PENGENALAN

BAHAGIAN PENYELIDIKAN, JARINGAN INDUSTRI, MASYARAKAT & ALUMNI (PJIM&A)

 

Bahagian URDC telah ditubuhkan pada tahun 2006 untuk membantu staf akademik dan staf pentadbiran di UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam urusan penyelidikan & perundingan.

Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri Masyarakat & Alumni telah ditubuhkan pada tahun 2009 yang diketuai oleh Timbalan Rektor dan dibantu oleh tujuh (7) orang Koordinator manakala staf sokongan adalah terdiri daripada seorang (1) Pegawai Eksekutif, dua (2) orang Pembantu Tadbir.

 

Unit-unit yang terdapat di bawah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni adalah seperti berikut

  • Unit Pengurusan Penyelidikan
  • Unit Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni
  • Penulisan dan Penerbitan
  • MASMED
  • Tunas Mekar
 

Objektif

  • Menggalakkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan organisasi dalam dan luar Negara agar dapat menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi dan berkualiti.
  • Memperkukuh dan menjalinkan hubungan dua hala dengan masayarakat luar terutamanya agensi kerajaan dan industri.
  • Mengenalpasti inovasi dan penemuan baru dalam semua skop.
  • Memantau dan meningkatkan penyelidikan kontrak dan konsultansi.
  • Membantu mendapatkan tempat melalui usahasama UiTM-Industri bagi tujuan pembangunan pembelajaran dan latihan industri pelajar.
  • Memantau dan menggalakkan aktiviti serta program yang boleh menjanakan pendapatan kepada universiti.
  • Mengadakan jaringan dengan Corporate Social Responsibility (CSR) dengan pihak industri.
  • Menjalinkan hubungan universiti dengan badan-badan masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan NGO bagi tujuan melibatkan universiti dengan aktiviti pembangunan sosio ekonomi masyarakat.
  • Menyokong HEA dan Fakulti dalam mengembangkan dan memantapkan polisi program sangkutan pelajar dengan industri antaranya `internship' dan peluang pekerjaan pelajar.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar melalui program-program industrial attachment dengan industri high-end untuk persediaan diri sebagai peneraju khusus dalam bidang tertentu juga sebagai pelapis korporat masa hadapan (melalui program HEIGIP).
  • Memupuk dan menerapkan nilai-nilai keusahawanan di kalangan siswa-siswi dan tenaga pengajar dalam meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan pekerjaan di kalangan graduan UiTM.
  • Mengumpul maklumat/data Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang
 

 

JAWATANKUASA PENYELIDIKAN NEGERI (JPN)

1

PUNCA KUASA

  • Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (Khas) pada 1 September 2015 dan Seksyen 16 A (8) & (9) Akta Universiti Teknologi MARA Akta 173.

FUNGSI DAN BIDANG KUASA

  • Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Induk Penyelidikan Universiti dalam hal ehwal berkaitan penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersialan diperingkat Kampus Negeri.
  • Mengesyorkan dan mencadangkan strategi, dasar dan garis panduan dengan tujuan untuk memperkasakan agenda penyelidikan dan inovasi dan pengkomersialan Universiti. Memastikan pelaksanaan dan pematuhan dasar-dasar penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersialan Universiti.
  • Membincangkan pencapaian dan strategi peningkatan hasilan penyelidikan (perolehan geran,penerbitan, modal insan, harta intelek dan pengkomersialan) serta penarafan skor penyelidikan di peringkat Kampus Negeri. Membincangkan status dan strategi peningkatan ketampakan akademik (visibiliti) dalam aktiviti penyelidikan, perundingan dan reka cipta.
  • JPN juga mengambil maklum hasilan penyelidikan dan perundingan dan seterusnya menilai dan mengesyorkan hasilan yang berpotensi bagi tujuan pengkomersialan dan harta intelek.
  • Membincangkan hal ehwal yang berkaitan intergriti pemyelidik (Professional Conducts).
3

AGENDA MESYUARAT

4

KEANGGOTAAN JPN

 

 

JAWATANKUASA IT DAN ELEKTRONIK PENYELIDIKAN (JITEP) 

1

PUNCA KUASA

2

FUNGSI DAN BIDANG KUASA

3

KEANGGOTAAN JITEP

4

SENARAI PERALATAN YANG PERLU DIPOHON MELALUI JITEP

5

PANDUAN PERMOHONAN

6

MUAT TURUN BORANG

 

 

JAWATANKUASA JARINGAN NEGERI (JKJN)

1

PUNCA KUASA

i.  Akta 173: Akta Universiti Teknologi MARA 1976

   - Bahagian II, Seksyen 4A (1) (a,b,c) (Punca Kuasa Aktiviti Jaringan)

   - Bahaigan VI, Seksyen 34 (b) (Punca Kuasa Menjalankan Tugas bagi Pihak Universiti)

   - Bahagian VI, Seksyen 34 (a) (g,h) (Punca Kuasa Menjalankan Tugas bagi Pihak Universiti)

ii  Mesyuarat LPU (Khas) 1 September 2015

2

FUNGSI DAN BIDANG KUASA

  1. Meluluskan kertas cadangan projek bersesuaian dengan polisi Universiti (kecuali UiTM Kampus Selangor dan UiTM Kampus negeri berfakulti);
  2. Mencadangkan program jaringan industri, komuniti, alumni, keusahawanan, dan kebolehpasaran graduan yang merujuk dasar dan garis panduan universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi;
  3. Mengsyorkan program-program jaringan bersama industri, komuniti, alumni, program keusahawanan dan program kebolehpasaran graduan untuk dijalankan oleh fakulti dan PTJ negeri;
  4. Menyediakan laporan berkala (3 bulan) kepada JK Induk Jaringan Universiti; dan
  5. Mengambil maklum laporan berkala jaringan industri Fakulti dan Kampus.
3

AGENDA MESYUARAT

4

FORMAT KERTAS KERJA/KERTAS CADANGAN

5

KEANGGOTAAN JKJN

 

 

 UNIT PJIM&A

 BIL UNIT  KETUA BAHAGIAN
1 TIMBALAN REKTOR PROF. MADYA DR. NOR AZIYAH BINTI BAKHARI
2 ICAN DR. NOR AZLAN OTHMAN
3 ALUMNI  PUAN NOR AZUREEN ROZEKHI
4 RMU DR. AINORKHILAH MAHMOOD
5 PENERBITAN DR. NOR SALWA DAMANHURI
6 MASMED PUAN SURIA SULAIMAN