PENGENALAN 

Program Mengubah Destini Anak Bangsa merupakan program di mana pelajar  miskin  Bumiputera yang gagal untuk mendapat tempat di universiti kerana merit tidak mencukupi, peningkatan kos pengajian yang tinggi dan kegagalan dalam persaingan mendapatkan tempat pengajian di IPT, dibantu untuk mencapai impian mereka. UiTM menawarkan program berdasarkan kelayakan pelajar samada ke program Pra Perdagangan atau Pra Sains.

Sepanjang program ini juga, pelajar-pelajar akan diberi pengisisan akademik, pembinaan peribadi dan kerohanian serta pembangunan modal insan. UiTM percaya bahawa setiap individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu jika diberi peluang dan ruang serta penerapan nilai-nilai murni bagi membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

Permohonan adalah dipelawa daripada calon seperti kriteria berikut:

  • Bumiputera Warganegara Malaysia.
  • Jumlah pendapatan ibubapa (gaji kasar) di bawah RM4,000 sebulan.
TUJUAN & MATLAMAT 

Agenda utama Universiti Teknologi MARA (UiTM) mewujudkan program ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan tetapi mampu untuk belajar. Dalam erti kata lain, pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang miskin tetapi memenuhi syarat untuk menyambung pelajaran di peringkat Pra Diploma.

Keprihatinan pihak UiTM dapat dilihat dengan pelbagai perancangan dan pelaksanaan bagi memastikan mereka melanjutkan pelajaran dalam program MDAB.

KEISTIMEWAAN PROGRAM MDAB
  • Pengecualian yuran pengajian
  • Kemudahan asrama
  • Elaun bulanan / wang sara diri
PROGRAM YANG DITAWARKAN DI UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
SYARAT KHAS PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM 

PD007/8 (PRA DIPLOMA SAINS)

BA002/3 (PRA DIPLOMA PERDAGANGAN)

Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia

DAN: Lulus Sejarah (Mula Diguna pakai SPM 2013)

DAN: Kredit Matematik/ Matematik Tambahan

DAN: Lulus Bahasa Inggeris

SERTA : Lulus salah satu (1) matapelajaran berikut:

 Fizik

 Kimia

 Biologi

 Sains Tambahan

Lulus SPM dengan minima 3 kredit termasuk Bahasa Melayu/Malaysia  

DAN:

Lulus Sejarah (Mula Diguna pakai SPM 2013)

SERTA:

Lulus Matematik/  Matematik Tambahan   

Lulus Bahasa Inggeris  

 

 

PERMOHONAN
PERMOHONAN PROGRAM PRA DIPLOMA UITM ADALAH SECARA BUKAN ATAS TALIAN (BUKAN MELALUI UPUONLINE). PERLU ISI BORANG SECARA MANUAL.
Permohonan hendaklah dibuat di dalam borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang boleh di boleh dimuat turun di sini:

1. Muat turun borang pendaftaran MDAB-Mengubah Destini Anak Bangsa

2. Muat turun borang pendaftaran MDOA-Mengubah Destini Anak Orang Asli

3. Muat turun borang pendaftaran MDABT-Mengubah Destini Atlet Berprestasi Tinggi

 

DAN LAMPIRAN SALINAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN ADALAH:

  1. SALINAN KEPUTUSAN SPM CALON.
  2. SALINAN KAD PENGENALAN (IC)/MYKAD CALON, IBU DAN BAPA.
  3. SALINAN SIJIL LAHIR/CABUTAN SIJIL LAHIR CALON,IBU DAN BAPA ATAU SIJIL KEMATIAN IBU/BAPA ATAU CABUTAN KAD PENGENALAN IBUBAPA.
  4. SIJIL PENCERAIAN/KEMATIAN (JIKA BERKAITAN)
  5. SALINAN SLIP GAJI IBU DAN BAPA ATAU SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN IBU DAN BAPA OLEH PENGHULU/KETUA KAMPUNG ATAU PEGAWAI KERAJAAN KATEGORI A
  6. SIJIL PENGLIBATAN SUKAN ATAU PENGIKTIRAFAN TERTINGGI DALAM BIDANG SUKAN (LALUAN MDABT)