Penubuhan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) di UiTMPP adalah untuk menambah bilangan pelajar bumiputera bagi memenuhi keperluan tenaga kerja kejuruteraan mekanikal di seluruh negara. Ia telah ditubuhkan selaras dengan penubuhan UiTMPP pada 16 Jun 1996 di kampus sementara dengan menggunapakai bangunan sekolah di Permatang Pasir, Pulau Pinang. Pada masa tersebut hanya terdapat dua orang staf akademik sahaja. Kumpulan pertama yang mengikuti pengajian sepenuh masa Diploma Kejuruteraan Mekanikal adalah seramai 35 orang pelajar. Pada bulan Ogos 2003, FKM telah berpindah ke kampus tetap di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Ekoran penutupan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Arau Perlis maka pada November 2003, FKM UiTMPP telah menerima kedatangan semua kakitangan dan pelajar-pelajar dari sana. 

VISI

Menerajui bidang Kejuruteraan Mekanikal ke arah kecemerlangan global berteraskan pendidikan dan penyelidikan

MISI

Melahirkan graduan dengan asas Kejuruteraan Mekanikal yang mantap, berkemahiran analitikal, berkepimpinan, berdaya saing, kreatif, inovatif dan beretika.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  2. Menyediakan graduan berkualiti yang memenuhi keperluan tenaga kerja tempatan dan antarabangsa.
  3. Memastikan kurikulum disemak secara berterusan dan mengambilkira perkembangan teknologi semasa.
  4. Mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan alumni, industri dan lain-lain Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
  5. Memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra.