FUNGSI PERANCANGAN STRATEGIK

  1. Menyelaras
  • Penyediaan perancangan strategik fakulti/kampus.
  • Pelaksanaan dan pemantauan perancangan strategik fakulti/kampus.
  • Pembentukan inisiatif di peringkat fakulti/kampus. (RMKe-11 & MoU/MoA)
  • Pemantauan inisiatif melalui sistem UePMO.
  • Pengurusan maklumat strategik PTJ untuk disalurkan ke CSPI.
  • Aktiviti semakan keselarasan perancangan strategik.
  1. Menjadi Perantara Bagi Hubungan Kerja CSPI Dan UPS PTJ.
  2. Menghadiri Mesyuarat Bersama CSPI Secara Berkala.
 

 

HALA TUJU PERANCANGAN STRATEGIK

UiTM Cawangan Pulau Pinang telah memformulasikan matlamat dan halatuju strategik yang selari dengan UiTM Induk dan berdasarkan pada:

  1. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada pelajar.
  2. Memberikan penekanan yang tinggi terhadap penyelidikan, pembangunan, perundingan dan pengkomersialan.
  3. Menyediakan infrastruktur dan infostruktur bagi menyokong proses pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, pembangunan, perundingan dan pengkomersialan.
  4. Memberi sokongan kepada kakitangan akademik dan pentadbiran dari segi kerjaya (career development).
  5. Menjana kewangan yang lestari dari ‘Strategic Business Unit’ (SBU) dan dari sumber Universiti yang lain.
  6. Memperkukuhkan tahap kualiti dan sistem kewangan UiTM Cawangan Pulau Pinang.

 Tumpuan Kepada Hala Tuju Strategik PTJ

  1. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik kepada pelajar
  2. Memberikan penekanan yang serius terhadap penyelidikan, pembangunan, perundingan dan pengkomersialan terhadap kakitangan akademik
  3. Menyediakan infrastruktur dan infostruktur pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, pembangunan, perundingan dan pengkomersialan
  4. Memberi sokongan kepada kakitangan akademik dan pentadbiran dari segi kerjaya (career development)
  5. Menambah baik sistem kewangan yang sedia ada bagi mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan universiti
  6. Menjana sumber kewangan yang lestari melalui ‘Strategic Business Unit’ (SBU) melalui penjanaan pendapatan seperti perundingan, pengkomersialan, penyewaan harta, pengwujudan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang.
  7. Menambahkan lagi jumlah Pensyarah yang mempunyai kelayakan Ph.D dan Profesional.

 Tujuan Penyediaan Dokumen Strategik Sebagai Sumber Rujukan Kepada PTJ dan Pemegang Taruh

 Suka dimaklumkan, tujuan dokumen ini disediakan adalah untuk dijadikan sebagai panduan kepada perancangan 5 tahun UiTM Cawangan Pulau Pinang (2016 – 2020).  Sehubungan itu, dokumen ini juga mengambil kira perancangan ‘Core Business’ UiTMCPP iaitu pembelajaran & pengajaran yang dipacu oleh program program penyelidikan, pengkomersialan, inovasi, perundingan, penjanaan kewangan, infrastuktur, infostruktur, penambahbaikan kemudahan fasiliti, tadbir urus yang efisien, hal ehwal pelajar, keperluan industri, kebolehpasaran pelajar (student marketability) dan kebolehkerjaan pelajar (student employability). Dengan itu, keperluan dan kehendak pemegang taruh (stakeholders) menjadi asas kepada penyedian dokumen ini.

 Projek Keutamaan oleh Naib Canselor sehingga tahun 2020

 Naib Canselor menekankan projek keutamaan iaitu:

  • 50% Pensyarah Akademik yang berkelayakan ‘Doktor Falsafah’ atau setaraf
  • 17,000 Pelajar Pascasiswazah (2,500 Pelajar Antarabangsa)
  • 50% (jumlah) geran penyelidikan antarabangsa
  • Menempatkan UiTM didalam kelompok 300 “QS World Ranking”
  • 90% graduan yang berkerja (5% menceburi bidang keusahawanan)
  • Mencapai 85% Indeks kepuasan UiTM

Pemimpin Yang Transformatif

 Seseorang pemimpin itu haruslah:

  • Mengunakan kaedah yang berwawasan untuk menuju kejayaan
  • Mempunyai minda keusahawanan
  • Mempunyai kebolehan mentransformasikan peluang kepada realiti
  • Berupaya memperkasakan sumber manusia
  • Mempunyai Pemikiran diluar dari batasnya “Thinking out of the box”
  • Mempunyai kebolehan untuk menyetarakan sumber manusia, kemudahan infrastruktur, infostruktur, sumber kewangan dan juga tadbir urus.

Ruang Untuk Penambahbaikan

 Naib Canselor menyatakan bahawa UiTM harus menyedari bahawa terdapat banyak ruang yang memerlukan penambahbaikan seperti:

  • Deskripsi kerja yang lebih jelas dan meletak sumber manusia pada tempat yang betul
  • Latihan penambahbaikan kualiti pada setiap peringkat
  • Kesiapsiagaan pemimpin mendepani masa depan
  • Memprofilkan kakitangan akademik dan penjenamaan
  • Kepelbagain kemahiran dan kepelbagaian melakukan tugas
  • Kakitangan yang mempunyai pemikiran yang kompetitif

Faktor Kejayaan UiTM Yang Utama

 Naib Canselor juga menyatakan kejayaan UiTM untuk masa depan berdasarkan beberapa faktor iaitu:

  • Visi dan Misi – Futuristik, Strategik dan Jelas
  • Tadbir Urus – Tadbir Urus dan akauntabiliti yang dilakukan bersama
  • Kakitangan dan pelajar yang berkualiti
  • Pembelajaran dan penyelidikan yang memberikan impak yang besar
  • Kelestarian kewangan
  • Reputasi antarabangsa – dikenali diperingkat antarabangsa dan penarafan antarabangsa
  • Pemimpin yang transformatif
 

 

VISI

Menyokong visi UiTM Pulau Pinang untuk menjadikan UiTM Pulau Pinang sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional menerusi program profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

 

 

MISI

Menjunjung aspirasi misi UiTM Pulau Pinang dalam mempertingkat keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

 

FALSAFAH

Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai nilai murni agar menjadi graduan professional yang  berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

 

 

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (Sasaran dan pencapaian Outcome,

Output dan PI Fakulti/Kampus/PTJ)