Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Pulau Pinang adalah salah sebuah bahagian yang diwujudkan apabila  kampus ini mula beroperasi pada 16 Jun 1996. Peranan utama bahagian ini adalah sebagai urus setia pentadbiran dan menguruskan semua ehwal staf meliputi perjawatan, perkhidmatan dan kebajikan staf. 

Dengan perkembangan penggunaan IT, bahagian ini kini dihubungkan secara online dengan Sistem Maklumat Staf Bersepadu di Pejabat Pendaftar, UiTM Kampus Induk. 

Sehingga kini, staf Pentadbiran meliputi pelbagai jawatan yang masing-masing mempunyai fungsi dan senarai tugas serta tanggungjawab.

 

Objektif Bahagian Pentadbiran

  • Urus setia pentadbiran dan pengurusan hal ehwal perkhidmatan staf yang cekap dengan mengamalkan budaya kualiti 
  • Menyediakan rekod dan statistik staf yang sentiasa dikemaskini dan terkini
  • Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra 
  • Berperanan sebagai urus setia pengendalian mesyuarat peringkat kampus 
  • Menyediakan kemudahan perkhidmatan kenderaan dan urusan pos dengan mesra
 

Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran

Kami berjanji memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pentadbiran, UiTM  Cawangan Pulau Pinang meliputi urusan-urusan seperti berikut: 

  • Memberikan perkhidmatan berkualiti dan mesra untuk semua staf bagi segala urusan hal ehwal staf. 
  • Memberikan khidmat cekap dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan di kaunter Bahagian Pentadbiran serta melalui surat, e-mail dan telefon. 
  • Bertindak sebagai penghubung dengan Pejabat Pendaftar, UiTM Kampus Induk untuk semua urusan hal ehwal staf. 
  • Menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan rasmi yang cekap dan selamat. 
  • Mengendalikan urusan pos surat rasmi dan surat menyurat edaran dalaman dengan teratur dan pantas. 
  • Menyediakan dokumen pengenalan diri bagi staf mendapatkan rawatan di klinik panel / hospital kerajaan. 
  • Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra. 
  • Menguruskan dengan baik semua tempahan penggunaan bilik mesyuarat Bahagian Pentadbiran. 
  • Menyediakan rekod dan statistik staf yang dikemaskini dan terkini apabila diperlukan oleh pihak berkenaan.
 

Jumlah Staf UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh 

 KUMPULAN AKADEMIK PENTADBIRAN JUMLAH
 TETAP 530 316  846

 

Nisbah Akademik : Pentadbiran = 1 : 0.60
 
(Data Setakat September 2017)