PENGENALAN

Unit Kerjaya dan Kaunseling di Universiti Teknologi Mara (Pulau Pinang) telah memulakan perkhidmatan pada 16 Jun 1996. Tujuan utama ianya ditubuhkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan program pembangunan kerjaya pelajar sejajar dengan hasrat UiTM melahirkan graduan yang berketrampilan, berdaya saing dan menepati kehendak industri. Pada masa kini perkhidmatan ini telah dikembangkan kepada dua fungsi utama yang menjurus kepada perkhidmatan dan pembangunan kaunseling pelajar serta penempatan pekerjaan dan pembangunan kerjaya pelajar. Terdapat dua unit utama yang menerajui perkhidmatan iaitu :

1.  Unit Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi

2.  Unit Pembangunan Kerjaya

 

OBJEKTIF

—Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan psikologi bagi membantu pelajar mencapai kesejahteraan emosi dan psikologikal

—Membantu pelajar-pelajar menilai kemahiran, kebolehan dan kecenderungan untuk menghubungkan pengetahuan tersebut dengan pemilihan kerjaya

—Membantu membentuk personaliti pelajar-pelajar supaya berketerampilan dari segi fizikal, emosi dan intelek

—Membantu membentuk Graduan lulusan UiTM Pulau Pinang yang memenuhi ciri-ciri pasaran gunatenaga tempatan dan global

—Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kerjaya bagi meningkatkan perkembangan kerjaya dan kebolehpasaran graduan

 

WAKTU URUSAN

Isnin –Khamis

8.00pg – 1.00tgh
2.00ptg -5.00ptg

Jumaat

8.00pg-12.15tgh
2.45ptg-5.00ptg

 

WAKTU URUSAN

Isnin –Khamis

8.00pg – 1.00tgh
2.00ptg -5.00ptg

Jumaat

8.00pg-12.15tgh
2.45ptg-5.00ptg