MASMED

PUAN SURIA BINTI SULAIMAN

KOORDINATOR MASMED

TEL : 012-2242256

 

PENGENALAN

Akademi Pembangunan, SME & Keusahawanan Malaysia (MASMED) ialah satu unit yang menguruskan dan mengkoordinasi semua aktiviti berteraskan keusahawanan di kalangan pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang

 

 OBJEKTIF

  • Melaksanakan aktiviti yang mendedahkan pelajar dengan pelbagai aktiviti keusahawanan.
  • Menerapkan ciri-ciri keusahawanan dalam diri pelajar
 

 SENARAI AHLI JAWATANKUASA MASMED

 

FAKULTI/JABATAN

TEMPOH LANTIKAN (1 Ogos 2018 - 31 Julai 2019)

Fakulti Kejuruteraa Kimia  Encik Mohd Jumain Jalil
Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan  Puan Suria Sulaiman 
Fakulti Kejuruteraan Elektrik  Encik Roslan Seman
Fakulti Kejuruteraan Awam  Puan Nurol Huda Dahalan
Fakulti Farmasi  Encik Mohd Ikhmal Hanif Abdul Khalid
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal  Encik Bakri Ali
Akademi Pengajian Bahasa  Puan Syahirah Ramli
Akademi Pengajian Islam Komtemporari  Encik Roshaimizam Suhaimi
Jabatan Sains Gunaan  Encik Muhammad Firdaus Othman 
Jabatan Sains Komputer & Matematik  Encik Mohd Syafiq Abdul Rahman
Fakulti Pengurusan Perniagaan  Cik Nani Ilyana Shafie
Fakulti Sains Kesihatan  Dr Wan Ismahanisa Ismail
Hal Ehwal Pelajar (Kampus P.Puah)  Puan Nur Fazlin Shazna Mohamad Shafiai
Hal Ehwal Pelajar (Kampus Bertam)  Puan Azmawati Azizan
 

PROGRAM TUNAS MEKAR NEGERI PULAU PINANG

[Projek Bersama Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) Dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNPP)

Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM)] 

 

A.          Pengenalan Program Tunas Mekar

Projek Tunas Mekar adalah ilham Y.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dicetuskan pada 27 Disember 2003. Ia berkonsepkan perkongsian pintar di antara graduan, pengusaha dan pensyarah UiTM bertujuan menghasilkan manfaat kepada semua pihak terlibat. Graduan ditempatkan bersama pengusaha selama satu hingga dua tahun untuk membantu pengusaha dan mendapat pengalaman praktikal. Pensyarah UiTM pula memantau dan memberi nasihat bulanan kepada mereka.

Di Bawah program ini, graduan bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan, akan dipilih menjadi working-consultant dengan pengusaha industri/perusahaan kecil dan sederhana (IKS@PKS) tersebut. Ini adalah kerana, Y.A.B. Perdana Menteri percaya melalui satu kombinasi pengetahuan dan kepakaran daripada graduan dengan pengalaman daripada pengusaha, prospek untuk mencapai kejayaan adalah lebih baik. Lagipun, graduan yang lebih berminat untuk bekerja sendiri boleh melabur masa mereka dengan menyertai program ini sekiranya ingin menjadi sebahagian daripada proses menjalankan perniagaan secara langsung dengan para pengusaha tersebut.

 

B.          Objektif Program Tunas Mekar

1.   Memberi peluang graduan bumiputera menimba pengalaman bidang keusahawanan, seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

2.   Membantu usahawan PKS luar bandar memajukan perniagaan dengan kaedah pengurusan dan teknologi moden.

3.   Menjadikan Projek Tunas Mekar sebagai satu agenda dan strategi memakmur dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. 

 

C.          Kaedah Pelaksanaan

Projek ini dilaksanakan secara kerjasama antara Universiti Teknologi MARA (Pulau Pinang) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM) dengan dibanti oleh beberapa agensi kerajaan lain sebagai panel penasihat (seperti PUNB, MARA, SME Corp, TEKUN, FAMA, MARDI, Jabatan Pertanian dan lain-lain lagi.

 

D.   Fungsi Program Tunas Mekar

1.   Menjalankan Rekrutmen

     i. Pelantikan Kaunselor Perniagaan

     ii. Pemilihan Graduan (mantee) (dikenali juga sebagai Usahawan Perantis Muda Tunas Mekar)

     iii. Padanan Pengusaha (mentor)

2.   Menganjurkan Latihan

     i. Kursus Induksi

     ii. Kursus Pemantapan

     iii. Pembentangan Rancangan Perniagaan

     iv. Khidmat Nasihat Teknikal

     v. Kaunseling

     vi. Penyeliaan

 3.   Melaksanakan Urusan, Kawalan Khidmat Kaunselor & Perantis Muda

      i. Padanan graduan, pengusaha dan kaunselor perniagaan

      ii. Tuntutan perjalanan kaunselor perniagaan

 

E.          Carta Organisasi Program Tunas Mekar UiTM (Puau Pinang)

 

 F.          Koordinator Program Tunas Mekar UiTM (Pulau Pinang)

 1.     En. Sharaf Bin Ahmad (JSG)                        : 2005 - 2006

 2.    En. Mohd Sukor Bin Hj. Md Yusoff (FPP)        : 2006 - 2008

 3.    En. Mohd Najib Bin Mohd Hussain (FKE)       : 2008 - 2010

 4.    En. Rosley Bin Jaafar (FKM)                          : 2011 - 2018

 

G.          Program Tunas Mekar UiTM (Pulau Pinang)

Jumlah penyertaan Usahawan Perantis Muda Tunas Mekar di UiTM (Pulau Pinang) sejak dimulakan pada tahun 2005 hingga 2015 adalah seperti di Jadual 1. Sebahagian besar daripada mereka yang telah tamat program ini telah memulakan perniagaan di negeri Pulau Pinang dan juga di negeri lain di dalam berbagai sektor perniagaan seperti restoran, peruncitan, perkhidmatan permbersihan & pembinaan, percetakan, khidmat kecantikan, taska, penternak, pakaian dan sebagainya lagi.

JADUAL 1 : STATISTIK PROGRAM TUNAS MEKAR NEGERI PULAU PINANG

Bil.

Graduan

Siri 1 (20 Mei 2005 - 19 Mei 2007), Orang

Siri 2 (27 Feb 2009 - 26 Feb 2010), Orang Siri 3 (19 Sept 2011 - 18 Sept 2012), Orang Siri 4 (28 Dis 2012 - 30 Dis 2013), Orang Siri 5 (02 Mei 2014 - 30 Apr 2015), Orang Siri 6(05 Okt 2016 - 04 Apr 2017), Orang Catatan
1.

Jumlah Pengambilam

27 (Kuota; 25)

60 (Kuota; 60) 24 (Kuota; 20) 38 (Kuota; 40) 20 (Kuota;20) 8 (Kuota; 8) Termasuk yang berhenti samada dapat sijil ataupun tidak
2.

Jumlah Tamat

24

54 19* 37* 19* 7* *yang  layak diberi sijil (lebih 6 bulan)
3.

Jumlah sudah berniaga

13 (54%) *tahun 2008

18 (18%) *tahun 2010 14 (74%) *Okt 2012 27 (81.8%) *Jan 2014 16 (84.2%) *Mei 2015 7 (100%) *Jan 2017 *% dikira setelah ditolak dengan graduan yang berhenti kerana sambung belajar, beekerja atau diberhentikan sebelum tamat program walaupun diberi sijil
4.

Bil. Kaunselor yang pernah terlibat

19

30- 10* 34 @ 34* 19 3 *Yang layak diberi sijil. Terdapat kes-kes tertentu yang menyebabkan tidak layak diberi sijil
5.

Bil. Pengusaha yang pernah terlibat

27

46 22* 48 @ 44* 25 3 *Yang layak diberi sijil. Terdapat kes-kes tertentu yang menyebabkan tidak layak diberi sijil

 

 H.          Rumusan

Program Tuna Mekar terbukti berkesan dan mencapai objektif yang disarankan iaitu melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan muda di bumiputera di negrei Pulau Pinang khasnya dan di Malaysia amnya.