, anak Sarawak dan anak Sabah tercicir di dalam pelajaran dan kesan daripada ini menyebabkan mereka meneruskan hidup tanpa ilmu dan tidak dapat menggunakan potensi diri yang sebenar secara optimum.

Jesteru, sebagai menunaikan tanggungjawab yang besar kepada masyarakat dan negara, UiTM menawarkan Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) khusus bagi membantu calon lepasan SPM melalui program pengukuhan akademik di peringkat Pra Diploma. Pelajar-pelajar yang lulus Pra Diploma akan diserapkan ke pengajian di peringkat Diploma dan seterus membuka peluang yang lebih besar kepada mereka meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar – pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU. Program PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Calon-calon yang memohon dan memenuhi syarat akan ditawarkan untuk mengisi 6000 kekosongan tempat menjelang tahun 2025 di dalam program Pra Diploma di semua kampus negeri UiTM di seluruh negara. Lima (5) program yang utama yang ditawarkan di bawah program ini adalah program Pra Diploma PerdaganganPra Diploma SainsPra Diploma AgroteknologiPra Diploma Sains (Aliran STEM C dan Sastera) dan Pra Diploma Pengajian Islam. Ambilan pelajar dibuat dua kali setahun dan kesemua maklumat terkini berkaitan ambilan akan dipaparkan di laman web PPT dari masa kesemasa.
 


VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.
 


MISI
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.
 


NILAI

Kecemerlangan: Mengamalkan kualiti piawai dalaman yang standard bagi memenuhi keperluan dan jangkaan pemegang taruh.

Sinergi: Bekerjasama rapat untuk memaksimumkan produktiviti yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat.

Integriti: Memupuk nilai kejujuran, hormat dan ketelusan untuk mencapai standard profesionalisme yang tinggi.

 
  

Syarat Kemasukan

PRA DIPLOMA PERDAGANGAN 
( BA002 / BA003 )
Tempoh Pengajian: 1 Semester / 6 bulan

Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
  • LULUS Sejarah
  • LULUS Bahasa Inggeris
  • LULUS Matematik/ Matematik Tambahan
 

Syarat Kemasukan

PRA DIPLOMA SAINS 
( AS007 / AS008 )
Tempoh Pengajian: 1 Semester / 6 bulan

Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
  • LULUS Bahasa Inggeris
  • KEPUJIAN Matematik/ Matematik Tambahan
  • LULUS SATU (1) daripada mana-mana pelajaran berikut:
    - Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan
 

Syarat Kemasukan

PRA DIPLOMA SAINS 
( ALIRAN STEM C & SASTERA ) ( AS002 / AS003 )
Tempoh Pengajian: 2 Semester / 1 Tahun

Minimum 3 kredit termasuk Bahasa Melayu
  • LULUS Sejarah
  • LULUS Bahasa Inggeris
  • KEPUJIAN Matematik/ Matematik Tambahan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains

SOALAN - SOALAN LAZIM 

1-Siapakah yang layak memohon ke program Pra Diploma?

Lepasan SPM Warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu/ Anak Negeri Sabah/
Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli.


2-Bagaimana calon Pra Diploma boleh menerima bantuan insentif sepanjang tempoh pengajian?
Calon layak menerima bantuan/insentif sekiranya pendapatan (gaji kasar) ibu & bapa adalah kurang daripada RM4000 sebulan (PPT-B40).
 

3-Apakah bentuk bantuan insentif yang diterima?
Calon akan menerima bantuan yuran pengajian percuma, yuran asrama percuma, elaun sara diri serta elaun pengangkutan pergi dan balik sekali sepanjang tempoh pengajian.
Bagi calon bukan B40, yuran pengajian dan yuran kolej perlu dibayar.

 

4-Bagaimanakah cara untuk memohon untuk memasuki program Pra Diploma ini?
Pemohon boleh memuat turun borang permohan dan hantarkan borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang telah disahkan ke Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi atau ke unit Pre Pendidikan Tinggi (PPT) kampus cawangan berhampiran.
 

5-Apakah program Pra Diploma yang ditawarkan?
UiTM menawarkan program Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains.

 

6-Apakah syarat kelayakan akademik untuk memohon ke program Pra Diploma ini?
Pemohon mestilah LULUS SPM dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit termasuk Bahasa Melayu; dan LULUS Sejarah dan Bahasa Inggeris. Untuk program Pra Perdagangan, pemohon juga mestilah LULUS Matematik/Matematik Tambahan. Untuk program Pra Sains, pemohon mestilah mendapat KEPUJIAN dalam salah satu matapelajaran MATEMATIK/MATEMATIK TAMBAHAN dan LULUS salah satu matapelajaran Fizik/Kimia/Biologi/Sains Tambahan.

Sila kemukakan sebarang masalah anda kepada kami:

UNIT PRA PENDIDIKAN TINGGI
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Pulau Pinang
Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang
043822826/2942/2645

 

 

 

 

Sila klik link berikut untuk aktiviti unit PPT UiTMCPP:

QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776