HEPkolej

PENGENALAN UNIT  RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR

Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar ditubuhkan pada 16 Jun 1996 selaras dengan penubuhan UiTM Pulau Pinang. Pada mulanya kolej di UiTM Pulau Pinang terdiri dari bangunan-bangunan sekolah di Jalan Permatang Pasir. Pada tahun  2002, penempatan pelajar di bangunan-bangunan sekolah telah ditutup  apabila UiTM membeli dua blok pangsapuri iaitu di Pangsapuri Idaman berdekatan Bulatan Bukit Tengah. Blok tersebut dijadikan penempatan pelajar dan dinamakan Kolej Mutiara.


Pada Ogos 2003, kampus tetap ditubuhkan di Jalan Permatang Pauh dan mula beroperasi dengan Kolej Mutiara yang mengandungi dua blok kediaman iaitu siswa di blok 4 dan siswi di blok 2 dengan muatan 1100 orang pelajar. Pada 2004, dua blok kediaman telah disiapkan di dalam kampus dengan muatan 960 orang pelajar berserta kemudahan dewan makan masing-masingnya. Blok kediaman berkenaan adalah Kolej Baiduri (siswi) dan Kolej Zamrud (siswa).


Pada semester Julai-November 2010, satu blok kediaman yang dibina dengan teknologi moden (teknologi IBS) telah disiapkan. Blok kediaman ini boleh menampung 958 orang pelajar dan dinamakan blok Kristal A. Blok Kristal B dengan muatan 958 orang untuk pelajar perempuan dan blok Nilam dengan muatan 672 orang untuk pelajar lelaki telah diduduki pada semester Disember 2010 – April 2011, blok Intan dengan muatan 672 orang telah dibuka untuk pelajar perempuan pada sesi Julai – November 2011. Blok Delima dengan muatan 1440 orang telah beroperasi pada sesi November 2011 – Mac 2012 sebagai penempatan pelajar perempuan.  Muatan keseluruhan blok kediaman berjumlah 7574 orang. Pada 2019, Kolej Mutiara dipindah milik kepada Bahagian Pengurusan Fasiliti. Kolej Baiduri ditutup untuk renovasi.  Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Pulau Pinang, Bil. 9/2019 telah memutuskan Pengurusan Non Resident (NR) dikeluarkan daripada Unit Pengurusan Kolej.  Pengurusan NR dan ruang niaga digabungkan menjadi satu unit baharu bawah HEP dikenali sebagai Unit Pengurusan Ruang Niaga dan NR. 


Pada 2020, blok Zamrud ditutup untuk renovasi. Enam (6) blok kediaman beroperasi dalam kampus dengan muatan 4864 orang (2624 siswa, 2240 siswi). Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Negeri Bil 5 Tahun 2022 bertarikh 26 Julai 2022 memutuskan, Pengurusan NR dikembalikan fungsi kepada Unit Pengurusan Kolej dengan perluasan skop ruang niaga dan dijenamakan sebagai  Unit Pengurusan Kolej & Non Resident (UPKNR).


Mesyuarat Ekserkutif Universiti(MEU) Bil. 26/2023 bertarikh 8 November 2023 telah meluluskan penwujudan Pusat Residensi Dan Hospitaliti Pelajar yang sebelum ini dikenali Unit Kemudahan Kolej. Manakala semua Unit Pengurusan Kolej(UPK) UiTM Cawangan hendaklah menggunakan penjenamaan baharu kepada UNIT RESIDENSI & HOSPITALITI PELAJAR (URHP)


Pada Januari 2023, blok Zamrud telah disiapkan. Kini, tujuh (7) blok kediaman beroperasi dalam kampus dengan muatan  5798 orang (2584 siswa dan 3214 siswi).


VISI

Menjadi sebuah unit yang unggul dalam menyediakan kemudahan penginapan dan persekitaran yang bersih, ceria, selesa, harmoni, dan selamat serta sebagai tempat pembelajaran kedua ke arah pembangunan pelajar yang holistik.


MISI

Melahirkan graduan bumiputera unggul yang mempunyai ciri Graduan GRU (Globally Renowned University)  melalui pelbagai program pembangunan dan kepimpinan pelajar serta kemudahan yang disediakan.

 

.
PERKARA KAPASITI KEGUNAAN KELENGKAPAN PERALATAN CATATAN /PERKHIDMATAN
BILIK BACAAN ZAMRUD    40 BILIK DISKUSI PELAJAR 1.KERUSI  1.Menyediakan tempahan untuk pelajar dan staf UiTM
2.MEJA 2.Kapasiti muatan sebanyak 100 peserta sahaja
3.ALAT PENGHAWA DINGIN  
4.KEMUDAHN Wi Fi 3.Tatacara tempahan permohonan staf dan pelajar:
5.WHITE BOARD a) Setiap pemohon perlu memohon dengan mengisi borang tempahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh kejadian.
BILIK BACAAN NILAM 30 BILIK DISKUSI PELAJAR 1.KERUSI  b) Borang yang telah lengkap diisi dihantar ke pejabat   kolej.
2.MEJA c) Kelulusan tempahan  boleh diketahui dalam tempoh 3 hari dalam waktu bekerja
3.ALAT PENGHAWA DINGIN d) Pemohon bertanggungjawab ke atas keselamatan barangan, harta benda sepanjang tempoh tempahan.
4.KEMUDAHN Wi Fi e) Pemohon perlu mematuhi garis panduan dan peraturan tempahan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran kolej
5.WHITE BOARD  
BILIK BACAAN INTAN 30 BILIK DISKUSI PELAJAR 1.KERUSI   
2.MEJA  
3.ALAT PENGHAWA DINGIN  
4.KEMUDAHN Wi Fi  
5.WHITE BOARD  
BILIK BACAAN KRISTAL 100 BILIK DISKUSI PELAJAR 1.KERUSI   
2.MEJA  
3.ALAT PENGHAWA DINGIN  
4.KEMUDAHN Wi Fi  
5.  WHITE BOARD  
BILIK BACAAN DELIMA 50 BILIK DISKUSI PELAJAR 1.KERUSI   
2.MEJA  
3.ALAT PENGHAWA DINGIN  
4.KEMUDAHN Wi Fi  
5.TV  
BILIK BACAAN BAIDURI 40 BILIK DISKUSI PELAJAR 1.KERUSI   
2.MEJA  
3.ALAT PENGHAWA DINGIN  
4.KEMUDAHN Wi Fi  
5.WHITE BOARD  
         
PERKARA KAPASITI KEGUNAAN  KELENGKAPAN PERALATAN CATATAN / PERKHIDMATAN
DEWAN SERBAGUNA DELIMA 300 1.PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN 1.MEJA 1.Menyediakan tempahan untuk pelajar dan staf UiTM
2.KURSUS 2.KERUSI BANQUET 2.Kapasiti muatan sebanyak 100 peserta sahaja
3.SEMINAR 3.AIRCOND  
4.TAKLIMAT 4.KIPAS 3.Tatacara tempahan permohonan staf dan pelajar:
5.PEPERIKSAAN  5.STAGE a) Setiap pemohon perlu memohon dengan mengisi borang tempahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh kejadian
6.MAJLIS RASMI UNIVERSITI   b) Borang yang telah lengkap diisi dihantar ke pejabat   kolej.
    c) Kelulusan tempahan  boleh diketahui dalam tempoh 3 hari dalam waktu bekerja
DEWAN SERBAGUNA KRISTAL 250 1.PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN 1.MEJA d) Pemohon bertanggungjawab ke atas keselamatan barangan, harta benda sepanjang tempoh tempahan.
2.KURSUS 2.KERUSI BANQUET e) Pemohon perlu mematuhi garis panduan dan peraturan tempahan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran koleJ
3.SEMINAR 3.AIRCOND  
4.TAKLIMAT    
5.PEPERIKSAAN     
6.MAJLIS RASMI UNIVERSITI    
BILIK SEMINAR DELIMA 100 1.PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN 1.MEJA  
2.KURSUS 2.KERUSI BANQUET  
3.SEMINAR 3.AUIRCOND  
4.TAKLIMAT 4.STAGE  
5.PEPERIKSAAN     
6.MAJLIS RASMI UNIVERSITI    
RUANG SANTAI KRISTAL 50 1.RUANG DISKUSI PELAJAR 1.TV  
2.RUANG REHAT PELAJAR 2.KERUSI   
  3.SOFA  
  4.KERUSI KAYU  

https://www.facebook.com/groups/245311152167440/

 

 BIL BORANG  MUAT TURUN
 1.  Borang Tempahan Ruang di Kolej [Klik di sini]
 2.  Borang Pengesahan Penginapan Transit [Klik di sini]
 3.  Borang Permohonan JPK [Klik di sini]
 4.  Borang Permohonan Sijil Pelajar (Aktiviti JPK) [Klik di sini]
5.  Borang Rayuan Insentif Pelajar [Klik di sini]
6.  Borang Pengesahan Pendapatan Ibubapa [Klik di sini]
7.  Borang Rayuan Insentif Pelajar [Klik di sini]
8.  Borang Permohonan Insentif Pelajar [Klik di sini]
     

 

BIL. NAMA JAWATAN EMEL SAMBUNGAN
1 Dewi Anis Binti Othman Pengurus Asrama Kanan dewianis@uitm.edu.my 3099
2 Farzanah Hanum Binti Abdul Latif Pen. Pengurus Asrama Tertinggi farza338@uitm.edu.my 3066
3 Faizah Binti Idris Penolong Pengurus Asrama Kanan  faizah721@uitm.edu.my  3104 
4 Siti Noraini Binti Hamzah Penolong Pengurus Asrama Kanan sitinoraini126@uitm.edu.my  3062
5 Sarina Binti Samsudin  Penolong Pengurus Asrama Kanan sarina.samsudin@uitm.edu.my  3063
6 Zuraini Binti Abd Rahman  Penolong Pengurus Asrama  zuerynie@yahoo.com 3059
7 Ayu Natasha Binti Mad Saad Penyelia Asrama Kanan  ayunatashamadsaad@uitm.edu.my 3064
8  Mohd Nazri Bin Ismail Penyelia Asrama Kanan  nazri214@uitm.edu.my  3065
9 Mohd Yazid Bin Jamil  Penyelia Asrama  yazid.jamil@uitm.edu.my  3064
10 Norafizal Bin Nordin Penyelia Asrama norafizal.nordin@uitm.edu.my  3065
11 Mohammad Mustakhim Bin Zamrud Pembantu Tadbir (Asrama) mustakhim1627@uitm.edu.my  3104
12 Kamal Bin Yob Pembantu Operasi kamal826@uitm.edu.my  3061
13 Mohd Suhaimi Bin Sunok Pembantu Operasi suhaimi072@uitm.edu.my        3060
14 Suriana Binti Mat Hussain Pembantu Operasi Kanan suriana754@uitm.edu.my   3060
15 Mohd Khairul Helmi Bin Abdullah Pembantu Operasi khelmi@uitm.edu.my   3060
16 Muhammad Dhuha Al' As Bin Arsad Pembantu Operasi dhuha_arsad@uitm.edu.my  3061
17 Muhammad Khalish Fitri Bin Sazari Pembantu Operasi khalisfitri@uitm.edu.my 3061
18 Muhammad Hamdi Bin Abdul Halim Pembantu Operasi muhammadhamdi@uitm.edu.my 3060
19 Muhammad Shahrul Nizam Bin Mohd Rosli Pembantu Awam shahrul_nizam@uitm.edu.my     3061
QUICK LINK
 
Academic Calendar   i-Student Portal   AiMS
Intake Calendar   i-Staff Portal   eRES
Perpustakaan   FinePortal   PRIME
eAduan Fasiliti   Web SSO   UFuture
eAduan ICT   SIMS    
eMajlis   BSU    
    HR2U    
    iCress    
    Units    

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Pulau Pinang

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat, UiTM Cawangan Pulau Pinang

Website Inquiry:
korporatpenang@uitm.edu.my

Tel: +6 (04) 382 2888/3598
Faks: +6 (04) 382 2776