Print
Polis Bantuan
Hits: 8089

1. Kawalan Keselamatan

A. Kawalan

  1. Mengawal pintu keluar/ masuk Pos Utama dan memastikan disiplin pelajar, membuat pemeriksaan kenderaan, membuat pemeriksaan pas keselamatan dan memastikan semua pelajar dan staf memakai kad pelajar dan staf semasa masuk dan keluar kampus.
  2. Mengawal di pos-pos kawalan kolej kediaman
  3. Mengawal di pos-pos kawalan Hotel dan Bangunan Fakulti dan Pentadbiran
  4. Mengawal keselamatan di majlis-majlis rasmi/program/aktiviti dalam kampus.

B. Pemeriksaan

  1. Membuat pemeriksaan pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sahsiah rupadiri semasa di dalam kampus
  2. Membuat pemantauan di kolej-kolej dan kampus bagi memastikan tiada penceroboh masuk ke dalam kolej, bangunan fakulti, pentadbiran dan keseluruhan kampus.
  3. Membuat pemeriksaan mengejut di pintu keluar masuk bagi memastikan pekerja-pekerja kontrak, awam dan pelawat memiliki pas keselamatan atau surat kebenaran yang sah semasa berada di dalam kampus, membuat intipan terhadap pelajar-pelajar yang disyaki menghisap dadah, berjudi, menonton video lucah dan pelajar masuk lewat dengan cara memanjat pagar kolej atau kampus

C. Rondaan

  1. Membuat rondaan di kolej-kolej, bangunan fakulti, bangunan pentadbiran dan membuat laporan rondaan jika berlaku perkara-perkara yang mencurigakan dan laporan kerosakan kelalaian staf atau pelajar yang lupa memadam lampu atau penghawa dingin semasa habis kerja.
  2. Membuat rondaan dibangunan atau dewan semasa pemeriksaan berjalan.
  3. Menyemak catatan-catatan kawasan universiti untuk menentukan pagar-pagar, bangunan-bangunan, projek-projek tanaman dan melaporkan kejadian-kejadian kepada Ketua Unit Keselamatan.
  4. Membuat rondaan semasa majlis/program/altiviti atau acara sukan berlansung bagi memastikan tiada kejadian jenyah berlaku.
 

2. Kawalan Lalulintas dan Iring VIP

  1. Membuat iringan kepada VIP di majlis-majlis rasmi di dalam kampus.
  2. Memastikan tempat letak kereta / motosikal teratur dan terkawal.
  3. Memastikan keadaan lalulintas terkawal dan membuat kawalan jika keadaan lalulintas sesak.
  4. Pastikan tiada kenderaan yang halang lalulintas dan meletak kenderaan ditepi jalan serta tempat larangan pakir.
  5. Pastikan kenderaan staf, pelajar serta kontraktor mempunyai pelekat kenderaan.
  6. Pastikan kawasan tempat meletak kenderaan VIP tiada halangan atau gangguan.
  7. Buka pintu kenderaan VIP
 

3. Pengeluaran Pelekat Kenderaan dan Pekerja Kontrak

  1. Menerima borang pelekat kenderaan pelekat staf, pelajar dan pekerja kontrak.
  2. Menyemak borang tersebut  dan resit pembelian  pelekat kenderaan.
  3. Menyerahkan pelekat kenderaan kepada pemohon.
  4. Menyemak dan mengemaskini rekod pembayaran pas pekerja kontrak.
  5. Mengeluarkan Pas Pekerja Kontrak
 

4. Siasatan

  1. Menerima arahan dari Ketua Pejabat Polis Bantuan untuk   menyiasat  aduan dari Pelajar, Kakitangan atau orang awam.
  2. Menghubungi pengadu (pelajar,kakitangan dan orang awam yang terlibat).
  3. Menyoalsiasat pengadu dan ambil rakam percakapan dalam  pemeriksaan pengadu
  4. Mengesan serta menyoalsiasat saksi dan ambil rakam percakapan dalam pemeriksaan saksi.
  5. Mengambil gambar tempat kejadian dan membuat lakaran lokasi kejadian.
  6. Mendapatkan maklumat dari Balai Polis Perda, Bukit Minyak, AJK Perumahan UiTM Kampus Bertam serta Hospital berdekatan sekiranya terdapat aduan berkaitan pihak terbabit.
  7. Mengumpul bukti-bukti kes kejadian.
  8. Mengesan barang yang dilapurkan hilang dibilik kuliah,kolej serta meneliti rakaman  melalui CCTV.
  9. Menyediakan laporan hasil siasatan.
  10. Siapkan kertas siasatan dan hantar kepada KPPB untuk semakkan.
  11. Hantar lapuran kertas siasatan kepada yang berkenaan(HEP, HEA, Fasiliti, Kolej, NR, OSHA dan Pejabat Rektor).
  12. Terima keputusan lembaga tatatertib HEP, HEA dan failkan mengikut turutan kes yang selesai.
  13. Menyediakan laporan statistik kes mengikut harian,bulanan dan tahunan.
 

5. Perkhidmaan AM

A. Kaunter

  1. Menjawab panggilan telefon dan menerima pesanan.
  2. Menerima aduan kehilangan kad pelajar dan staf.
  3. Menerima borang semakan  tamat pengajian pelajar.
  4. Menerima laporan aduan dari staf, pelajar dan orang awam.
  5. Menyediakan maklumat saman lalulintas dan sahsiah rupa diri untuk untuk dijanakan  oleh pihak bendahari.

 B. Rekod Pejabat

  1. Daftar masuk saman sahsiah rupadiri dalam sistem.
  2. Kemaskini sistem setelah pelajar membuat bayaran.
  3. Saman tersebut akan dihantar ke Pejabat HEP untuk tindakan  selanjutnya.

C. Membantu dalam proses perolehan dan pentadbiran jabatan

  1. Menyediakan bajet tahunan perolehan kelengkapan keselamatan untuk kelulusan ketua jabatan.
  2. Senarai peralatan keperluan mengikut peruntukan bajet tahunan.
  3. Proses dokumen.
  4. Merima bekalan dan rekodkan serta mulakan proses bayaran.
  5. Menetapkan tarikh panggilan mesyuarat .
  6. Menentukan tempat mesyuarat.
  7. Mengambil minit mesyuarat.
  8. Menyediakan minit mesyuarat .
  9. Membantu KP 14 untuk penjumlahan barangan aksesori pakaian seragam yang diterima dari pembekal.
  10. Merekodkan dalam fail keluar masuk aksesori.
  11. Kemaskini rekod aksesori setiap kali penyerahan item kepada anggota berlaku.
  12. Membantu Operasi Pelekat kenderaan pelajar / staf.
  13. Membantu Operasi sahsiah rupadiri pelajar.
  14. Membantu operasi pas pekerja kontrak.

 

Dikemas kini pada 13 Dec 2018