PERKHIDMATAN PERUNDINGAN DAN UJIAN MAKMAL

Unit Konsultansi Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang ditubuhkan untuk memberi khidmat perundingan, pengujian bahan dan khidmat nasihat kepada pihak industri, kontraktor, awam dan swasta. Fakulti Kejuruteraan Awam memiliki empat bidang kepakaran utama dimana kesemua bidang ini terhasil daripada subjek-subjek yang telah ditawar dan diajar oleh pihak fakulti.

Bidang-bidang tersebut ialah :

  1. Kejuruteraan Struktur dan Pengkomputeran
  2. Kejuruteraan Geoteknikal, Lalulintas dan Kaji Ukur
  3. Sumber Air dan Alam Sekitar dan
  4. Kejuruteraan Pembinaan dan Pengurusan Projek.

Untuk menjalankan khidmat perundingan, fakulti memiliki 11 buah makmal untuk menjalankan ujikaji dan penyelidikan serta memiliki kepakaran professional yang berpengalaman dalam menyediakan khidmat perundingan.

Makmal-makmal tersebut adalah seperti berikut:

  1. Makmal Struktur Berat dan Konkrit, Kekuatan Bahan dan Komputer
  2. Makmal Geologi, Mekanik Tanah dan Kaji Ukur
  3. Makmal Penyelenggaraan Bangunan
  4. Makmal Hidraulik dan Alam Sekitar

Untuk maklumat lanjut mengenai khidmat perundingan, sila hubungi:

  1. Dr. Kay Dora Abd Ghani (0195708781) Ketua Pusat Pengajian
  2. Ir. Ts. Mohd Azrizal Bin Fauzi (0123535696) Ketua Unit Konsultansi

Lokasi kami,

Unit Konsultansi Dan Keusahawanan Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang 13500 Pulau Pinang. (5°22'56.5"N, 100°25'01.4"E) (5.382348, 100.417048)

 

Untuk senarai harga/kadar bayaran, sila >>KLIK DI SINI<<

 

 

Artikel dikemaskini pada 27/9/2018 12.23pm (A.H.J)