Pengenalan

Pejabat Bendahari diwujudkan selaras dengan keperluannya bagi mengendalikan urusan-urusan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan. Akta Prosedur Kewangan 1957 dan Akta Universiti Teknologi MARA 2000, memberi kuasa dan menggariskan peranan serta tanggungjawab Pegawai Pengawal dan Pegawai Pengakaun, melaksanakan tanggungjawab mengikut Arahan-Arahan Perbendaharaan, Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan, Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan Awam dan lain-lain arahan pihak berkuasa kewangan dalam pengurusan kewangan wang awam.

 

 

 

 

Visi

Menjadi Jabatan Kewangan Yang Unggul, Berhemah dan Profesional mendukung visi UiTM.

Pejabat Bendahari berusaha untuk mendapat pencapaian terbaik dalam pengurusan kewangan dan perakaunan yang melambangkan kecemerlangan dan profesionalisme dalam memberi perkhidmatan berkualiti selaras dengan perkembangan dan keperluan Universiti ke arah menjadi sebuah Universiti bertaraf dunia.

 

 

 

 

Misi

Mengendalikan khidmat pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap, cepat, tepat dan bertanggungjawab selaras dengan objektif dan misi UiTM.

Dalam merealisasikan misi tersebut, Pejabat Bendahari memberi penekanan kepada pengukuran prestasi yang berlandaskan ketepatan dan kualiti prestasi perkhidmatan cemerlang meningkatkan imej Pejabat Bendahari khususnya dan UiTM secara amnya.

 

 

 

 

Piagam Pelanggan Pejabat Bendahari

  1. Menguruskan belanjawan Universiti seperti berikut:-
    1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM Kampus Negeri / Cawangan yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk.
    2. Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari UiTM Kampus Induk.
  1. Mengeluarkan Pesanan Tempatan untuk permohonan perolehan melalui:
    1. Tender / Sebut Harga Rasmi / Rundingan Terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS.
    2. Pembelian Terus / Kontrak Pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan belian diluluskan dalam FAIS.
  1. Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan pembayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.
  1. Menyampaikan e-tiket kapal terbang melalui e-mel selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh penerbangan bagi tempahan yang diterima tidak lewat dari tujuh hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.
  1. Mengeluarkan barang stor dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  1. Mengangkut barang lupus yang telah diluluskan secara kaedah musnah dan jualan sisa dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh pengesahan pengangkutan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  1. Mengemukakan penyata kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pengarah Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya. Satu minggu diterima.

 

 

 

 

Objektif Bahagian/Unit

Objektif utama Pejabat Bendahari adalah mempastikan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan diurustadbirkan dengan cara terbaik, cekap, cepat, tepat dan bertanggungjawab selaras dengan tatacara dan prosedur kewangan dan perakaunan yang diperuntukan di dalam Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan, Kementerian Kewangan serta Pekeliling Pihak Berkuasa Kewangan Universiti Teknologi MARA, Naib Canselor dan Bendahari, disamping mematuhi Standard Perakaunan yang diterima pakai MASB (Lembaga Standard Perakaunan Malaysia), MIAS (Standard Institut Akauntan Malaysia) dan AIS (Standard Perakaunan Antarabangsa) dalam memberi laporan kewangan yang betul dan saksama.