Unit Keselamatan telah diwujukan seiring dengan penubuhan Institut Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang di Kampus Sementara Permatang Pasir, Permatang Pauh (SPT) pada 16 jun 1996. Kekuatan anggota ketika itu ialah seramai 8 orang dan seorang Ketua Pengawal (KP14) yang dipertanggungjawab sebagai Ketua Unit.

Pada 13 Ogos 2003 Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang telah berpindah ke Kampus Tetap di Permatang Pauh (SPT) dan penambahan anggota keselamatan telah dilakukan iaitu seiringan dengan kampus yang serba canggih. Pada masa ini kekuatan anggota adalah seramai 38 orang. Pada bulan Julai 2011 Bahagian Keselamatan telah di tukarkan kepada Pejabat Polis Bantuan.

Kekuatan ini telah diklasfikasikan kepada :

ANGGOTA KESELAMATAN JUMLAH
1. Timbalan Pegawai Keselamatan 01
2. Pembantu Keselamatan Kanan 01
3. Pengawal Keselamatan Tertinggi 02
4. Pengawal Keselamatan Kanan 10
5. Pengawal Keselamatan 24
JUMLAH KESELURUHAN 38

 

VISI 

BERWAWASAN MEREALISASI VISI UiTM UNTUK:

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamesime bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI 

BERILTIZAM MENYEMPURNAKAN MISI UiTM UNTUK:

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan keprofesionalan

OBJEKTIF 
  1. Memastikan anggota Polis Bantuan UiTM yang bersiap sedia dan kompeten.
  2. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
  3. Menyediakan urusan perkhidmatan Polis Bantuan berteraskan penggunaan teknologi.
FALSAFAH 

MENDUKUNG FALSAFAH UiTM, IAITU:

Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

PIAGAM PELANGGAN 

Piagam Pelanggan Polis Bantuan

  • Menjamin kawalan keselamatan 24 jam kepada staf, pelajar dan orang awam semasa berada didalam kawasan kampus.
  • Memastikan penguatkuasaan sahsiah rupadiri, lalulintas dan peraturan UiTM untuk pelajar.
  • Memastikan penguatkuasa peraturan peraturan UiTM dan lalulintas terhadap pelajar, staf dan orang awam semasa berada didalam kawasan kampus.
  • Memastikan kerjasama diantara Pihak kuasa dan AJK penduduk setempat dengan UiTM.
  • Memberi Perkhidmatan yang Cekap, Adil dan Mesra

 

Dikemas kini pada 17 Okt 2019