Agenda utama JPN adalah melibatkan operasi penyelidikan dan perundingan seperti berikut :
 i.  Permohonan Geran Penyelidikan
  • Menerima, menyaring dan mengesyorkan kertas cadangan penyelidikan yang dipohon oleh penyelidik dan dimajukan ke Unit Perolehan Geran Penyelidikan IRMI.
ii.  Pengurusan dan Operasi Penyelidikan
  • Menerima, menyemak dan meluluskan perkara-perkara berkaitan dengan pengurusan kewangan geran penyelidikan, pembelian asset di bawah geran penyelidikan,mengemaskini perubahan vot dalam geran penyelidikan berdasarkan tatacara kewangan university dan garis panduan penyelidikan.
iii.  Etika Penyelidikan
  • Meneliti cadangan penyelidikan staf dan pelajar (siswazah dan pasca-siswazah) dari aspek ilmiah, kebolehlaksanaan, novelty dan etika.
  • Berkomunikasi dengan Jawatankuasa Etika Penyelidikan (JEP) tentang cadangan penyelidikan yang melibatkan responden manusia
  • Penyelidikan Risiko Minimum: Syorkan untuk kelulusan. Contoh: Penyelidikan berisiko minimum ialah penyelidikan yang melibatkan soal selidik dan pemerhatian yang bersifat bukan kontrak fizikal.
  • Penyelidikan Risiko Tinggi: Majukan untuk pembentangan. Contoh: Penyelidikan berisiko tinggi ialah penyelidikan yang melibatkan kontek fizikal dengan responden.
  • Memajukan kepada Jawatankuasa Etika dan Penjagaan Haiwan (JEPH) tentang cadangan penyelidikan yang melibatkan haiwan penyelidikan.
  • Meneliti laporan penyelidikan staf dan pelajar (siswazah dan pasca-siswazah) yang melaporkan kemajuan penyelidikan yang berkaitan kepada JEP dan JEPH.
  • Mendokumenkan semua keputusan yang dibuat dan memajukan kepada JEP dan JEPH mengenai perkara yang berkaitan.
iv.  Pengurusan Lantikan Pembantu Penyelidik
  • Menerima, menyemak dan mengesahkan permohonan pelantikan, perlanjutan dan penamatan Pembantu Penyelidik.
v.  Teknikal Peralatan Penyelidikan
  • Menerima, menyemak dan meluluskan permohonan pembelian peralatan penyelidikan bersesuaian dengan penyelidikan yang dicadangkan mengikut tatacara kewangan yang digunapakai dan telah mendapat pengesahan spesifikasi dari jawatankuasa berkaitan (ICT/Teknikal).
vi.  Pemantauan Hasilan Penyelidikan
  • Menerima, mengumpulkan dan mengesahkan hasilan penyelidikan (penerbitan, modal insan, perundingan, harta intelek, hasil reka, grafik dan produksi) dan melaporkan perkembangan skor MyRA pada setiap 3 bulan.
vii.  Unit Data Penyelidikan IRMI
  • Menilai dan mengesyorkan hasilan yang berpotensi ke RIBU untuk dikomersialkan.
viii.  Permohonan Entiti Kecemerlangan
  • Menerima, menyaring dan mengesyorkan permohonan Entiti Kecemerlangan (Tier 5 dan Tier 4) yang dipohon oleh kumpulan penyelidik dan dimajukan ke Unit Komuniti Penyelidikan IRMI.
ix.  Perundingan
  • Menggalakkan perlaksanaan aktiviti pengurusan dan pemasaran perundingan. Memastikan pelaksanaan projek perundingan mengikut Dasar dan Garis Panduan semasa. Mengurus projek dan lejer perundingan Kampus Negeri.