Pengenalan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA merupakan nadi pengurusan pelajar bagi seluruh sistem universiti untuk menyempurnakan bidang tugas, tanggungjawab dan fungsinya selaras dengan peruntukan Akta 173 dan Akta 174 sejak tahun 1976 dan pindaan-pindaannya di bawah kawalan Naib Canselor UiTM.


Bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah antara bahagian yang penting di dalam membantu UiTM Pulau Pinang melahirkan graduan bercirikan Model Graduan UiTM. Peranan ini dimainkan menerusi dua penyampaian perkhidmatan utamanya iaitu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar serta menjalankan aktiviti pembangunan dan kepimpinan pelajar.

 

 

Visi

Menjadi bahagian yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

 

Melahirkan graduan bumiputera yang unggul yang menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

 

 


Objektif

Bagi mencapai Visi dan Misi tersebut, Bahagian Hal Ehwal Pelajar  menggariskan tiga objektif seperti berikut :-

i)    Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran              dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.

ii)   Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai                   tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik, menepati ciri-ciri model graduan UiTM

iii)   Menggalakkan penggunaan IT sesuai dengan perubahan masa kini sejajar dengan dasar negara

 

Entiti Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Unit Pentadbiran Kaunseling Unit Kebudayaan
Unit Sukan Unit Kesihatan Unit KO
Unit Pengurusan Kolej