Selamat Datang Ke Website Jawatankuasa Pengurusan Utiliti Negeri (JPUN) UiTMCPP

Pengenalan Jawatankuasa Pengurusan Utiliti Negeri (JPUN) UiTMCPP

Pengurusan Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM Bil. 12/2015 pada 22 Disember 2015 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Ke 148 pada 22 Oktober 2015 telah bersetuju meluluskan struktur tadbir urus dan penurunan kuasa Naib Canselor bagi tujuan memantapkan pengurusan fasiliti dan ICT di peringkat UiTM Negeri yang berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun bermula 1 Februari 2018.

Jawatankuasa Pengurusan Utiliti Negeri (JPUN) bertanggungjawab membangunkan polisi, halatuju dan objektif pengurusan tenaga di UiTM Cawangan Pulau Pinang.

 

Objektif Jawatankuasa Pengurusan Utiliti Negeri (JPUN) UiTMCPP

Tujuan Jangka masa panjang:

  1. Melaksanakan program pengurusan tenaga yang lestari dan budaya penjimatan dikalangan warga UiTM di seluruh sistem universiti.
  2. Memanfaat dan melaksanakan tenaga boleh diperbaharui.
  3. Mengurangkan pembebasan karbon melalui pengurusan tenaga yang cekap.

Sasaran segera:

  1. Memantau penggunaan tenaga tidak melebihi 30 sen per kaki per segi.
  2. Melihat prestasi PTJ dalam melaksanakan program-program kesedaran dan amalan teknologi hijau.
  3. Membentuk struktur organisasi yang merangkumi penglibatan kampus cawangan dan ahli pakar yang dilantik.
  4. Mengambilkira kos kitaran hayat dalam pelaksanaan pembangunan baru, ubahsuai dan baikpulih serta pembelian peralatan yang cekap tenaga.
  5. Melantik Pengurus Tenaga Berdaftar bagi maksud mematuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dibawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008(P.U. (A) 444).

 

Senarai Jawatankuasa Pengurusan Utiliti Negeri (JPUN) UiTMCPP

BIL NAMA JAWATAN 
1  Prof Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim  Pengerusi
2  Dr. Mohd Rozaiman Aziz Ahli
3  En. Mohd Salleh Hussin Ahli
4  En. Badrul Hisham Kimin Ahli
5  Ts. Zainolasri Abdul Sani Ahli
6  Dr. Anuar Mohamad Ahli
7  Ir. Mohd Azrizal Fauzi Ahli
8  Ir. Sh Mohd Firdaus Sh Abdul Nasir Ahli
9  Pn. Saadiah A. Majid Ahli
10  En. Zolkifli Jab Ahli
11  Dr. Siti Nurfadzillah Muhsin Ahli
12  Cik Aznida Kamaruddin Ahli
13  En. Mohd Asri Md Daud   Setiausaha
14  En. Mohammad Shamsurinaim Ahmad Urusetia
15  En. Mohd Azli Mat Dris Urusetia

 

Visi, Misi dan Polisi Pengurusan Tenaga UiTMCPP

 

Visi

Menjadikan UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai universiti yang menepati piawaian nasional dan antarabangsa dalam pengurusan kelestarian dan kecekapan tenaga.

 

Misi

Untuk sentiasa meningkatkan kualiti persekitaran fizikal dengan mengoptimakan sumber tanpa menjejaskan tahap keselesaan, keselamatan dan produktiviti.  

 

Polisi

  1. Menggunakan tenaga dengan cekap dan inisiatif tenaga sifar secara berterusan dan menyeluruh.
  2. Memastikan projek pembangunan baru, ubahsuai dan naiktaraf dijalankan secara kos efektif dengan penggunaan tenaga dan kos penyelenggaraan yang rendah.
  3. Mengarusperdanakan teknologi hijau dalam semua aspek pembangunan.

 

Kempen Penjimatan Tenaga

 

Aktiviti

  • Pengedaran stiker dan pamplet
  • Pemasangan banner
  • Kewujudan laman web
  • Taklimat kesedaran Pengurusan Tenaga dengan cekap

GARIS PANDUAN PENJIMATAN UTILITI (ELEKTRIK & AIR) UiTM CAWANGAN PULAU PINANG

 

Tujuan

1. Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh Sistem UiTM termasuk kampus PFI mengenai pelaksanaan kaedah penjimatan utiliti di semua bangunan sebagai langkah ke arah mencapai Piawaian Akreditasi Penggunaan Tenaga (Energy Management Accreditation Standard)

2. Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) bertanggungjwb dalam merangka dasar berkaitan penjimatan utiliti selaras dengan keputusan kerajaan melalui pekeliling perbendharaan bil 2 tahun 2014 dibawah perkara 7 serta saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya semua bangunan dan premis kerajaan melaksanakan dasar penjimatan sebanyak 5% pada kos utiliti.


Tafsiran

“Kecekapan Tenaga” bermakna mengurangkan penggunaan tenaga untuk aktiviti-aktiviti dalam bangunan seperti penghawa dingin (Air Conditioning and Mechanical Ventilation -ACMV) dan pencahayaan tanpa menjejaskan fungsi-fungsi bangunan dan keselesaan kepada pengguna.

 

Panduan Penggunaan Tenaga Penjimatan Utiliti di Bangunan Pentadbiran, Bangunan Akademik dan Kolej Kediaman

 

Sistem Pencahayaan

1. Padamkan lampu yang tidak atau jarang digunakan seperti bilik setor, tandas, bilik mesyuarat, pantry dan surau

2. Lampu bilik pejabat, kuliah, asrama dihidupkan apabila ada pengguna

3. Penggunaan lampu LED lebih effiisen dari lampu konvesional kerana memberi penjimatan lebih 50% dari lampu konvesional

4. Padamkan lampu luar yang tidak digunakan (koridor, kaki lima, lobi) sekiranya tidak perlu kecuali untuk keperluan keselamatan dan sebagainya

5. Pastikan waktu operasi sistem pencahayaan dihidupkan pada masa yang sesuai

6. Padamkan lampu setelah meninggalkan sesuatu bilik yang tidak berpenghuni

7. Buka langsir tingkap bilik untuk membolehkan cahaya siang masuk menerangi ruang pejabat

8. Letakkan meja pejabat berhampiran dengan tingkap untuk memaksimumkan penggunaan cahaya siang

9. Penggunaan lampu gelanggang hanya dipasang setelah mendapat kelulusan pihak berkenaan

10. Lampu hiasan bangunan dan lampu limpah dipasang pada majlis-majlis rasmi universiti sahaja. Semua lampu hiasan bangunan pejabat dipadamkan selepas jam 2.00 pagi. *Dalam keadaan biasa selepas jam 2.00 pagi ianya tidak memberikan impak yang positif

 

Sistem Penghawa Dingin

1. Padamkan sistem split unit (jika anda meninggalkan bilik untuk tempoh melebihi 2jam)

2. Padamkan sistem penghawa dingin bilik mesyuarat selepas digunakan

3. Kurangkan waktu operasi sistem bagi ruang yang tidak kritikal

4. Selaraskan suhu ke paras yang disarankan iaitu 240C -250C

5. Selaraskan suhu ruang koridor dan lobi supaya lebih tinggi dari suhu sekitar pejabat

6. Laraskan suhu untuk “Chilled Water Supply” bagi bangunan yang menggunakan Sistem Hawa Dingin Berpusat. Laraskan suhu antara 8 °C – 10 °C

7. Sistem Penghawa Dingin Berpusat dihidupkan mengikut keperluan jadual waktu dan melalui permohonan oleh ketua PTJ

8. Pemasangan ‘timer’ di lokasi yang telah ditentukan keperluannya seperti ruang pejabat dan sebagainya

9. Elakkan kemasukan udara luar yang panas dan lembab

  • Periksa punca berlakunya kebocoran udara luar
  • Guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan)
  • Memasang ‘air curtain’ dimana boleh bagi mengelakkan beban sejuk keluar dari dalam bangunan

 

Sistem Lif

1. Periksa punca berlakunya kebocoran udara luar

2. Guna penebat untuk mengurangkan kemasukan haba cahaya matahari terus ke dalam bangunan)

3. Memasang ‘air curtain’ dimana boleh bagi mengelakkan beban sejuk keluar dari dalam bangunan

 

Peralatan Pejabat

1. Komputer

  • Tutup suis computer selepas waktu pejabat atau apabila tidak menggunakannya dalam jangkamasa lebih dari 1 jam kerana ia dapat mengurangkan pembaziran tenaga
  • Set ciri-ciri pengurusan tenaga seperti menetapkan computer kepada kedaan ‘sleep mode; apabila tidak digunakan selama beberapa minit
  • Gunakan computer yang bermonitor LCD kerana lebih effisien berbanding monitor CRT
  • Komputer bermonitor LCD menggunakan separuh dari tenaga yang digunakan oleh computer bermonitor CRT
  • Penggunaan computer riba adalah lebih effisien berbanding computer desktop. Komputer riba menggunakan suku daripada tenaga yang digunakan oleh computer bermonitor CRT

2. Mesin Cetak, Pengimbas, Fotokopi dan Kertas

  • Matikan suis mesin pencetak dan fotokopi selepas sahaja tamat waktu bekerja
  • Set mesin pencetak dan fotokopi kepada save mode dan off kepada pelarasan yang rendah penggunaan tenaga
  • Ikut jadual selenggaraaan yang telah ditentukan
  • Lantik orang yang bertanggungjawab untuk memastikan semua mesin pencetak dan fotokopi ditutup atau menggunakan suis pemasa untuk mengurangkan pemngunaan tenaga
  • Gunakan fungsi print preview untuk memastikan gaya dan bentangan dokumen sebelum mencetak
  • Laraskan margin dan saiz tulisan yang sesuai untuk penggunaan kertas secara optimum
  • Gunakan kertas terpakai (reuse) untjuk menyediakan draf surat atau kertas kerja
  • Gunakan kedua-dua belah mukasurat bagi memaksimumkan penggunaan kertas
  • Gunakan email untuk mengedarkan laporan/surat panggilan/minit mesyuarat/surat pekeliling

3. Perkakasan di Kolej Kediaman

  • Hanya perkakasan yang dibenarkan sahaja digunakan sperti pemanas air, sterika, ‘extension cable’ 2-gang sahaja dibenarkan dan mendapat kelulusan sirim
  • Penggunaan pemanas air dihadkan kepada 1 unit bagi 1 bilik dengan kadaran kuasa maksima 1000W sahaja
  • Tidak dibenarkan menggunakan kipas di tempat sidaian bagi tujuan mengeringkan pakaian
  • Menggalakkan penggunaan pengesan pergerakkan (movement sensor) di ruang yang kurang digunakan

4. Air

  • Lakukan pemeriksaan berkala ke atas setiap tangki air, cooling tower dan semua sistem bekalan air daripada sebarang tumpahan atau bocor
  • Lakukan pemeriksaan berkala bagi mengenalpasti sebarang kebocoran paip bawah tanah
  • Laraskan pengaliran air yang bersesuaian pada setiap “Urinal” * Ini akan dapat mengawal pengaliran air mengikut kesesuaian
  • Laporkan sebarang kerosakan/kebocoran paip air dengan segera dan mengambil tindakan pembaikkan dengan segera
  • Menggalakkan penggunaan ‘rain harvesting’ bagi tujuan penyiraman pokok atau bilik air

 

Sistem Telefon

1. Seboleh mungkin urusan pejabat yang berkaitan di buat secara online ( contoh : e-email)

2. Bayaran bil telefon termasuk alat komunikasi lain boleh dikurangkan dengan menghadkan penggunaan telefon bagi tujuan rasmi sahaja

3. Rancang perkara yang hendak dibincangkan sebelum membuat panggilan

 

Tenaga Diperbaruhi

1. Penggunaan tenaga diperbaharui seperti tenaga solar adalah digalakkan dimana boleh selari dengan kenaikan tariff elektrik

 

 

Carta Organisasi JPUN UiTMCPP

 

Senarai Jawatankuasa Pengurusan Utiliti Negeri (JPUN) UiTMCPP

BIL NAMA JAWATAN 
1  Prof Madya Ts. Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim  Pengerusi
2  Dr. Mohd Rozaiman Aziz Ahli
3  En. Mohd Salleh Hussin Ahli
4  En. Badrul Hisham Kimin Ahli
5  Ts. Zainolasri Abdul Sani Ahli
6  Dr. Anuar Mohamad Ahli
7  Ir. Mohd Azrizal Fauzi Ahli
8  Ir. Sh Mohd Firdaus Sh Abdul Nasir Ahli
9  Pn. Saadiah A. Majid Ahli
10  En. Zolkifli Jab Ahli
11  Dr. Siti Nurfadzillah Muhsin Ahli
12  Cik Aznida Kamaruddin Ahli
13  En. Mohd Asri Md Daud   Setiausaha
14  En. Mohammad Shamsurinaim Ahmad Urusetia
15  En. Mohd Azli Mat Dris Urusetia