Bahagian Hal Ehwal Akademik bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran program-program akademik di UiTM Pulau Pinang.

  • Mengurus dan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan dan memberi khidmat sokongan untuk membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
  • Menguruskan sistem rekod pelajar, peperiksaan serta urusan-urusan akademik yang berkaitan – maklumat pengajian pelajar serta urusan staf akademik
 

VISI

Melaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecemerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing global dan beretika
 

MISI

Memberi khidmat profesional kepada program-program yang ditawarkan di UiTM Pulau Pinang bagi melahirkan generasi profesional bumiputera yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika keprofesional dan mampu menerajui pembangunan negara.
 
 

OBJEKTIF

  • Menjadi nadi penggerak UiTM Pulau Pinang ke arah melahirkan graduan profesional yang unggul, bertaqwa, beritizam dan berdaya saing
  • Menyelaraskan program akademik dan enrolmen pelajar sejajar dengan pembangunan kampus
  • Menyediakan pengurusan akademik yang cekap dan berkesan agar program akademik dapat berjalan dengan lancar
  • Mewujudkan suasana yang harmoni, ceria dan mengurus secara profesional dalam melaksanakan program dan perkhidmatan yang berkesan berasaskan teknologi terkini bagi mengekalkan kualiti pembelajaran yang berterusan.
 

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Hal Ehwal Akademik berjanji untuk berusaha memastikan pelanggan-pelanggan kami yang terdiri dari para pelajar, pensyarah, ibubapa, industri dan masyarakat memperolehi impak yang maksimum
 
Pelajar
  • Memastikan pendaftaran pelajar dan peperiksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester
  • Menyediakan surat-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan
 

Staf Unit dan Bahagian

  • Menyediakan perkhidmatan percetakan bahan ujian 3 hari dari tarikh permohonan
  • Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas
  • Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab
 

Ibubapa dan Industri

  • Menghasilkan graduan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak industri dan Negara
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya
  • Menganjur dan mengendalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif
  • Melatih para pelajar dengan senario sebenar di alam pekerjaan berdisiplin, berkemahiran tinggi, profesional, berhemah tinggi serta mampu menjadi agen perubahan dalam organisasi dan industri
 

 

FUNGSI UTAMA BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

Pengurusan Rekod Pelajar

  • Mengemaskini maklumat dalam fail peribadi pelajar dari sistem iSIS
  • Menyimpan maklumat pelajar/fail peribadi pelajar
 

Pengurusan Kursus dan Pelajar

  • Menguruskan pendaftaran pelajar setiap semester, menyediakan senarai kursus dan kelas.
 

Pengurusan Peperiksaan

  • Menyediakan bilik peperiksaan
  • Membuat hebahan maklumat dan peraturan peperiksaan kepada pelajar dan pensyarah
  • Menyedia dan mengedar jadual jadual waktu peperiksaan dan pengawasan peperiksaan
  • Mengurus jadual peperiksaan
  • Menyediakan keperluan dan kelengkapan peperiksaan
  • Mengurus kertas soalan
  • Memproses keputusan peperiksaan
 

Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran

  • Menyedia dan mengedar jadual waktu kuliah kepada pensyarah dan pelajar
  • Memberi latihan kemahiran menggunakan alat bantuan mengajar yang disediakan
  • Mengurus maklumbalas dan penilaian pengajaran.
 

Jaminan Kualiti

  • Penambahbaikan proses kerja dan dokumentasi 5s dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif
  • Perkhidmatan dan kepuasan pelanggan
 

Latihan dan Penilaian Pengajaran

  • Menguruskan pendaftaran pelajar setiap semester
  • Mengurus audit pengajaran
  • Mengedarkan maklumbalas pelajar
 

Sekretariat

  • Urusetia kepada jawatankuasa berkaitan dengan Hal Ehwal Akademik.
 

 

 KETUA BAHAGIAN 

 BIL BAHAGIAN  KETUA BAHAGIAN
1. KETUA JABATAN PROF. MADYA IR. DR. AHMAD RASHIDY RAZALI
2.

KETUA UNIT PENTADBIRAN DAN UNIT REKOD

PUAN HANISAH HASSAN
3.

KETUA UNIT PEPERIKSAAN DAN UNIT PENERBITAN

ENCIK MUHAMMAD FIKRI BIN RAMLI