Unit Komunikasi Korporat UiTM (Pulau Pinang) telah ditubuhkan pada tahun 2003. Unit ini berada di bawah Pejabat Rektor UiTM (Pulau Pinang) dan diterajui oleh Koordinator dan Pembantu Tadbir sebagai tenaga penggerak bagi meningkatkan imej UiTM (Pulau Pinang) melalui hubungan dua hala dengan pelbagai agensi/jabatan, media dan masyarakat melalui pelbagai bentuk aktiviti dan kerjasama. Unit Komunikasi Korporat juga berperanan mempromosikan imej dan reputasi UiTM (Pulau Pinang) melalui komunikasi strategik di antara IPTA, IPTS, kerajaan Negeri Pulau Pinang dan medium lain seperti media percetakan dan elektronik selain daripada program universiti.

 

VISI

Menjadi sistem korporat bertaraf dunia untuk pengurusan pangkalan data universiti dan budaya korporat.

 

MISI

Untuk memulakan dan mengekalkan satu sistem korporat bertaraf dunia dan budaya melalui pengurusan yang cekap maklumat mengenai perhubungan awam, penerbitan dan pengantarabangsaan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Memastikan penyebaran informasi yang efektif dan tepat menggunakan media elektronik. Memantapkan hubungan awam yang baik dan harmoni. Memastikan setiap aduan dan maklumbalas yang diterima diberi keutamaan tertinggi.