PEJABAT PENGURUSAN FASILITI

VISI

"Menjadi sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputra profesional sejajar dengan visi Universiti."

 

MISI

"Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan aset secara professional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada Universiti."

 

OBJEKTIF

  • Memberikan keselesaan yang optimum kepada kakitangan dan pelajar.
  • Memastikan penyelenggaraan dilakukan dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan kampus.
  • Tiada kompromi dari segi keselamatan dan kualiti. 
 

SEJARAH

Pejabat Pengurusan Fasiliti telah ditubuhkan pada tahun 1972, dan ia dikenali sebagai Pejabat Jurutera Tempatan ketika itu. Pejabat Jurutera Tempatan ditukarkan namanya kepada Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan pada tahun 1982. Pada tahun 1994, Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan dikenali sebagai Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan.

Pada 15hb september 1995, Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan diasingkan dibawah ketua pentadbiran yang berasingan. Ini adalah kerana fungsi Pejabat Pembangunan dan Pejabat  Penyelenggaraan semakin bertambah luas. Kedua-dua jabatan ini diletakkan terus dibawah Pejabat Canseleri. Pada Ogos 1999, ITM telah diisytiharkan sebagai Universiti Teknologi MARA dan perkembangan ini menjadikan Pejabat Penyelenggaraan berperanan lebih meluas kerana Pejabat Penyelenggaraan terlibat secara langsung terhadap perkembangan, pembangunan, dan kemajuanUniversiti Teknologi MARA.

Dalam memantapkan pencapaian visi Universiti Teknologi MARAke arah menjadi sebuah institusi pengajian awam yang bertaraf global penstrukturan dan penjenamaan semula Pejabat Penyelenggaraan telah dibuat pada 4 Januari 2006 dan dengan rasminya ditukar kepada Pejabat Pengurusan Fasiliti.

Pejabat Pemgurusan Fasiliti Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dibahagikan kepada beberapa unit  terdiri daripada Unit Pentadbiran, Unit Majlis, Unit Projek, Unit Awam, Unit Elektrik dan Unit Mekanikal.

 

KRONOLOGI

TAHUN  PERUBAHAN  NAMA JABATAN
1972 Penubuhan Pejabat Jurutera Tempatan
1982 Penukaran Nama Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan
1994 Naik Taraf Pejabat Pembangunan & Penyelenggaraan
15 September 1995 Perpisahan Jabatan Pejabat Penyelenggaraan Bahagian Pembangunan
26 Ogos 1999(ITM - UiTM) Diletakkan Di Bawah Pejabat Canseleri Pejabat Penyelenggaraan
4 Januari 2006 Penukaran Nama Pejabat Pengurusan Fasiliti

 

 

 

 

 

Dikemaskini : 30/05/2019