PENGENALAN UNIT PENGURUSAN KUALITI

Unit Pengurusan Kualiti (UPK) UiTM Pulau Pinang bertanggungjawab bagi mengurus dan melaksana proses-proses kualiti melalui audit kualiti dan amalan pengurusan terbaik bagi memastikan penambahbaikan berterusan sistem pengurusan kualiti UiTM Pulau Pinang adalah mantap dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO 9001:2008.

 

VISI

Menyokong visi UiTM Pulau Pinang untuk menjadikan UiTM Pulau Pinang sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional menerusi program profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

 

MISI

Menjunjung aspirasi misi UiTM Pulau Pinang dalam mempertingkat keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

OBJEKTIF

Objektif Kualiti Pelajar (OKP):

  1. Mencapai 90% pelajar sepenuh masa program diploma dan sarjana muda tamat dalam tempoh pengajian yang ditetapkan.
  2. Mencapai 80% pelajar sepenuh masa program diploma dan sarjana muda menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dengan CGPA 3.00 dan ke atas.
  3. Mencapai  lebih 2 % pelajar sepenuh masa bergraduat menerima Anugerah Naib Canselor pada setiap tahun.
  4. Mencapai  lebih 10% pelajar sepenuh masa menerima Anugerah Dekan pada setiap tahun.
  5. Mencapai  60% kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan kebajikan pelajar setiap tahun.
  6. Memastikan sekurang-kurangnya 200 orang graduan pascasiswazah menjelang 2020.

Objektif Kualiti Staf (OKS):

  1. Meningkatkan bilangan staf akademik dengan kelayakan profesional sebanyak 20 orang menjelang 2020.
  2. Mencapai sekurang-kurangnya 60 penyelidikan, perundingan, inovasi dan pengkomersilan berdaftar dengan RMU.
  3. Mencapai 150 penulisan dan penerbitan akademik berwasit setiap tahun.
  4. Mencapai sekurang-kurangnya 80% staf akademik melibatkan diri dalam kegiatan pelajar dan/atau khidmat masyarakat setiap tahun.
  5. Mencapai sekurang-kurangnya 85% daripada jumlah staf menghadiri latihan dengan peruntukkan PTJ (Pusat Tanggungjawab) membuat pembentangan semula di dalam sesi perkongsian ilmu.

Objektif Kualiti Kampus (OKK):

  1. Menjana pendapatan universiti sebanyak 5% daripada perbelanjaan universiti setiap tahun.
  2. Mencapai nisbah pensyarah:pelajar 1:15 untuk program  sarjana muda  dan 1:20 untuk program diploma.
  3. Menghasilkan sekurang-kurangnya 3 projek inovasi bagi membantu samada sistem pengurusan kampus dan/atau agensi luar dan mengkomersilkan 1 produk setiap tahun.
  4. Mencapai sekurang-kurangnya 95% graduan Diploma, 80% graduan ISM mendapat pekerjaan/meneruskan pengajian dalam tempoh setahun menamatkan pengajian dan 4% graduan bekerja sendiri menjelang 2020.
  5. Mencapai sekurang-kurangnya 20 aktiviti keusahawanan pelajar setiap tahun.
  6. Memastikan bilangan geran penyelidikan mencapai RM 2 juta setiap tahun.