Apabila UiTM Pulau Pinang memulakan operasinya di Permatang Pasir, Unit Komputer Pengurusan Akademik telah ditubuhkan dan diketuai oleh seorang Pengurus, Penolong Pegawai Sistem Maklumat, dan dua orang Pembantu Makmal. Fungsi unit ini adalah sebagai penyokong teknologi maklumat untuk pengurusan dan akademik jabatan serta untuk menjaga dan menyelenggara server.

 

Pada 18 Oktober 1999, nama Unit Komputer Pengurusan telah ditukar kepada Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB) sebagai hasil penstrukturan semula organisasi. Ia telah dibina dalam usaha untuk meningkatkan kualiti mentadbir sumber teknologi maklumat dan sudah tentu, untuk menyokong teknologi maklumat pengurusan dan jabatan-jabatan akademik.

 

Sejak 1 Julai 2007, 5 makmal komputer (Makmal Komputer 1,2,3,4, dan 6) yang pada mulanya di bawah pengawasan USMB telah diletakkan dibawah JTMSK. Seterusnya, semua kuliah yang melibatkan penggunaan makmal dan pengurusan harian makmal adalah di bawah tanggungjawab penyelaras JTMSK.

 

Kini, Rektor Kampus menjadi penaung Bahagian Infostruktur dan Bahagian Infostruktu kini mempunyai 15 orang kakitangan yang penuh berdedikasi - diketuai oleh  Pegawai Teknologi Maklumat kanan .Bahagian Infostruktu dibahagikan kepada 4 bahagian unit yang terdiri daripada  Unit Perkhidmatan IT, Unit Infrastruktur IT, Unit Pengurusan Sistem Aplikasi dan Unit Pentadbiran.

 
Bil. Jawatan Jumlah
1. Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F44) 1
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) 12
3. Juruteknik Komputer Kanan (FT22) 1
  Jumlah 14