PENGENALAN 

Unit Kokurikulum ini telah diwujudkan selaras dengan kursus kokurikulum yang diperkenalkan di Universiti Teknologi MARA sejak tahun 1976. Kursus ini dijadikan sebahagian daripada kursus wajib sepertimana kursus-kursus akademik yang lain. Kokurikulum adalah keperluan luar kuliah yang diberi nilai kredit untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan diploma ataupun ijazah.

 

VISI UNIT KOKURIKULUM 

Menjadi sebuah unit yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar. 

 

MISI UNIT KOKURIKULUM 

Meningkatkan daya saing di kalangan pelajar UiTM Pulau Pinang dalam percambahan jati diri serta memandu mereka ke arah kecemerlangan insaniah, berlandaskan nilai-nilai murni serta penerapan disiplin yang tinggi. 

 

OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM 

  • Memenuhi hasrat Universiti dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang
  • Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai aspek teori dan amalan terutamanya dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan pelajar menjadi pemimpin serba boleh dan berwawasan
  • Menggalakkan pelajar agar sentiasa memiliki sifat-sifat murni seperti berdisiplin, berdedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu
  • Menerap nilai-nilai kerohanian, patriotik dan keusahawanan agar pelajar mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara
  • Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan juga masyarakat amnya
 

DASAR PELAKSANAAN 

Dasar Universiti telah menetapkan bahawa semua pelajar sama ada  mengikuti kursus diploma ataupun ijazah Universiti Teknologi MARA dikehendaki mendaftar dan wajib lulus kursus kokurikulum dalam pengajian mereka bergradusi .